20 September 2010

Jalan-jalan Ambek Gambar..



Fuh..penat sungguh aku hari ni. Besar jugak cairo ni arr. Aku ingat besar KK je..heh~

Minggu pertama aku di sini sungguh penat+best..perancangan aku hari ni, round2 Cairo..

On time??
 Mood permulaan hari ini dirosakkan oleh driver bas kitorang. Pak Arab tu kata jam 8am pagi nak datang, tapi jam 9.30am pun x nampak lagi batang hidung. Cis, memang diorang ni "on time". Bagus lagi janji orang Melayu..peh!


Makam Anwar Sadat


Aku baik hati kali ni letak gambar pose mahal..heh~
Ni gambar kitorang di makan Anwar Sadat. Dia ni merupakan Presiden Mesir yang ke3. Ntah bagaimana, mungkin ajal dia da sampai, dia kena tembak oleh rakyatnya sendiri atas sebab2 yang sukar untuk diceritakan. Kesian, sungguh tragis..

Stadium Merdeka??
 Yang ni aku x tau apa nama dia, tapi mengikut firasat aku, mungkin ni la stadium merdeka mesir. Ceh, memandai je bagi nama..


Masjid Sultan Hassan

Lepas tu, kitorang singgah "Masjid 4 Mazhab". Kenapa 4 mazhab? Sebab ada 4 mazhab laa. Semua mazhab dalam Islam diamalkan di sini. 

Makam Imam As-Syafie
Tempat Imam Syafie selalu bersandar..
Dikatakan ini tapak kaki Rasulullah s.a.w..
Bila aku ziarah Makam Imam Syafie, aku merasai satu perasaan yang sukar diungkapkan. Ntah kenapa, hatiku rasa tenang bila sampai di sini. Mungkin inilah kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada insan yang berjuang untuk agamanya..


Piramid Giza
Mantap eh..haha
Akhirnya tiba ke destinasi kemuncak, iaitu The Pyramid. Woo, besar gila!! Dulu aku ingat besar Yayasan Sabah, rupanya kalah KLCC plak. 1 bongkah batu tu ada yang sama besar cam aku. Peh, memang besar laa..


Sphinx..
Lepas round piramid, kitorang singgah Sphinx. Cis, aku ingat ada banyak, rupanya tinggal seketul je lagi. Xpela, seketul pun jadi laa. Tapi yang aku x suka ni, ada ke patut dorang kata muka aku macam benda tu!! Rabun sungguh!!

Cis..kurafat!!
Aku ingat kat Malaysia je yang ada kepercayaan mengarut buang duit tempat keramat. Rupanya di Mesir pun ada. Ish3..kesian aku tengok duit ni. Baek lagi diorang bagi sedekah kat masjid. X pun, peminta sedekah. Kan boleh dapat pahala tu..


Al-Azhar Park
Jalan-jalan dengan Khalid and Loy

Perhentian terakhir, Al-Azhar Park. Fuh, lawa betol taman ni. Memang Taman Teluk Likas x boleh fight laa. Kitorang makan tengah hari di sini sambil menghirup udara segar+pasir..heh~


P/S : Aku tulis post ni dalam keadaan yang sungguh penat. Lutut aku macam da nak tercabut..haish!!

3 comments:

Phoncos said...

Haha,
wah...enjoy nampak...

Feez™ said...

Hehe..penat jugak tau..
tapi bleh tahan la best dia..
ni belum start kuliah lg, kalau sdh start mula la pening kepala balik..

Phoncos said...

haha, bha, ambek la gambar dewan kuliah kat sana... kitorang pun nak tengok gak...

Related Posts with Thumbnails