Showing posts with label Zagazig. Show all posts
Showing posts with label Zagazig. Show all posts

16 April 2014

Episod kehidupan yang baru

Siapa sangka
jodoh bersama bumi Anbia
setakat sampai di situ sahaja

tiada lagi musim panas
tiada lagi musim sejuk
yang ada hanya hujan dan panas
kemarau dan tengkujuh

siapa sangka
itulah kali terakhir aku mendengar
azan di setiap penjuru bangunan
titipan salam tiap kali bersua
bingitan hon memekakkan telinga

maassalamah egypt..
semoga kita bertemu lagi
aku mulai merinduimu~


In Memory Zagazig University : 2010-2013


07 September 2013

Minyak Naik? Usah risau..kita ada penyelesaiannya..

Salam semua..

Lama juga tidak mengupdate kan. Iyalah, cuti. Buat apa menghabiskan masa di depan laptop? Gelap masa depan..hehe

Semua pastinya sudah tahu, sekarang ni satu negara kecoh dengan kenaikan harga minyak. Maka bermulalah episod kutuk-mengutuk, maki hamun di alam maya. Ada tu siap mengamuk lagi di stesen minyak. Mana tidaknya, beratur berjam-jam bila sampai giliran, minyak pula habis. Mana tahan bro..

Tapi, rilek brader, brader rilek.. Jangan marah-marah. Kita ada penyelesaiannya. Hidup ini kena sentiasa positif.

Seperti mereka ini..


PS : Zagazig di hatiku..=)


24 February 2013

Perjalanan Sebenar Mereka Telah Bermula


Physicians' Oath

I swear by Almighty Allah to :

~Observe Allah in my profession

~Preserve human life throughout all its phases and in all conditions and circumstances exerting my best to rescue it from death, disease, pain and worry


~Keep people's dignity and conceal their problems, malformations or secrets

~Be forever a means of mercy exerting my due medical care to everybody, the good and bad, to friends and foe

~Keep asking for science to exploit it for people's benefit, and not to harm them

~Respect who taught me, and teach who is younger than I am, and be brother for every colleague in the medical profession, coorperating for devotion and pity

~Make my life as true as my faith pure of what detour from Allah's path, His Prophet and the believers, in public and privacy.

and Allah witness my oath

First Batch Malaysian Students
Faculty Of Medicine, Zagazig University

Mereka telah berjaya sampai di penghujung jalan itu
adakah aku juga mampu mengharunginya?

ya, aku juga ingin seperti mereka
moga aku tidak tersungkur dalam mengikut jejak langkah yang mereka tinggalkan di pasir-pasir harapan
sebelum ia hilang ditiup bayu dugaan

Amin..

08 March 2012

Malaysian Day



Jom ramai-ramai datang kuliah esok...biar orang Arab tahu tinggi rendah budaya orang malaysia dgn mesir macam mana...

siapa yang selalu alergik sebab lama x makan makanan malaysia pun digalakkan untuk datang. Kita ada gado-gado khas hasil air tangan Chef Libau..juga nasi ayam, nasi lemak dan laksa penang dibuat spesel oleh banat-banat D2.

"Dimasak dengan penuh kasih sayang," kata mereka


semoga khabar angin itu benar~



15 December 2011

Tangga 1 : Done

Salam semua..


maaflah lambat update. semenjak dua menjak tangan ni rasa kebas bila menaip. iyalah, tambah-tambah lagi sekarang suhu below 10 degree C, memang 'katil' & 'lihaf' lah teman sejati.

derr, bukan ada orang baca pon~



******
i. Mabruk pada semua yang berjaya. Semua muka jadi manis masa terima anugerah MAC hari tu. Sehari sebelumnya, semua jadi busy. Pinjam 'kot' sana-sini. Mahu jadi berkeadaan terbaik semaksima mungkin. Kalah raja sehari.
apa-apa pun, biar kejayan di tangga pertama ini menjadi medium kita berdiri teguh untuk menaiki tangga kedua dan seterusnya. dan, sama-sama kita berdoa agar ada lif di hujungnya...=)


Kadang-kadang, saya malu berdiri dengan mereka-mereka ni. sudahlah hensem, kacak lagi tu. apalah kalau hendak dibandingkan dengan saya ni.
 

