11 September 2010

1 Subuh di hari raya...

Subuh tadi aku x bangun sahur....

Eh?..

Ok la, direct to da point...

Aku ucap ikhlas ne

Di hari yang mulia ini, ku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat rakan-rakan, guru-guru, blogger dan sesape la yang mengenali diri ini..

Segala salah dan silap harap dimaafkan la ye..bukan sengaja pun, kan?..

Tapi tengah kita syok2 beraya ni, setan pun beraya jugak...x caya? Cuba check dekat 1Borneo tu..peh, berlambak kiri kanan..

*****


Tahun ni, aku balik kampung sehari je..x boleh lama2, nanti ummi pening nak kemas rumah...

Seperti biasa, ak menagih duit raya dengan mak-mak sedara ak..sungguh x tau malu.. 
(mak sedara aku ada 8 orang, semua da kawen)


Situasi : Berbaris dengan anak buah yang lain untuk minta duit raya..

" Nak duit raya?" ak menagih

" Eh, along dah besar, x payah minta duit raya!" kata mak sedara nombor 1

Ak relax, sebab ak tau yang nombor 1 ni kedekut sket..

" Nak duit raya?" lagi sekali ku cuba dengan yang lain

" Bawah 17 tahun sahaja" kata mak sedara nombor 2

Ek eleh, ada had umur plak?

" Nak duit raya?" lepas ni kalau x dapat jugak, aku give up

" Owh, along punya dah masuk akaun bank along" kata mak sedara nombor 3

Masuk akaun? Ceh, politik!!

Aku redha..

*****

Pelita mahal tuuu..
 
Tadi aku enjoy pasang pelita...hehe...lama x pasang pelita..


P/S : Pencapaian hari ini..RM1..sahaja..=.="




No comments:

Related Posts with Thumbnails