Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

11 July 2012

Edisi Akhir sebelum Kembali


"Ramai orang selalu tersilap, mereka mengalah meneruskan langkah setelah melihat betapa jauhnya jalan yang perlu dilalui, tetapi mereka tidak sedar betapa jauhnya jalan yang telah mereka lalui untuk sampai ke tahap itu"


Alhamdulillah, selesai Tahun 2, sebenarnya sudah lama pun kami tamat kuliah, tapi itulah, malas mahu menulis

Doakan kami semua melepasi tahap kedua ini, semoga tiada yang perlu menempuhi tahun 2 buat kali kedua....


*******



Inilah hasil karya bila terlalu bosan di rumah. Sebenarnya mahu buat banyak gambar lagi, tapi itulah, macam biasa, malas.....


*******

Bakal bertemu lagi dengan keluarga setelah sekian lama.



Doakan.....


10 March 2012

Jom, hwaiting!!!

Sejak kebelakangan ni saya selalu bermimpi
tidur malam bermimpi

tidur petang pun bermimpi
dan seperti biasa saya memang xkan ingat mimpinya..
dari apa yang saya dapat catch up sket2 mimpi tu, kebanyakannya tentang tanggungjawab yang sedang saya pikul


Seminggu ni, kepala ni asyik berserabut dengan tugas Malaysian Day. Mahu buat itu, kena buat ini. Lenguh badan.
Buku dah 2 minggu x buka. Padahal minggu depan ada exam. Lepas ni pun masih ada kerja lagi. T.T

Tapi xpa, inilah ujian orang kata. Sesiapa yang dapat mengharungi sesuatu ujian itu tanpa mengeluh sedikit pun lebih berjaya daripada orang yang dapat mumtaz dalam exam...erk??


*Selalu teringat adik-adik jugak..hanya kad hijau dari jauh pengubatnya
~

08 March 2012

Malaysian Day



Jom ramai-ramai datang kuliah esok...biar orang Arab tahu tinggi rendah budaya orang malaysia dgn mesir macam mana...

siapa yang selalu alergik sebab lama x makan makanan malaysia pun digalakkan untuk datang. Kita ada gado-gado khas hasil air tangan Chef Libau..juga nasi ayam, nasi lemak dan laksa penang dibuat spesel oleh banat-banat D2.

"Dimasak dengan penuh kasih sayang," kata mereka


semoga khabar angin itu benar~



31 July 2011

Lambaian Ramadan..


Untuk pengetahuan semua, diriku akhirnya menjejakkan kaki di rumah terchenta 28 Julai lalu. Seribu kemaafan kepada kawan-kawan yang ternanti-nantikan khabar berita. Tika ini, nombor Celcom x dapat digunakan. Sekiranya terdapat perubahan, akan segera dimaklumkan.


Kepada yang masih tinggal di rumah tu, jaga rumah baik-baik arr. Sampah jangan lupa buang. Sinki rajin-rajin la bersihkan, nanti sumbat. Carpet pun vacuum2 la sekali. Hehe..

Apa-apa pun, selamat maju jaya kamu semua di sana. Nanti aku bawakan kuih raya untuk kamu okeh =)





********

Seperti yang kita sedia maklum, pak cik kegemaran satu Malaysia telah pun muncul di TV tadi. 




Itu tandanya, bulan yang dipenuhi kebaikan dan barakah bakal tiba lagi!!


Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Umatku telah diberi dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka"


1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi


2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka


3. Setiap hari Allah S.W.T akan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu"


4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadhan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain


5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Rasulullah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."


Bersediakah kita bertamukan Ramadhan al-mubarak tahun ini? 

Insya Allah~


******

Sewaktu di Riyadh, terdapat satu pemandangan yang telah menarik perhatianku





Indah bukan? 

Semoga pemandangan seperti ini menghiasi Ramadhan kali ini =)

26 July 2011

I'm coming home ^^


I'm coming home, with news that i can proud of =)
 

"What the mind believe, the body can achieve"


16 June 2011

Anonymous

Greetings, Malaysia, 

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear.

Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.



Wahai anonymous sekalian,

Aku tahu kalian semua memang hebat dalam bab hacking-hacking ni. Senang cerita, WORLD CLASS la. Aku pun belum sampai lagi tahap-tahap menghacking macam kalian semua. Banyak benda lain lagi aku nak fikir. Tapi kalau ya pun kalian gian sangat nak hack, tolong la jangan hack Facebook, Gmail, Goal.com, Arsenalfc.com, Hot.fm, Youtube dan banyak lagi laa. Malas aku nak tulis semua.

Oh ya, tidak dilupakan, Bicara Kacang juga..hehe..


P/S : Manusia sekarang semakin banyak buat kerja x berfaedah..haih~
 

19 March 2011

Keindahan yang bakal pergi..




Keindahan yang bakal pergi,
pergi meninggalkan jauh ku sendiri,
yang selalu ditatap di dengan mata hati,
setiap hari...



Nampaknya, takdir telah menakdirkan aku untuk kembali (err..abaikan tatabahasa)

Adeh..banyaknya lagi belum dipacking. Lipat sana, lipat sini, bungkus itu, bungkus ini. Malasnya aku nak fikir. Kenapalah aku tiada bini nak settlekan. Aku tinggal angkut beg jer. Kan senang?

Haish...



P/S : Semoga ku temui lagi di lain hari



14 February 2011

Duhai Kekasih..


Hakikat dunia hari ini..


Di kala si dia sedang sibuk melayan kekasihnya,
namun masih wujudkah
mereka yang mengingati kekasihNya??


Muhammad Ya Habiballah..
Sungguh kami merinduimu ya Rasulullah..



Namun tika ini, diriku malu padamu,
perjuangan sucimu, dilupakan,
wasiat pentingmu, diabaikan.


"Ummatku, ummatku,"
kata-kata terakhir yang terbit dari bibirmu, 
Sungguh ku malu ya Rasulullah,
Layakkah kami menjadi ummatmu..
Sedangkan kami seperti buih-buih di lautan

Maafkan kami wahai Rasulullah

Sesungguhnya
akhlakmu, kami sanjungi,
semangatmu, kami kagumi
baktimu akan sentiasa kami ingati

******

Semoga hari kemuliaanmu, air mata yang jarang mengalir ini akan menitis jua keranamu..

Amiin..










12 February 2011

Jatuhnya Seorang Lelaki..


“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

(Kata-kata Syeikh Sya'rawi kepada Hosni Mubarak)

******



Hari ini dunia mencipta sejarah. Memperlihatkan betapa hebatnya kuasa rakyat. Rejim Hosni Mubarak telah jatuh dan rakyat Mesir bersyukur dengan keadaan itu.

Tahniah ku ucapkan..

Kepada mereka yang memprotes siang dan malam..

Kepada mereka yang menyatukan hati-hati rakyat Mesir..

Kepada mereka yang memohon keadilan diberikan untuk diri mereka..

Dan semestinya..

Kepada mereka yang membuatkan aku berada di Malaysia ketika ini..


******

Ya, aku telah pun menjejakkan kaki di Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Hujan lebat yang mencurah-curah dari langit telah mengubat rinduku padamu.

Begitu banyak persoalan diajukan, umpama peluru machine gun yang dilepaskan...

"Macam mana keadaan di sana?"

"Ada orang maen tembak-tembak ke sana tu?"
"Makanan cukup tak??"

"Betul ke bank kena tutup?"

"Cewek Arab cun ker??" (huh??)

Penat aku menjawab semuanya. Benar, memang banyak dugaan namun kami berjaya menempuhinya termasuklah soalan yang paling last itu.


Penerbangan dari Mesir ke Kota Kinabalu benar-benar menduga pinggang aku. Manakan tidak, transit 3 kali di Doha, Singapura dan Kuala Lumpur. Fuh...itu sahaja mampu aku katakan.  Tiada kata-kata lain yang dapat diucapkan...

