31 August 2010

Merdeka kah kita??




 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-53

Sempena hari kemerdekaan ni, ak ingin mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua rakyat malaysia tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, melayu atau cina, bajau atau iban, hensem atau tidak..eh??
 
 Apa yang korang tahu pasal "merdeka"? Ya, ak tahu merdeka tu maksudnya bebas dari penjajah, kalau yang itu adik ak yang kat tadika pun tahu. Tapi adakah merdeka itu sekadar bebas dari penjajah?

Sudah cukupkah semangat patriotik kita setelah 53 tahun kita merdeka? Ya, sudah 53 tahun, x payah la sibuk2 keluarkan kalkulator nak kira untuk buktikan hipotesis ak ni sebab memang inilah konklusi yang korang akan dapat. Ak yakin dan percaya masih ramai yang tak sedar berapa tahun dah kita merdeka. X caya? Cuba tanya artis-artis yang kat TV tu, confirm dorang cakap "No komen" atau " Maaf, maggi saya sudah kembang" kata Alex...Oops, ini hanya contoh ye..hehe..

Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman


Ak teringat zaman kecik2 dulu, camana ak sambut hari kemerdekaan..

SEKOLAH RENDAH~
 
Masa ni, memang ak budak hingusan lagi la. Rambut melekat cam kena iron. Fashion baju ntah tahun yang bila punya. Tapi masih gak famous..hahaha..
Tapi xlah seteruk ni..
Paling ak ingat, asal ada hari kemerdekaan jer, mesti ada pertandingan koir. Asal ada pertandingan koir, mesti kelas ak join. Asal kelas ak join je, mesti menang..kira kitorang da taraf group koir professional la. Dari darjah 4 sampai darjah 6, mesti johan. Kelas lain memang xda fight la. Lagu yang kitorang ambik, x lain dan x bukan, Keranamu Malaysia..
'Buruh nelayan dan juga petani,
Gaya hidup kini dah berubah,
Anak-anak terasuh mindanya,
Lahir generasi bijak pandai.'

Peh, memang happening la sambutan kat sekolah rendah, sampai ak pun x boleh nak ingat..

SEKOLAH MENENGAH~
 
Kalau di sekolah menengah, kitorang ada sambutan bulan kemerdekaan. Biasanya program ni memang guru-guru di Jabatan Kemanusiaan yang anjurkan. Bila guru dah penat, mereka mula mencari mangsa di kalangan student dan ak juga tidak terkecuali.
 
Banyak aktiviti yang kena buat macam pertandingan buat bendera gergasi yang x besar mana pun, melukis, bersajak and so on..tapi kemuncak dia time malam ambang merdeka. Dah macam-macam persembahan ak join time malam tu. Antara persembahan yang masih ak ingat ialah dikir barat. Yang uniknya, kitorang berdikir barat sambil guna sudu garfu. Eh? Dikir barat orang mano plak guna sudu garfu neyh?? Hmm..ntah lah..
 
 
+
=
 
Bila da naik form 4 n form 5, kerja aku jadi tukang buat slide show jer. Tak larat dah nak join buat persembahan ngan member-member yang lain. Tapi time form 5, ak ada menyanyi sket sementara menunggu detik 12 tengah malam. Ak menyanyi duet ngan sorang member yang ak panggil Pinque lagu Jatuh Cinta Lagi. Peh, tiada kaitan ngan merdeka langsung...haha.. Walaupun suara cam katak, namun ada gak yang puji. Aiseh, bangga la plak..
 
Walaubagaimanapun, semangat orang-orang kita hari ni semakin pudar. Tiada lagi bendera Malaysia yang berkibar di kereta-kereta tidak kira kereta mewah atau kereta curi. Rumah-rumah tidak lagi diserikan dengan Jalur Gemilang di halaman rumah kecuali rumah aku..hehe..
 
Ini gambar original ye..
Persoalannya sekarang, mengapa masih ada yang sanggup mengibarkan bendera Malaysia yang sudah koyak rabak setaraf dengan kain pengelap kaki? Ada juga yang sanggup membakar bendera tanah air sendiri? Bangga kah mereka? Di mana prinsip rukun negara yang kita disuruh hafal berkali-kali oleh guru sejarah kita itu?
 
Inilah aktiviti mereka setelah mercun dan bunga api diharamkan
 
 Merdekakah kita? Patriotik kah kita? Tepuk dada tanya iman..
 
P/S : Selamat hari kemerdekaan!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails