Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

28 November 2011

Hijrah : Sunat dan wajib


Hijrah..

Satu proses pembentukan diri kepada insan yang lebih berguna


Tahniah kepada adik saya, Uda kerana telah berjaya melakukan perkara yang wajib bagi seorang Muslim, berjaya menghijrahkan dirinya dari seorang kanak-kanak kepada seorang 'lelaki' yang sebenar, seorang lelaki Muslim yang sejati. 

Dulu, dialah juara. Segala yang orang lain tidak boleh buat, dia boleh buat. Kanak-kanak sebaya dia bila ternampak lipas, konfem lari lintang-pukang tapi dia tutup sebelah mata boleh tangkap.

Kalau berlari, dialah Usain Bolt. Johan semua acara. Kalau boleh join semua, dia mahu join semua. Tapi saya larang. Cukup 4 acara, nanti x cukup almari tempat gantung pingat. Tapi itulah, bila ditanya bila nak 'potong'? Dia diam seribu bahasa. Seribu alasan dicipta. Saya kata x sakit tapi dia x percaya.


"Ceh..x gentleman," saya kata. 


"Tapi kini saya sudah berhijrah," kata uda


Alhamdulillah, terlaksana juga akhirnya, tahun 2011, uda berjaya disunatkan/dikhatankan. Nampaknya kini tiada lagi point saya untuk usik-usik dia lepas ini. Haha..



Salam maal hijrah 1433H..



* Kami adik-beradik memang suka style gambar belakang, x tau la kenapa~

16 December 2010

Malaysia boleh....

Cayalah Safee Sali, gua respect sama lu !!

Walaupun berduka setelah kekalahan Arsenal, namun ia terubat dengan khabar berita dari stadium bukit jalil.

MALAYSIA vs VIETNAM : 2-0 (SUZUKI CUP) semi-final

Ya, memang benar. Ini bukan khayalan semata-mata. Bola sepak Malaysia semakin meningkat. Aku pun x tau ilmu apa diorang pakai. Apa-apa pun, syabas ku ucapkan. 


Gua sedih. Hari ini, bola sepak kita semakin dilupakan. Yang menjadi berita hangat sebagai bahan cerita di kedai kopi, kalau bukan Manchester United, mesti Chelsea atau Arsenal.


"Aku dengar Rooney nak pindah, betul ker??"

"Memang la Chelsea x perform, Lampard kan injured"

"Gol Nasri memang smart woo!!"

"Kalau Torres x maen, confirm Liverpool kalah"

Inilah senario zaman ini. Bukan Zaquan Adha, Amri Yahya, Saffee Sali atau S.Kunalan yang menjadi sebutan. 

 
Walau diri ini jauh dari stadium bukit jalil, tapi ku tetap update dengan bola sepak Malaysia. Siapa kata budak2 Zagazig x up-to-date??!! 

Jawab!!


*****
Sempena Hari Asyura ni, gua nak puasa sunat. Dan, ketentuan Tuhan telah menakdirkan exam Anatomi ditunda ke minggu hadapan untuk meringankan beban gua semasa berpuasa.

Inilah dikatakan rahmat dari Allah..


Alhamdulillah...

Related Posts with Thumbnails