Showing posts with label Hidayah. Show all posts
Showing posts with label Hidayah. Show all posts

22 May 2011

Redha..


Ketika ini, 8.30 am waktu Malaysia. Jadi, waktu tempatan, kira sendiri. Masih berjaga nampaknya. Lepas tu esok, sendiri yang susah bangun. Haih..

Sedang aku berehat sambil meninjau-ninjau berita-berita di facebook n so on, aku ditemukan 1 ayat yang bagiku cukup indah

" Bukan berapa banyak kau baca,
tapi berapa banyak kau faham.

Dan kemudian,
 bukan berapa banyak kau faham,
tapi berapa banyak yang mendapat redha Tuhan."
 
 
 
Aku berfikir sejenak. Ya, musim-musim exam ni, aku sering lupa, mungkin kita juga sering lupa. 
 
Kena ingat sentiasa, usaha kita, keranaNya..

 

14 November 2010

Misteri Ammu Di Penghujung Jalan..

Siapakah gerangan insan ini??

Tiap malam aku terserempak ammu ni. Bila aku nak beli roti, mesti jumpa dia.

"Assalamualaikum," aku memberi salam.

"Alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh," jawabnya penuh dengan tajwid yang sempurna sambil mengukir senyuman hingga ke telinga..

Memang friendly gila la..semua yang lalu jalan tu dia tegur sambil tersenyum. Tapi kadang-kadang dia akan termenung sendirian, ntah apa yang difikirkannya.

Yang buat aku hairan kan, apa la yang dibuatnya duduk di situ sorang-sorang di tengah kesejukan malam-malam buta ni?? 




Mungkinkah..




Dia terkenang dosanya yang lalu. Dosa ketika zaman mudanya yang penuh dengan perkara sia-sia??


atau..


Dia sedang menanti anak-anaknya yang sudah beberapa tahun tidak balik beraya ke kampung halaman?? Ish3..sungguh derhaka anak itu~
Macam iklan Petronas plak gua rasa..

******

Tapi, sampai sekarang aku x tau nama ammu tu...





P/S : Aku pun x balik beraya tahun ni. Isk3...korang rasa aku ni kategori anak derhaka juga ker??



31 October 2010

Bawalah Angin Itu...

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang sentiasa berada di atas. 
Tapi orang yang masih berdiri ketika orang lain jatuh"
(anonymous) 


Benar..sesungguhnya, walaupun sudah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam exam yang lepas, tidak menjamin keputusan exam yang akan datang.

Kadang-kadang kita kena bertahan untuk pada keadaan kita sekarang. Jangan terlalu gigih mendaki mahupun leka dibuai mimpi. Kelak bila sudah terjatuh, pasti sukar untuk kita bangkit kembali.

Dan ketahuilah bahawa, Allah tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Tapi diriku ini lain, sejak mula kuliah, baca buku x sampai 5 minit. Sket2 mengantuk. Peh, macam mana nak dapat mumtaz!! 



Sedarlah wahai insan bernama Hafiz. Keluargamu di sana mengharapkan kejayaanmu~




Buat sesiapa yang terasa

Andai esok sifatku begini,
Kejayaan tidak akan datang mencari,
Cubaan duniawi silih berganti,
Tiap degupan tanpa henti,
Entah bila akan kusedari.

Kini hujan membasahi bumi,
Di bumi anbiya' buat ke sekian kali,
Moga dengan hujan rahmat ini,
Membawa angin perubahan diri,
Menjadi doktor Muslim yang sejati...

P/S : Tiba-tiba ada sumthing menusuk kalbu gua hari ni. Mungkin ianya hidayah dari Allah.. Semoga~ 

Nota tambahan : Gua demam. Sekian

 
 
Related Posts with Thumbnails