Di kesempatan ini, ku ingin menzahirkan seribu penghargaan kepada kerajaan negeri Sabah dan Malaysia atas usaha mereka mengeluarkan kami dari Mesir. Dan terima kasih juga kepada RTM sebab memasukkan kitorang dalam TV.Kehkeh..Jasamu amat dihargai..


******

Walau apapun, diharapkan agar kalian yang berjuang di sana dapat membina sebuah negara Mesir yang lebih baik sebelum ini..

Semoga~


06 February 2011

Akan ada pelangi selepas hujan..


"namun jika hujan telah berhenti dan pelangi belum muncul..
akan ada sang mentari tuk terus menyinari..."


Hujan rahmat tidak berhenti mencurah-curah dari langit yang selalunya biru..

Mengiringi pemergian kumpulan pertama kembali ke tanah air..

Untuk menjawab segala persoalan, dari mereka yang tidak mengetahui, daripada kami yang menjadi saksi..

Pertembungan di antara hak dan batil..

 *******

Selamat tinggal ardul kinanah, 
kembara di bumimu xkan ku lupa,
ilmumu kan ku semat di jiwa,
semoga keamanan berlabuh di akhirnya,
lalu mengatur pertemuan semula..




P/S : Menghayati detik-detik terakhir.. 





30 December 2010

Garuda tersungkur di kaki Harimau Malaya...

Aku rasa Harimau tu lagi kacak, btol x??

Sudah terang lagi bersuluh, Harimau Malaya akhirnya berjaya menjulang Suzuki Cup buat pertama kalinya. Tahniah gua ucapkan!! Bangga gua jadi anak Malaysia..

Banyak sungguh dugaan player-player kita di Stadium Gelora Bungkarno itu. Belum cukup dengan serangan laser, diduga lagi dengan kehadiran gadis-gadis sinetron Indon yang memang memukau. Namun, ternyata iman mereka masih kuat. Syabas!!

Gua malas nak ulas panjang-panjang. Gua cukup yakin seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia tahu apa yang berlaku hari ini. Kalau nak info yang lagi detail, tunggu analisis Goal.com

Yang ingin disampaikan di sini ialah, semoga Rajagopal selaku coach Malaysia dapat gelaran Dato' paling kurang pun. Dia punya otak memang cukup geliga. Boleh lawan Jose Mourinho rasanya. Bijak susun taktik, pandai meletakkan pemain pada tempatnya dan sempoi. Cayalah Rajagopal!!



Ternyata kita berjaya membuktikan, tanpa bomoh kita mampu pergi jauh. Kita usaha yang 'terbaek' punya. Bak kata orang tua-tua, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. Untuk mendapatkan kejayaan semanis madu memerlukan usaha sepahit hempedu, x gitu??


Namun gua jeles. Malaysia dapat cuti hari Jumaat. Oh Dato' Najib, tolong lah mesej kedutaan Malaysia-Mesir, bagi budak-budak Malaysia kat sini cuti jgk. Penat tau kitorang bersorak. Semuanya memerlukan 'ATP' tau!!


Well, apa2 pon, tahniah Harimau Malaya!! Semoga Arsenal juga menang hari ni~




P/S : Apsal aku post pasal bola minggu ni arr??

31 August 2010

Merdeka kah kita??




 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-53

Sempena hari kemerdekaan ni, ak ingin mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua rakyat malaysia tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, melayu atau cina, bajau atau iban, hensem atau tidak..eh??
 
 Apa yang korang tahu pasal "merdeka"? Ya, ak tahu merdeka tu maksudnya bebas dari penjajah, kalau yang itu adik ak yang kat tadika pun tahu. Tapi adakah merdeka itu sekadar bebas dari penjajah?