Segan ana dengan enta...ececeyh~

P/S : Yang paling kiri sudah berpunya. Harap maaf~

ii. Kelas D2 kelas terbaek woo. Bangga weyh.

Libau, u the man. Lap u so much..XD
 
Duit tu jangan makan sendiri arr


iii. Tiba-tiba dokter physio ada mood bagi homework. salah makan rasanya semalam. Setelah setahun di sini, buat pertama kalinya dapat assingment. Pergh..ini barulah MEDIC!!


Masa kelas physio endocrine, ada satu benda saya paling x suka. Duduk di tempat paling hujung =.='
Lecturer physio endocrine ni boleh dikatakan masih freshie dalam bidang pengajaran, jadi semasa dia mengajar, konfem, mesti HOD physio tu akan datang masuk kelas sekali memantau. Dah tu, duduk di sebelah plak tu.  Kalau dia duduk diam-diam xpa jugak, tapi masalahnya dia selalu tanya itu ini.

"Kamu faham" katanya. ya, dalam bahasa melayu

Serba salah menjawab. Kata x faham, dikata not paying attention in class. Kata faham, nampak beno nipunye, dengan bukti muka blur segala..haih, STRESS!!

Dia tu siapa lagi kalau bukan Dr Bahaa. semua orang kenal. tapi, dia ada satu character yang menarik. 
annoying...
and i like it...
cause he is unique..

iv. Sedang berkira-kira memilih tempat untuk melancong winter break nanti. Rasa-rasanya, mana tempat yang best?

Europe kah? Dalam egypt kah?

Burin sudah plan nak pergi Madrid dengan Rome. 

"Masih awal la bur" kataku

"Tet, wrong theory!!" balasnya pantas

"Huh, tell me why?" reply ku. Uiseh, bajet cakap english

"Sekaranglah masa untuk kita jalan-jalan bean. Sementara schedule belum packed ni. Nanti bila sudah tahun 4, 5..konfem sibuk dengan klinikal. Mana la sempat sudah," jawapannya, ringkas dan padat

Ada betulnya..

Hmm..duit oh duit, bilakah engkau mahu masuk akaunku~

>.<

14 November 2011

Budak-budak itu menjerit.."Mator!!"


Yah, anginnya bukan lagi sepoi-sepoi bahasa, 
tapi membuat kita terkunci mulut x terkata,
badan sudah terketar-ketar,

tambah-tambah lagi tissue layer x tebal,
kawan baik si winter sudah datang,
tidak lain tidak bukan itulah hujan...

Jalan pulang yang berliku dan berteman


Hujan turun, lepas 5 minit berhenti. Macam mana kain nak kering ni..T.T huu


26 January 2011

Apa dah jadi?

Manusia penuh dengan emosi. Manusia penuh dengan ego. 

entahlah. 

sukar digambarkan dengan kata-kata. Apa yang berlaku hari ini mungkin boleh menjelaskan segalanya. 

Ya, hari ni cuti. 

Hari polis mesir. Sepatutnya hari ni para-para polis sekalian mendapat cuti istimewa untuk diluangkan bersama keluarga dan berkelah di pantai Alexandria, Dumyat dan lain-lain.

Malangnya hari ini mereka kena bekerja overtime. Mengawal luahan hati penduduk terhadap pemimpin yang mereka katakan diktator. Sejauh mana kebenarannya? Wallahualam..


Nasib baek rusuhan di mahattah tadi x sekencang di Cairo. 



Kalau betul instinct aku, esok Uni tutup. 

Demi keselamatan bersama, x gitu??



 

22 December 2010

Perkara yang memeningkan..

"Hai, saya kasut Adidas yang ada mulut, unik kan?"


Siapalah yang mampu menyelesaikan masalah aku ni...

Liga Zagazig x lama lagi, tolonglah bantu ya. Gua da mati akal sekarang.

Kalau banat nak tolong, no problem. Gua jamin, air wuduk x batal kalau pegang kasut banin. Belum ada fatwa mengatakan perkara sedemikian.

