02 October 2010

Semangat jugak!!

Kelmarin, loy bawa aku pi CityStar. Bawa member jalan-jalan. (Jantina dirahsiakan)

"Buat apa pi citystar?" aku bertanya

"Ntah la diorang, macam nak beli winter coat" kata loy

"Huh? winter coat? Belum masuk winter lagi pun neyh. Semangat jugak!"

"Alaa, biar la bha, taste dorang"

Aku on saja. Daripada aku mereput di rumah, baek aku jalan-jalan. Kitorang bahagi 3 group.
Group aku naik teksi dulu.


"Citystar??" aku tanya pakcik teksi. Dia mengangguk.Aku terus masuk. Malas nak tunggu lama-lama.


Lepas 2 minit dalam teksi, aku boring...


"Ya amu, no song?" jari aku menunjuk ke radio teksinya. 

Ntah masih bernyawa atau tidak radionya itu.

"Wokeh" katanya penuh yakin. Ntah-ntah itu je ayat english yang dia tau.

Kata senior, kalau boleh nyanyi lagu arab dalam teksi, driver tu boleh bagi tambang murah sebab diorang suka kalau ada orang luar minat negara diorang. Tapi masalahnya, satu lirik pun aku x tau nak sebut. Peh...

Sampai citystar..

"Khalas" aku suruh berhenti


"Bi kam?(Berapa?)"

"Sittah wa nus (6.50) " kata pakcik teksi

Hmm..boleh tahan laa. X la mahal sangat. Aku bangga dapat tambang murah. Bila aku tanya loy berapa tambang diorang, dia kata 5.00 je. Si burin plak 6.00.


Cis, aku punya paling mahal!! X guna betul! Ntah-ntah pakcik teksi tu bagi cas dengar muzik. Haish..mengarut sungguh!!


******


Member-member aku ni, kalau shopping memang banyak songeh. Dibelek-belek, tapi x juga dibeli. Alaa, lantak korang lah. Bukan duit aku jugak. 

Last-last dorang ada jugak membeli. Winter coat diorang bukan sembarangan woo. Kalah fesyen winter orang Europe. Macam la ada turun salji kat sini. Heh~
Lebih kurang macam ni la, tapi diorang punya lagi smart..pergh


P/S : Masalahnya sekarang, aku je lagi yang belum ada winter coat. Kritik orang pandai, tapi sendiri belum beli. Cis!!


 

2 comments:

yan said...

kesian dia kena tipu amu...hehehe

Feez™ said...

aish..mana ada kena tipu owh..
sikit ja pun beza dia..

Related Posts with Thumbnails