Sudah cukupkah semangat patriotik kita setelah 53 tahun kita merdeka? Ya, sudah 53 tahun, x payah la sibuk2 keluarkan kalkulator nak kira untuk buktikan hipotesis ak ni sebab memang inilah konklusi yang korang akan dapat. Ak yakin dan percaya masih ramai yang tak sedar berapa tahun dah kita merdeka. X caya? Cuba tanya artis-artis yang kat TV tu, confirm dorang cakap "No komen" atau " Maaf, maggi saya sudah kembang" kata Alex...Oops, ini hanya contoh ye..hehe..

Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman


Ak teringat zaman kecik2 dulu, camana ak sambut hari kemerdekaan..

SEKOLAH RENDAH~
 
Masa ni, memang ak budak hingusan lagi la. Rambut melekat cam kena iron. Fashion baju ntah tahun yang bila punya. Tapi masih gak famous..hahaha..
Tapi xlah seteruk ni..
Paling ak ingat, asal ada hari kemerdekaan jer, mesti ada pertandingan koir. Asal ada pertandingan koir, mesti kelas ak join. Asal kelas ak join je, mesti menang..kira kitorang da taraf group koir professional la. Dari darjah 4 sampai darjah 6, mesti johan. Kelas lain memang xda fight la. Lagu yang kitorang ambik, x lain dan x bukan, Keranamu Malaysia..
'Buruh nelayan dan juga petani,
Gaya hidup kini dah berubah,
Anak-anak terasuh mindanya,
Lahir generasi bijak pandai.'

Peh, memang happening la sambutan kat sekolah rendah, sampai ak pun x boleh nak ingat..

SEKOLAH MENENGAH~
 
Kalau di sekolah menengah, kitorang ada sambutan bulan kemerdekaan. Biasanya program ni memang guru-guru di Jabatan Kemanusiaan yang anjurkan. Bila guru dah penat, mereka mula mencari mangsa di kalangan student dan ak juga tidak terkecuali.
 
Banyak aktiviti yang kena buat macam pertandingan buat bendera gergasi yang x besar mana pun, melukis, bersajak and so on..tapi kemuncak dia time malam ambang merdeka. Dah macam-macam persembahan ak join time malam tu. Antara persembahan yang masih ak ingat ialah dikir barat. Yang uniknya, kitorang berdikir barat sambil guna sudu garfu. Eh? Dikir barat orang mano plak guna sudu garfu neyh?? Hmm..ntah lah..
 
 
+
=
 
Bila da naik form 4 n form 5, kerja aku jadi tukang buat slide show jer. Tak larat dah nak join buat persembahan ngan member-member yang lain. Tapi time form 5, ak ada menyanyi sket sementara menunggu detik 12 tengah malam. Ak menyanyi duet ngan sorang member yang ak panggil Pinque lagu Jatuh Cinta Lagi. Peh, tiada kaitan ngan merdeka langsung...haha.. Walaupun suara cam katak, namun ada gak yang puji. Aiseh, bangga la plak..
 
Walaubagaimanapun, semangat orang-orang kita hari ni semakin pudar. Tiada lagi bendera Malaysia yang berkibar di kereta-kereta tidak kira kereta mewah atau kereta curi. Rumah-rumah tidak lagi diserikan dengan Jalur Gemilang di halaman rumah kecuali rumah aku..hehe..
 
Ini gambar original ye..
Persoalannya sekarang, mengapa masih ada yang sanggup mengibarkan bendera Malaysia yang sudah koyak rabak setaraf dengan kain pengelap kaki? Ada juga yang sanggup membakar bendera tanah air sendiri? Bangga kah mereka? Di mana prinsip rukun negara yang kita disuruh hafal berkali-kali oleh guru sejarah kita itu?
 
Inilah aktiviti mereka setelah mercun dan bunga api diharamkan
 
 Merdekakah kita? Patriotik kah kita? Tepuk dada tanya iman..
 
P/S : Selamat hari kemerdekaan!!

31 July 2010

Negaraku Yang Tercinta..

Ya...

