12 February 2011

Jatuhnya Seorang Lelaki..


“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

(Kata-kata Syeikh Sya'rawi kepada Hosni Mubarak)

******



Hari ini dunia mencipta sejarah. Memperlihatkan betapa hebatnya kuasa rakyat. Rejim Hosni Mubarak telah jatuh dan rakyat Mesir bersyukur dengan keadaan itu.

Tahniah ku ucapkan..

Kepada mereka yang memprotes siang dan malam..

Kepada mereka yang menyatukan hati-hati rakyat Mesir..

Kepada mereka yang memohon keadilan diberikan untuk diri mereka..

Dan semestinya..

Kepada mereka yang membuatkan aku berada di Malaysia ketika ini..


******

Ya, aku telah pun menjejakkan kaki di Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Hujan lebat yang mencurah-curah dari langit telah mengubat rinduku padamu.

Begitu banyak persoalan diajukan, umpama peluru machine gun yang dilepaskan...

"Macam mana keadaan di sana?"

"Ada orang maen tembak-tembak ke sana tu?"
"Makanan cukup tak??"

"Betul ke bank kena tutup?"

"Cewek Arab cun ker??" (huh??)

Penat aku menjawab semuanya. Benar, memang banyak dugaan namun kami berjaya menempuhinya termasuklah soalan yang paling last itu.


Penerbangan dari Mesir ke Kota Kinabalu benar-benar menduga pinggang aku. Manakan tidak, transit 3 kali di Doha, Singapura dan Kuala Lumpur. Fuh...itu sahaja mampu aku katakan.  Tiada kata-kata lain yang dapat diucapkan...

Di kesempatan ini, ku ingin menzahirkan seribu penghargaan kepada kerajaan negeri Sabah dan Malaysia atas usaha mereka mengeluarkan kami dari Mesir. Dan terima kasih juga kepada RTM sebab memasukkan kitorang dalam TV.Kehkeh..Jasamu amat dihargai..


******

Walau apapun, diharapkan agar kalian yang berjuang di sana dapat membina sebuah negara Mesir yang lebih baik sebelum ini..

Semoga~


No comments:

Related Posts with Thumbnails