31 October 2010

Bawalah Angin Itu...

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang sentiasa berada di atas. 
Tapi orang yang masih berdiri ketika orang lain jatuh"
(anonymous) 


Benar..sesungguhnya, walaupun sudah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam exam yang lepas, tidak menjamin keputusan exam yang akan datang.

Kadang-kadang kita kena bertahan untuk pada keadaan kita sekarang. Jangan terlalu gigih mendaki mahupun leka dibuai mimpi. Kelak bila sudah terjatuh, pasti sukar untuk kita bangkit kembali.

Dan ketahuilah bahawa, Allah tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Tapi diriku ini lain, sejak mula kuliah, baca buku x sampai 5 minit. Sket2 mengantuk. Peh, macam mana nak dapat mumtaz!! 



Sedarlah wahai insan bernama Hafiz. Keluargamu di sana mengharapkan kejayaanmu~




Buat sesiapa yang terasa

Andai esok sifatku begini,
Kejayaan tidak akan datang mencari,
Cubaan duniawi silih berganti,
Tiap degupan tanpa henti,
Entah bila akan kusedari.

Kini hujan membasahi bumi,
Di bumi anbiya' buat ke sekian kali,
Moga dengan hujan rahmat ini,
Membawa angin perubahan diri,
Menjadi doktor Muslim yang sejati...

P/S : Tiba-tiba ada sumthing menusuk kalbu gua hari ni. Mungkin ianya hidayah dari Allah.. Semoga~ 

Nota tambahan : Gua demam. Sekian

 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails