Showing posts with label Tired. Show all posts
Showing posts with label Tired. Show all posts

10 March 2012

Jom, hwaiting!!!

Sejak kebelakangan ni saya selalu bermimpi
tidur malam bermimpi

tidur petang pun bermimpi
dan seperti biasa saya memang xkan ingat mimpinya..
dari apa yang saya dapat catch up sket2 mimpi tu, kebanyakannya tentang tanggungjawab yang sedang saya pikul


Seminggu ni, kepala ni asyik berserabut dengan tugas Malaysian Day. Mahu buat itu, kena buat ini. Lenguh badan.
Buku dah 2 minggu x buka. Padahal minggu depan ada exam. Lepas ni pun masih ada kerja lagi. T.T

Tapi xpa, inilah ujian orang kata. Sesiapa yang dapat mengharungi sesuatu ujian itu tanpa mengeluh sedikit pun lebih berjaya daripada orang yang dapat mumtaz dalam exam...erk??


*Selalu teringat adik-adik jugak..hanya kad hijau dari jauh pengubatnya
~

03 November 2010

Huu...Panas..

Ahli rumah yang baru
Akhirnya, penderitaan ku ketika mandi di awal pagi akan sampai ke penghujungnya..
Yeah!!!!! 

Syukran jazilan banyak2 ye tuan rumah yakni Tuan Said bab sponsor 'sakhona' baru..memang sumbangan anda amat dinantikan selama ini...

Tapi yang gua sedih, pekerja yang pasang benda tu buat rumah kitorang banjir, pastu buat x tahu lagi tu!! Xpa, gua sabar, ni tempat diorang, boleh la dorang tunjuk belang, nasib baek iman di dada kuat..heh~

Kesian member aku kena bersihkan rumah. Dah la penat dari kuliah, pastu kena mop lantai lg. Banyakkan bersabar ya. Macam la x biasa kan??


Waa..rajinnya

"Hmm..lepas ni aku mau vacuum plak laa"

"Adeh..banyaknya mau cuci"

Kalau mak bapak korang nampak ni, konfem bangga weyh!!


P/S : Pergh..nikmatnya mandi!! Macam dalam spa woo!! 


20 September 2010

Jalan-jalan Ambek Gambar..



Fuh..penat sungguh aku hari ni. Besar jugak cairo ni arr. Aku ingat besar KK je..heh~

Minggu pertama aku di sini sungguh penat+best..perancangan aku hari ni, round2 Cairo..

On time??
 Mood permulaan hari ini dirosakkan oleh driver bas kitorang. Pak Arab tu kata jam 8am pagi nak datang, tapi jam 9.30am pun x nampak lagi batang hidung. Cis, memang diorang ni "on time". Bagus lagi janji orang Melayu..peh!


Makam Anwar Sadat


Aku baik hati kali ni letak gambar pose mahal..heh~
Ni gambar kitorang di makan Anwar Sadat. Dia ni merupakan Presiden Mesir yang ke3. Ntah bagaimana, mungkin ajal dia da sampai, dia kena tembak oleh rakyatnya sendiri atas sebab2 yang sukar untuk diceritakan. Kesian, sungguh tragis..

Stadium Merdeka??
 Yang ni aku x tau apa nama dia, tapi mengikut firasat aku, mungkin ni la stadium merdeka mesir. Ceh, memandai je bagi nama..


Masjid Sultan Hassan

Lepas tu, kitorang singgah "Masjid 4 Mazhab". Kenapa 4 mazhab? Sebab ada 4 mazhab laa. Semua mazhab dalam Islam diamalkan di sini. 

Makam Imam As-Syafie
Tempat Imam Syafie selalu bersandar..
Dikatakan ini tapak kaki Rasulullah s.a.w..
Bila aku ziarah Makam Imam Syafie, aku merasai satu perasaan yang sukar diungkapkan. Ntah kenapa, hatiku rasa tenang bila sampai di sini. Mungkin inilah kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada insan yang berjuang untuk agamanya..


Piramid Giza
Mantap eh..haha
Akhirnya tiba ke destinasi kemuncak, iaitu The Pyramid. Woo, besar gila!! Dulu aku ingat besar Yayasan Sabah, rupanya kalah KLCC plak. 1 bongkah batu tu ada yang sama besar cam aku. Peh, memang besar laa..


Sphinx..
Lepas round piramid, kitorang singgah Sphinx. Cis, aku ingat ada banyak, rupanya tinggal seketul je lagi. Xpela, seketul pun jadi laa. Tapi yang aku x suka ni, ada ke patut dorang kata muka aku macam benda tu!! Rabun sungguh!!

Cis..kurafat!!
Aku ingat kat Malaysia je yang ada kepercayaan mengarut buang duit tempat keramat. Rupanya di Mesir pun ada. Ish3..kesian aku tengok duit ni. Baek lagi diorang bagi sedekah kat masjid. X pun, peminta sedekah. Kan boleh dapat pahala tu..


Al-Azhar Park
Jalan-jalan dengan Khalid and Loy

Perhentian terakhir, Al-Azhar Park. Fuh, lawa betol taman ni. Memang Taman Teluk Likas x boleh fight laa. Kitorang makan tengah hari di sini sambil menghirup udara segar+pasir..heh~


P/S : Aku tulis post ni dalam keadaan yang sungguh penat. Lutut aku macam da nak tercabut..haish!!

16 September 2010

Kesah Padang Pasir

Setelah sekian lama, akhirnya aku menjejakkan kaki di bumi anbiya'..

Flight yang berjam-jam lamanya dapat ku tempuhi dengan cool sekali. Nasib baik seat sebelah aku lelaki, kalau perempuan, x tidur la aku dalam flight. Nak 'control' la katakan..peh..

Tadi aku makan ish, rupa cam roti nan..

Ish

" Eh, apa benda ni?" aku bertanya kepada senior

" Ni namanya 'ish', orang sini hari-hari makan benda ni laa."  kata abang tu

" Owh, nak test la sket" aku teringin

Ceh..xlaa sedap sangat..rasa cam roti biasa kat kedai mamak tu ja..


" Amacam, sedap? Kalau x boleh masuk perut bagus balik Malaysia laa.." ugut senior

" Eh..sedap bang, sampai menjilat jari!!" ak menyedapkan hatinya..

*****

Fakta tentang Mesir...
1. Orang Mesir bawa kereta macam cerita Fast and Furious. Fulamak, laju gila!! Nak melintas jalan pun macam mau menempah maut.

2. Hobi orang Mesir ni suka bagi hon sama orang. Orang melintas jalan, dia hon. Kereta depan lambat 5 saat, dia hon. Terlanggar kereta orang, dia hon, lepas tu, jalan. Tak payah nak gaduh-gaduh lagi, x macam orang Malaysia..kan?

3. Perempuan Mesir suka lelaki rambut lurus. Jadi dorang suka mengurat kitorang..haha..Kenapa? Lelaki Mesir kebanyakannya rambutnya macam keriting, macam Maggie..heh..jadi jangan heran laa kalau rambut kena pegang2 dalam bas.


*****

Kelmarin kawan aku beli air minuman botol. Sket lagi kena tipu Pak arab. Nasib baek aku ada tym tu..heh~(konon)


P/S : Aku dah 2 hari x makan maggie..adeh, rindu la plak..



04 July 2010

Matrik oh matrik...

Salam...

Khabarku dari matrik, baik2 je..
Tapi, smakin hari, semakin ak merasai tekanan yg x dapat dirasai oleh pancaindera..

Jadi ketua tutorial memang penat
...
Ke sana ke mari x tentu pasal..

Kadang2 ak x smpat nak pi lunch...

Gara2 menghantar barang itu dan ini pi menara pentadbiran..


Da la ari tu kna tegur xde manner..

Adeh, ak da bersopan tahap dewa pon dorang ckp ak xde manner..

Nak ak buat camana lagi..

Xkan nak tunduk 90 darjah tym lalu depan dorang..

Ish..banyak songeh..

Nasib baek ak ne penyabar (konon)...

Hmm..malam seni ari tu...

Just nice laa...

Semua berjalan dgn lancar sekali..

Tapi ak ksian dgn team c Tim..

Boria dorang x jd neyh..

Haha..

Bagus lg boria budak form 2..

Sejak akhir2 ni, ak selalu tdo ptang pastu bangun jam 7pm..

Memang unusual than others laa..

Well, yang penting..

Ak x ready lagi for pra ups ni..

Maen redah je la nanti..

Yang penting ups "mantap"...

Till next tym..=)
Related Posts with Thumbnails