Hari ni cikgu Sham n kambing bawa jalan sebab dia nak balik raya di Melaka. So, nak jumpa aku for da last time gitu. Patutnya keluar hari Jumaat sama-sama dengan si Loy , tapi mesej si kambing pending la plak dan akhirnya ditunda hari ni.
Kitorang tengok Cats & Dogs : Revenge Of Kitty Galore (tiru title Transformers ke ni?). Hajat di hati nak tengok Piranha.
"Kambing, ni kau dah tengok?" sambil ak tunjuk poster Piranha kat dinding GSC
"Sudah kami tengok semalam" jawab kambing
Peh, sungguh hampa.
"Best la?" aku cuba meneutralkan keadaan
"Uish, ngeri bean kena makan. Tapi best la jugak"
Cis, tergugat iman aku nak tengok. Xpela, cats and dogs pun kira ok laa.
Aku heran. Kenapa mesti anjing jadi hero, kucing jadi jahat. Walau kucing kat dapur selalu cakar tangan aku, tapi dorang xla sejahat mana. Aku benci anjing pasal ak selalu kena kejar anjing tym kecik2, dah la x cute, pastu lidah terjelir-jelir macam anjing. Eh? Memang dorang anjing pun..
Ini la propaganda barat untuk menyingkirkan populariti kucing di mata dunia. Ceh, aku xkan terpedaya dengan itu semua pasal iman aku kuat (jangan gelak)..
Tadi, member aku mesej after tarawih..
"Bean, buka puasa di luar kita besok ramai-ramai..pastu boleh maen futsal jam 10..hehe"
Yes!! Setelah sekian lama, dapat gak aku main futsal balik selepas terstop selama 5 bulan. Tapi ada 1 problem. Sekarang kan bulan puasa. Ummi confirm x bagi. Sebab dulu aku ada minta izin...
"Ummi, nak keluar boleh?"
"Pi mana?"
"Tengok wayang"
"Ish along ni, jangan nak memandai. Sekarang ni bulan puasa, orang pi masjid beribadat, bukan pi panggung wayang. Kalau ada cikgu boleh la.."
"Owh, okay" jawapan anak soleh..
Begitulah kisah yang dulu. Kini, ku cuba nasib lagi..
"Ummi, nah" ku serahkan hp dengan ummi.
Ummi membaca mesej itu satu-persatu. Kemudian, jelingan matanya memberi maksud sesuatu. Ketika itu juga kedengaran bunyi dentuman guruh di langit memberi efek yang sungguh tragis.
"Along, bukan ummi x mau bagi along pi jumpa kawan tapi bagus lagi along pi masjid. Lagi-lagi sekarang ni dekat2 dah Lailatul Qadar" jawab ummi yang sudah ku jangka
"Ok ummi" jawapan anak soleh, sekali lagi.
P/S: Puasa, jangan x puasa arr...
3 comments:
wahhhh aku skeee ngan ummi ko...cama gak macam ummi ak..
eh?
sama ka?
1 keturunan mungkin..trmasuk ak la tu..heh
hehe..tu la pasal..jo majdi ank yang baaek..tak bantah ckp ummi..lalala
Post a Comment