30 December 2010

Garuda tersungkur di kaki Harimau Malaya...

Aku rasa Harimau tu lagi kacak, btol x??

Sudah terang lagi bersuluh, Harimau Malaya akhirnya berjaya menjulang Suzuki Cup buat pertama kalinya. Tahniah gua ucapkan!! Bangga gua jadi anak Malaysia..

Banyak sungguh dugaan player-player kita di Stadium Gelora Bungkarno itu. Belum cukup dengan serangan laser, diduga lagi dengan kehadiran gadis-gadis sinetron Indon yang memang memukau. Namun, ternyata iman mereka masih kuat. Syabas!!

Gua malas nak ulas panjang-panjang. Gua cukup yakin seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia tahu apa yang berlaku hari ini. Kalau nak info yang lagi detail, tunggu analisis Goal.com

Yang ingin disampaikan di sini ialah, semoga Rajagopal selaku coach Malaysia dapat gelaran Dato' paling kurang pun. Dia punya otak memang cukup geliga. Boleh lawan Jose Mourinho rasanya. Bijak susun taktik, pandai meletakkan pemain pada tempatnya dan sempoi. Cayalah Rajagopal!!



Ternyata kita berjaya membuktikan, tanpa bomoh kita mampu pergi jauh. Kita usaha yang 'terbaek' punya. Bak kata orang tua-tua, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. Untuk mendapatkan kejayaan semanis madu memerlukan usaha sepahit hempedu, x gitu??


Namun gua jeles. Malaysia dapat cuti hari Jumaat. Oh Dato' Najib, tolong lah mesej kedutaan Malaysia-Mesir, bagi budak-budak Malaysia kat sini cuti jgk. Penat tau kitorang bersorak. Semuanya memerlukan 'ATP' tau!!


Well, apa2 pon, tahniah Harimau Malaya!! Semoga Arsenal juga menang hari ni~




P/S : Apsal aku post pasal bola minggu ni arr??

No comments:

Related Posts with Thumbnails