Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

10 March 2012

Jom, hwaiting!!!

Sejak kebelakangan ni saya selalu bermimpi
tidur malam bermimpi

tidur petang pun bermimpi
dan seperti biasa saya memang xkan ingat mimpinya..
dari apa yang saya dapat catch up sket2 mimpi tu, kebanyakannya tentang tanggungjawab yang sedang saya pikul


Seminggu ni, kepala ni asyik berserabut dengan tugas Malaysian Day. Mahu buat itu, kena buat ini. Lenguh badan.
Buku dah 2 minggu x buka. Padahal minggu depan ada exam. Lepas ni pun masih ada kerja lagi. T.T

Tapi xpa, inilah ujian orang kata. Sesiapa yang dapat mengharungi sesuatu ujian itu tanpa mengeluh sedikit pun lebih berjaya daripada orang yang dapat mumtaz dalam exam...erk??


*Selalu teringat adik-adik jugak..hanya kad hijau dari jauh pengubatnya
~

24 January 2012

Resah


Pagi tadi,
atau lebih tepat, jam 6.40 am, adikku dilah telefon.

Terkejut bila henpon berbunyi mengacau tidur yang lena. Tapi digagahi juga untuk diangkat.

"Assalamualaikum abang long. Abg long buat ape tu?" tanya dilah

"Walaikumsalam, abang long tengah tidur ni. Kenapa?" kataku mudah, ingin mempercepatkan perbualan.

"Oh, xpalah abang long, nantilah adik telefon lagi. Assalamualaikum," panggilan dimatikan.

Dan tidur yang terganggu itu disambung kembali. Merancang untuk bangun jam 10.00am untuk study Histo.

Tapi, sesudah bangun dan belajar, terasa segala apa yang dibaca melayang-layang. X melekat. Betul2 x tenteram.

Kenapa adik Dilah tiba-tiba telefon?

Abah ditelefon untuk penjelasan. Kata abah adik di rumah Mak Andak. Abah pun x tau adik adik ada telefon tadi. Pendapat abah, adik rindu.



 


Oh, adikku Dilah, abang long juga rindu
 

Maafkan abang long~
T.T





28 November 2011

Hijrah : Sunat dan wajib


Hijrah..

Satu proses pembentukan diri kepada insan yang lebih berguna


Tahniah kepada adik saya, Uda kerana telah berjaya melakukan perkara yang wajib bagi seorang Muslim, berjaya menghijrahkan dirinya dari seorang kanak-kanak kepada seorang 'lelaki' yang sebenar, seorang lelaki Muslim yang sejati. 

Dulu, dialah juara. Segala yang orang lain tidak boleh buat, dia boleh buat. Kanak-kanak sebaya dia bila ternampak lipas, konfem lari lintang-pukang tapi dia tutup sebelah mata boleh tangkap.

Kalau berlari, dialah Usain Bolt. Johan semua acara. Kalau boleh join semua, dia mahu join semua. Tapi saya larang. Cukup 4 acara, nanti x cukup almari tempat gantung pingat. Tapi itulah, bila ditanya bila nak 'potong'? Dia diam seribu bahasa. Seribu alasan dicipta. Saya kata x sakit tapi dia x percaya.


"Ceh..x gentleman," saya kata. 


"Tapi kini saya sudah berhijrah," kata uda


Alhamdulillah, terlaksana juga akhirnya, tahun 2011, uda berjaya disunatkan/dikhatankan. Nampaknya kini tiada lagi point saya untuk usik-usik dia lepas ini. Haha..



Salam maal hijrah 1433H..



* Kami adik-beradik memang suka style gambar belakang, x tau la kenapa~

Related Posts with Thumbnails