Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

20 September 2011

Cerita syawal


...akibat terlalu lama tidak diupdate, bicara kacang telah mentransformkan dirinya dengan harapan tuannya tidak lagi mengenali blog ini, sebagai tanda protes..


.....



........




...........

heh..nampak beno tipunye

************
Oh ya..walau sudah 22 syawal, aku x kira, mau wish jugak

SELAMAT HARI RAYA, MAAP ZAHIR BATIN
(ayat tipikal)

mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, kalau ada salah silap ya, biasalah tu manusia, asyik-asyik buat salah, hari raya minta maap jugak kan XD

orang lain cerita pasal masuk U da, aku cerita syawal seciput pun xda. Sebabnya ~

1. Sibuk melayan tetamu dari jauh. Ye la, dorang ni 2 tahun sekali balik Sabah. Kenalah layan sebaik mungkin, x gitu? Siang malam jadi tour guide, driver. Penat, tapi manis =)

2. Sibuk buat ketupat. Pergh, penat kaw-kaw. Siapa lah cipta ketupat ni, kreatif siot. Kalah enstein. Boleh dapat Emmy award woo...eh?

3. Sibuk melayan karenah/kerenah sepupu aku yang kecil-kecil belaka. Kecil, tapi bersemangat tinggi. Habis badan aku dipanjat-panjat. Main kuda-kuda konon, last-last, jadi wrestling. Kena lanyak macam randy orton. adehhh~

"Hey lu! Apa tengok-tengok! Nanti wa kasi pancung baru tau!!"
 
Salah seorang dari mereka
Jangan tertipu dengan kecomelan itu
"Abang long, gambar dulu bha, macam artis kan?"


 **********

Alhamdulillah, open house berjalan dengan lancar, walau hanya kecil-kecilan, x cukup bajet kan, nasi pun x cukup. T.T


Ramai kawan abah dengan ummi datang. Ada yang aku x kenal pun, tapi dorang tau plak nama aku. Janggal~

"Waa hafiz, dah besar rupanya kamu ni, ye la, dah jadi anak bujang kan," kata pakcik ketawa tersengih-sengih

"Eh pakcik, jemputlah makan. Ada nasi, ada mee, pak cik pilih laa," pelawa aku

Penutup makanan dibuka. Tadaaaaaaa!!!

"dengar-dengar hafiz dekat mesir ye. wah, beruntung ayah kamu. nasib baik la kamu ni lelaki. tak payah risau nak jaga diri. anak pakcik tu, c Lina (bukan nama sebenar) bakal cikgu tu, jauh nun kat kuching tu haa, risau jugak, pompuan kan, 2 3 tahun habis study la tu, hahaha...," dia tepuk belakang aku

"...uhuk.."


bila saya tanya pakcik?



Tadaaaaaaa!!!!


11 September 2010

1 Subuh di hari raya...

Subuh tadi aku x bangun sahur....

Eh?..

Ok la, direct to da point...

Aku ucap ikhlas ne

Di hari yang mulia ini, ku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat rakan-rakan, guru-guru, blogger dan sesape la yang mengenali diri ini..

Segala salah dan silap harap dimaafkan la ye..bukan sengaja pun, kan?..

Tapi tengah kita syok2 beraya ni, setan pun beraya jugak...x caya? Cuba check dekat 1Borneo tu..peh, berlambak kiri kanan..

*****


Tahun ni, aku balik kampung sehari je..x boleh lama2, nanti ummi pening nak kemas rumah...

Seperti biasa, ak menagih duit raya dengan mak-mak sedara ak..sungguh x tau malu.. 
(mak sedara aku ada 8 orang, semua da kawen)


Situasi : Berbaris dengan anak buah yang lain untuk minta duit raya..

" Nak duit raya?" ak menagih

" Eh, along dah besar, x payah minta duit raya!" kata mak sedara nombor 1

Ak relax, sebab ak tau yang nombor 1 ni kedekut sket..

" Nak duit raya?" lagi sekali ku cuba dengan yang lain

" Bawah 17 tahun sahaja" kata mak sedara nombor 2

Ek eleh, ada had umur plak?

" Nak duit raya?" lepas ni kalau x dapat jugak, aku give up

" Owh, along punya dah masuk akaun bank along" kata mak sedara nombor 3

Masuk akaun? Ceh, politik!!

Aku redha..

*****

Pelita mahal tuuu..
 
Tadi aku enjoy pasang pelita...hehe...lama x pasang pelita..


P/S : Pencapaian hari ini..RM1..sahaja..=.="




09 September 2010

Tak nak jadi camni..




Peh..menitik-nitik air mata ak tengok. Video ni memang favourite ak dari dulu lg. Tengok banyak kali pun, menangis jugak. Hmm..memang sah aku ni berjiwa sentimental, ye tak?

Aku doa banyak-banyak tak nak jadi doktor camtu..

Lepas ne, kalau ak jumpa doktor x ingat mak bapak, ak bagi backhand sekali. Nikmat Allah bagi banyak-banyak bukannya tau nak bersyukur. Bila Allah tarik balik baru nak sedih minta ampun minta maaf. 

Orang jenis kufur nikmat ni aku anti..


P/S : Ya Allah, sempena hari lebaran yang kian menjelma ini, ku mohon jadikanlah ak seorang yang bersyukur dan soleh kepada kedua ibubapaku..amin...



Related Posts with Thumbnails