Ak sayang tanah airku..
Ak cintakan MALAYSIA...

Alhamdulillah, selesai da kursus BTN Mahasiswa..

Mula-mula, ak rasa kursus ni buang masa jer..

Namun ak silap...

Semuanya mempunyai makna tersendiri...

Dari setiap inci yang kami lakukan...

Actually, hanya ak dan burin ja lelaki dari SMESH yg kena ikut kursus kali ni..

Yang girls plak ada azean, atiqah, aimi n zizi..



Tym kursus tu, kebanyakannya dari SMA Toh Puan..

Ambil jurusan agama...

Dorang memang friendly...

Buat pertama kalinya, ak sentiasa ketawa bila dgr joke dari sekolah lain...

Burin jgk mengakui kenyataan ini..kan bur??
Sebab dorang memang ada joke yang amat amat berkualiti...

Sampai menangis ak dbuatnya...
Hahaha...

For your information, ak jadi timbalan penghulu dan ketua surau tym kursus ni..
Lawak kan??

Haha..ak pun terkejut jgk, camana la c zizi bleh cadang nama aku..

Hampeh betol..

Tapi nasib baik la semua peserta kat sana best2 belaka..

Penghulu dya pun ok (bos aku la tu)...

Selalu juga buat joke...dya panggil ak kat sana "Pok"..

"Pok" ni macam panggilan bro camtu la..

Tym LDK plak, kami dapat fasi yang amat sporting..

Nama dya Tuan Rasmalizan..

Kenal x siapa ni??

Dya laa abang c AMPAL@Rashidi..

Hahaha..

Muka dya sama habis...

Tym LDK, kami belajar pasal politik negara...

Apa sebenarnya yang berlaku..

Memandangkan kami semua peserta Muslim, banyak perkara yang tidak diberitahu tym kursus yang lain di sampaikan kat kami..

Most of it pasal perjuangan orang Melayu dan Islam..

Sori la arr..x bleh cerita panjang2, nanti ada sentimen perkauman..

Hehe..

Banyak yang ak belajar...

Pada mulanya, ak tengok RUKUN NEGARA tanpa ada perasaan apa2..

Tapi tym malam penutupan, ak merasa sebak bila tengok Rukun Negara..

Sedih bila ramai x faham Rukun Negara..

Ak pun ada jgk rasa sedih bila tengok bendera Malaysia kena bakar..

Memang power la kursus ni, sampaikan nyanyi lagu NEGARAKU pun ak boleh menitiskan air mata..

Aktiviti yang xkan ku lupa, aktiviti membina tiang manusia yang paling tinggi..

Kami kena buat tiang manusia yang paling tinggi untuk kibarkan bendera Malaysia..

Percubaan pertama, bendera kami kena rampas tanpa disedari 1 orng pun..

Kami pun cari bendera tu dgn penuh semangat cintakan negara...1 kem kami pusing..

Last2 jumpa bendera tu dalam tandas pelatih...sir hairul yang ambil rpanya...adeh...

Pastu, kitorang berlari masuk dewan balik..

Buat tiang manusia yang paling tinggi buat kali ke 2..

Kalau korang nak tau, memang sakit owh kena pijak bahu, tapi x tau la kenapa, rasa sakit tu ak x hirau sket pun... 

Tapi, ak suruh lagi orang naik..

Last2, jadi jgk..kami gembira sangat2 sampai timbul rasa sebak di hati bab dapat julang bendera Malaysia setinggi yang boleh..

Kesimpulannya, sayanglah negara kita..

Kerana tanpa wujudnya Malaysia, kita masih lagi dijajah...

Semoga kita bertemu lagi, wahai rakan seperjuanganku!!!

(Kumpulan 5)

(Dari kiri atas: Hanif, Zaid, Madi, Aku, Zhul, Fadzil, Salman
Dari kiri bawah: Sakina, Sue, Erna, Azean, Yati, Farah)
(KAMI "KMR-H1507-10")
Related Posts with Thumbnails