06 September 2010

Riwayat Si 6300...

Hari ni aku pi bank HSBC nak buka akaun. Aku set ngan abah aku jumpa kat Jesselton Point jam 12pm sebab ak x boleh buka akaun sendiri, kena joint dengan parents bab ak belum cukup 18 tahun. Susah jugak kalau jadi muda ni. Tapi uncle William kata (pegawai bank) muka aku macam 20 tahun dah. Cis, ini membawa petanda ak xkan dapat lagi duit raya tahun ni.

Hampa...

Di HSBC, aku jumpa rakan seperjuangan ku + seorang senior. Calon-calonnya ialah..


Hadi~
Loy~
Zaid~
Beru~
2 orang perempuan dari BTN~(maaf aku lupa nama, tadi aku puasa. Kalau x puasa mungkin boleh ingat)


Sementara menunggu nombor giliran, aku duduk di satu ruangan menunggu sambil menghayati kedinginan penghawa dingin dan kebosanan maen game di hp.

Inilah dia, handphone aku yang tersayang


Tatkala sampai giliran aku, aku bergegas ke kaunter dan tanpa disedari, aku tertinggal hp di tempat menunggu tadi. Borak punya borak, bila sampai part uncle William tanya aku..

"Adik, nombor pejabat ayah ada tak?" tanya uncle William


"Owh, ada di hp. Eh,mana hp aku neyh?" ak kehairanan


"Mungkin di tempat duduk tadi, kejap ye uncle" ak minta kebenaran


Dari jauh, dapat ku lihat hp ku yang bersarung case hitam itu. Namun, bila ku angkat..


"Eh, kenapa ringan semacam ni?"


Cis, rupa-rupanya hanya jasad yang tinggal. Rohnya (hp) telah dikebas oleh makhluk misteri.

Si bedebah itu cukup mulia untuk meninggalkan sarungnya untuk aku


"Aihl!! Ak tinggal 5 minit je da hilang?!!"

Emosiku mula terganggu. Perkataan kesat berusaha untuk keluar dari mulut namun ku cuba tahan-tahan di hati. Nanti kurang pahala, kata ustaz Zafrul dulu. Ku tarik nafas dalam-dalam..


"Hmmmm...fuuuhhhhh....sabar bean, anak soleh kena banyak sabar" konon.


Aku bgtau abah aku. Seperti biasa, jawapannya cool bersahaja..


"Ala along, apa boleh buat laa.."kata abah


"Haa?? Hilang!!" uncle William panik


"Eh, xpela uncle, biarla tu. Bukannya boleh jumpa lagi" aku cuba menjadi cool


Namun di hati, macam nak teriak ja 1 bank, mau ugut pencuri tu. Tapi bak kata abah aku, apa boleh buat.


Aku tengah sedih ni. Bulan-bulan puasa ne ujian menjadi-jadi. Aku jadi tidak menentu. 

Aku jalan-jalan di CentrePoint tapi xde mood. Bila tengok kedai hp, semua jual hp yang sama, Nokia 6300 aku. Macam mana nie??




P/S :Kepada makhluk yang kebas hp aku, semoga berbahagia di Aidilfitri...NOKTAH!!



8 comments:

tiNtA sAnG PenCinTa.. said...

sian nya..haha..XD
sabar2..

4teen said...

hadi? beru? ada hadi lain ka? haha sabar2....

Feez™ said...

ya la ummu..ak tengah sabar la ni, kalau x, masuk berita sdh aku
haha..

kak, hadi dan beru dua makhluk yg berbeza..hoho!!
kpd beru, jgn ambil hati..sekian~

Nordin said...

kesian ko been.. xpa ada hikmah tu.. mna tau dpt hp lg mahal ka... anggap sja tu duit raya utk si bedebah pencuri tu.. hehe

Feez™ said...

haha..bnyak jgk duit raya pencuri tu..
jeles ak, cis..

Najihah said...

[Quote}
Emosiku mula terganggu. Perkataan kesat berusaha untuk keluar dari mulut namun ku cuba tahan-tahan di hati. Nanti kurang pahala, kata ustaz Zafrul dulu. Ku tarik nafas dalam-dalam..

p/s: ust zafrul..i see knl sgt2

HSBC??oo uncle william..knl dia tym bt akaun gak..tp ari selasa..lala

Feez™ said...

Waa..knl ust zafrul ya..haha..dia slalu bg nasihat tu ngan kitorang, dgn ayat2 yg pedas..ouch..

uncle william bgus kan, cool sentiasa..hehe..

Najihah said...

yep..knl dari umo 6thn..family knl.. =)
tp ak tak pnh la dpt nasihat yg pedas2 cam ko..huhu

he's very cool..

Related Posts with Thumbnails