Showing posts with label Exhausted. Show all posts
Showing posts with label Exhausted. Show all posts

20 September 2011

Cerita syawal


...akibat terlalu lama tidak diupdate, bicara kacang telah mentransformkan dirinya dengan harapan tuannya tidak lagi mengenali blog ini, sebagai tanda protes..


.....



........




...........

heh..nampak beno tipunye

************
Oh ya..walau sudah 22 syawal, aku x kira, mau wish jugak

SELAMAT HARI RAYA, MAAP ZAHIR BATIN
(ayat tipikal)

mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, kalau ada salah silap ya, biasalah tu manusia, asyik-asyik buat salah, hari raya minta maap jugak kan XD

orang lain cerita pasal masuk U da, aku cerita syawal seciput pun xda. Sebabnya ~

1. Sibuk melayan tetamu dari jauh. Ye la, dorang ni 2 tahun sekali balik Sabah. Kenalah layan sebaik mungkin, x gitu? Siang malam jadi tour guide, driver. Penat, tapi manis =)

2. Sibuk buat ketupat. Pergh, penat kaw-kaw. Siapa lah cipta ketupat ni, kreatif siot. Kalah enstein. Boleh dapat Emmy award woo...eh?

3. Sibuk melayan karenah/kerenah sepupu aku yang kecil-kecil belaka. Kecil, tapi bersemangat tinggi. Habis badan aku dipanjat-panjat. Main kuda-kuda konon, last-last, jadi wrestling. Kena lanyak macam randy orton. adehhh~

"Hey lu! Apa tengok-tengok! Nanti wa kasi pancung baru tau!!"
 
Salah seorang dari mereka
Jangan tertipu dengan kecomelan itu
"Abang long, gambar dulu bha, macam artis kan?"


 **********

Alhamdulillah, open house berjalan dengan lancar, walau hanya kecil-kecilan, x cukup bajet kan, nasi pun x cukup. T.T


Ramai kawan abah dengan ummi datang. Ada yang aku x kenal pun, tapi dorang tau plak nama aku. Janggal~

"Waa hafiz, dah besar rupanya kamu ni, ye la, dah jadi anak bujang kan," kata pakcik ketawa tersengih-sengih

"Eh pakcik, jemputlah makan. Ada nasi, ada mee, pak cik pilih laa," pelawa aku

Penutup makanan dibuka. Tadaaaaaaa!!!

"dengar-dengar hafiz dekat mesir ye. wah, beruntung ayah kamu. nasib baik la kamu ni lelaki. tak payah risau nak jaga diri. anak pakcik tu, c Lina (bukan nama sebenar) bakal cikgu tu, jauh nun kat kuching tu haa, risau jugak, pompuan kan, 2 3 tahun habis study la tu, hahaha...," dia tepuk belakang aku

"...uhuk.."


bila saya tanya pakcik?



Tadaaaaaaa!!!!


12 February 2011

Jatuhnya Seorang Lelaki..


“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

(Kata-kata Syeikh Sya'rawi kepada Hosni Mubarak)

******



Hari ini dunia mencipta sejarah. Memperlihatkan betapa hebatnya kuasa rakyat. Rejim Hosni Mubarak telah jatuh dan rakyat Mesir bersyukur dengan keadaan itu.

Tahniah ku ucapkan..

Kepada mereka yang memprotes siang dan malam..

Kepada mereka yang menyatukan hati-hati rakyat Mesir..

Kepada mereka yang memohon keadilan diberikan untuk diri mereka..

Dan semestinya..

Kepada mereka yang membuatkan aku berada di Malaysia ketika ini..


******

Ya, aku telah pun menjejakkan kaki di Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Hujan lebat yang mencurah-curah dari langit telah mengubat rinduku padamu.

Begitu banyak persoalan diajukan, umpama peluru machine gun yang dilepaskan...

"Macam mana keadaan di sana?"

"Ada orang maen tembak-tembak ke sana tu?"
"Makanan cukup tak??"

"Betul ke bank kena tutup?"

"Cewek Arab cun ker??" (huh??)

Penat aku menjawab semuanya. Benar, memang banyak dugaan namun kami berjaya menempuhinya termasuklah soalan yang paling last itu.


Penerbangan dari Mesir ke Kota Kinabalu benar-benar menduga pinggang aku. Manakan tidak, transit 3 kali di Doha, Singapura dan Kuala Lumpur. Fuh...itu sahaja mampu aku katakan.  Tiada kata-kata lain yang dapat diucapkan...

Di kesempatan ini, ku ingin menzahirkan seribu penghargaan kepada kerajaan negeri Sabah dan Malaysia atas usaha mereka mengeluarkan kami dari Mesir. Dan terima kasih juga kepada RTM sebab memasukkan kitorang dalam TV.Kehkeh..Jasamu amat dihargai..


******

Walau apapun, diharapkan agar kalian yang berjuang di sana dapat membina sebuah negara Mesir yang lebih baik sebelum ini..

Semoga~


10 October 2010

Aku Dan Alexandria

Minta maaf aku lama x update. Sebab aku sibuk men"ziarahi" member aku (yakni burin) kat Alexandria.
*bukan melancong..sekian..

Gua pi sana naek kereta sewa. Tapi ada member aku sorang ni x puas hati bab x inform dia aku nak jalan. Alaa..rilek la bro, pe hal marah-marah kat gua ni. Aku lupa nak inform laa. Serius....Minta maaf ya...(moga diterima)


Kali ni aku malas nak tulis panjang-panjang. Xde mood sebab member kata aku x "true friend". Peh..sadis...


So, aku post gambar je la ye..


Beli tiket ke Iskandariah
Laut Mediterranean yang mendamaikan


Bandar Iskandariah
Depan kubu


Inilah kami~
Ice Cream yang mengiurkan~
Jalan di Alexandria
Train station di Iskandariah
Eh..aku kat Paris ker??
Nak balik Cairo dah~
Huh..Illuminati?? Freemason??
Burin..melayan kami "sebaiknya" di Alexandria


Sila ambil nota:


Iskandariah itu sama maksudnya dengan Alexandria. Faham?
Umpama sigup (bahasa Sabah) dan rokok..
Harap sampai maksud gua..
Sekian..

04 July 2010

Matrik oh matrik...

Salam...

Khabarku dari matrik, baik2 je..
Tapi, smakin hari, semakin ak merasai tekanan yg x dapat dirasai oleh pancaindera..

Jadi ketua tutorial memang penat
...
Ke sana ke mari x tentu pasal..

Kadang2 ak x smpat nak pi lunch...

Gara2 menghantar barang itu dan ini pi menara pentadbiran..


Da la ari tu kna tegur xde manner..

Adeh, ak da bersopan tahap dewa pon dorang ckp ak xde manner..

Nak ak buat camana lagi..

Xkan nak tunduk 90 darjah tym lalu depan dorang..

Ish..banyak songeh..

Nasib baek ak ne penyabar (konon)...

Hmm..malam seni ari tu...

Just nice laa...

Semua berjalan dgn lancar sekali..

Tapi ak ksian dgn team c Tim..

Boria dorang x jd neyh..

Haha..

Bagus lg boria budak form 2..

Sejak akhir2 ni, ak selalu tdo ptang pastu bangun jam 7pm..

Memang unusual than others laa..

Well, yang penting..

Ak x ready lagi for pra ups ni..

Maen redah je la nanti..

Yang penting ups "mantap"...

Till next tym..=)
Related Posts with Thumbnails