Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

14 November 2010

Misteri Ammu Di Penghujung Jalan..

Siapakah gerangan insan ini??

Tiap malam aku terserempak ammu ni. Bila aku nak beli roti, mesti jumpa dia.

"Assalamualaikum," aku memberi salam.

"Alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh," jawabnya penuh dengan tajwid yang sempurna sambil mengukir senyuman hingga ke telinga..

Memang friendly gila la..semua yang lalu jalan tu dia tegur sambil tersenyum. Tapi kadang-kadang dia akan termenung sendirian, ntah apa yang difikirkannya.

Yang buat aku hairan kan, apa la yang dibuatnya duduk di situ sorang-sorang di tengah kesejukan malam-malam buta ni?? 




Mungkinkah..




Dia terkenang dosanya yang lalu. Dosa ketika zaman mudanya yang penuh dengan perkara sia-sia??


atau..


Dia sedang menanti anak-anaknya yang sudah beberapa tahun tidak balik beraya ke kampung halaman?? Ish3..sungguh derhaka anak itu~
Macam iklan Petronas plak gua rasa..

******

Tapi, sampai sekarang aku x tau nama ammu tu...





P/S : Aku pun x balik beraya tahun ni. Isk3...korang rasa aku ni kategori anak derhaka juga ker??



25 September 2010

Raya di perantauan..

Hari ni aku dijemput ke openhouse budak Malaysia..ntah apa nama tempat dia..rupanya orang Arab x buat openhouse macam orang Malaysia, jimat duit kononnya~sumber tidak sahih...

Kitorang naek tramco pi sana..


Eltramco..van mini orang arab

Punya laju pakcik driver tu bawa! Selit celah-celah kereta lagi tu..Tapi yang paling aku x boleh terima, ada ke patut pakcik driver tu tetiba bawa kawan dia masuk, pastu duduk di seat driver lagi tu!! Gila apa!! Macam ada 2 driver plak kami ni tau..senior bagitau aku, dorang memang gitu..hmm, x paham aku...

*******



Meriah jugak la rumah terbuka tu. Siap ada pasang lagu raya lagi. Kuat plak tu. Macam kawasan tu kitorang punya. Nasib baek Arab di situ cool and steady. Makanan dia plak simple and sederhana. Tapi senior2 memang gembira tahap dewa laa sebab lama da x makan makanan Malaysia. Aku kesian..

Melihat kemeriahan suasana hari raya di sini, aku terfikir. Macam mana la aku sambut hari raya nanti arr? Sama ke macam di Malaysia? Adakah aku juga akan merindui yang teramat sangat suasana hari raya di sana?

P/S : Di openhouse tu aku makan nasi impit kuah kacang woo..pergh!! Da lama aku idamkannya..

11 September 2010

1 Subuh di hari raya...

Subuh tadi aku x bangun sahur....

Eh?..

Ok la, direct to da point...

Aku ucap ikhlas ne

Di hari yang mulia ini, ku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat rakan-rakan, guru-guru, blogger dan sesape la yang mengenali diri ini..

Segala salah dan silap harap dimaafkan la ye..bukan sengaja pun, kan?..

Tapi tengah kita syok2 beraya ni, setan pun beraya jugak...x caya? Cuba check dekat 1Borneo tu..peh, berlambak kiri kanan..

*****


Tahun ni, aku balik kampung sehari je..x boleh lama2, nanti ummi pening nak kemas rumah...

Seperti biasa, ak menagih duit raya dengan mak-mak sedara ak..sungguh x tau malu.. 
(mak sedara aku ada 8 orang, semua da kawen)


Situasi : Berbaris dengan anak buah yang lain untuk minta duit raya..

" Nak duit raya?" ak menagih

" Eh, along dah besar, x payah minta duit raya!" kata mak sedara nombor 1

Ak relax, sebab ak tau yang nombor 1 ni kedekut sket..

" Nak duit raya?" lagi sekali ku cuba dengan yang lain

" Bawah 17 tahun sahaja" kata mak sedara nombor 2

Ek eleh, ada had umur plak?

" Nak duit raya?" lepas ni kalau x dapat jugak, aku give up

" Owh, along punya dah masuk akaun bank along" kata mak sedara nombor 3

Masuk akaun? Ceh, politik!!

Aku redha..

*****

Pelita mahal tuuu..
 
Tadi aku enjoy pasang pelita...hehe...lama x pasang pelita..


P/S : Pencapaian hari ini..RM1..sahaja..=.="




Related Posts with Thumbnails