Kalau nak minta belanja makan kribs, gua boleh runding. No hal punya..


*******


Hari tu dah ada orang tegur, jangan update blog time nak dekat exam. Tapi gua rasa menulis blog ni 1 terapi. Bagus untuk merelaxkan fikiran. X caya, cubalah..


Oh ya, semestinya tidak dapat menandingi Al-Quran~

 

16 December 2010

Malaysia boleh....

Cayalah Safee Sali, gua respect sama lu !!

Walaupun berduka setelah kekalahan Arsenal, namun ia terubat dengan khabar berita dari stadium bukit jalil.

MALAYSIA vs VIETNAM : 2-0 (SUZUKI CUP) semi-final

Ya, memang benar. Ini bukan khayalan semata-mata. Bola sepak Malaysia semakin meningkat. Aku pun x tau ilmu apa diorang pakai. Apa-apa pun, syabas ku ucapkan. 


Gua sedih. Hari ini, bola sepak kita semakin dilupakan. Yang menjadi berita hangat sebagai bahan cerita di kedai kopi, kalau bukan Manchester United, mesti Chelsea atau Arsenal.


"Aku dengar Rooney nak pindah, betul ker??"

"Memang la Chelsea x perform, Lampard kan injured"

"Gol Nasri memang smart woo!!"

"Kalau Torres x maen, confirm Liverpool kalah"

Inilah senario zaman ini. Bukan Zaquan Adha, Amri Yahya, Saffee Sali atau S.Kunalan yang menjadi sebutan. 

 
Walau diri ini jauh dari stadium bukit jalil, tapi ku tetap update dengan bola sepak Malaysia. Siapa kata budak2 Zagazig x up-to-date??!! 

Jawab!!


*****
Sempena Hari Asyura ni, gua nak puasa sunat. Dan, ketentuan Tuhan telah menakdirkan exam Anatomi ditunda ke minggu hadapan untuk meringankan beban gua semasa berpuasa.

Inilah dikatakan rahmat dari Allah..


Alhamdulillah...

11 December 2010

Erythrocytes..

Lecturer physio aku panggil erythrocytes, cikgu biologi aku panggil red blood cell, ummi plak panggil darah, adik aku yang paling kecik panggil  'luka'??

 ******

Dari kecik sampai 2 hari yang lalu, aku x tau jenis darah aku yang sebenar-benarnya. Maklumat yang aku ada, ummiku berdarah A+. Lalu gua percaya 101% bahawa aku juga berdarah A.

Namun, experiment baru-baru ni menolak segala hipotesis aku yang bernas itu.



O+ ???

Yang pastinya, mereka bukan O

Darah O+ ??

Perlukah aku berbangga??

atau

berdukacita??


Aku jadi bingung. 


Lepas ni x boleh maen extreme-extreme. Nanti bila aku injured, susah orang yang nak derma sebab aku keturunan darah cerewet. Mesti darah keturunan 'diraja' jugak.




P/S : Darah ni jugak membuktikan aku dari keturunan orang-orang dermawan, x gitu??



03 December 2010

A.S.A.P


Pelakon-pelakon upahan terbaek punya!! Hahaha


Duuuuuuuuuulu..

Orang cakap tinggal di Europe best..


Ada musim sejuk knonnya..

Kalau tengok bola EPL, boleh nampak player2 dya main bola sambil keluar asap kat mulut. Membuatkan orang teruja melancong pi Europe.


Lantas, anak2 zaman sekarang berlumba-lumba belajar meningkatkan prestasi akademik semata-mata mahu melanjutkan pelajaran di sana. Mereka belajar siang dan malam, subuh dan petang tapi qiamullail x pernah..ish3..


Do you get what I mean? Oh, rupanya I can speaking...



Kesimpulannya, bukan Europe shja yang ada suasana camtu okeh. Mesir pun ada laa. Jordan siap ada salji lagi. Tahun depan gua planning nak pi sana. 

Bukan melancong, tapi belajar. (Fahami baek-baek)


"Kerana alam sentiasa dengan zikirnyalah, alam tidak pernah gagal mengajar manusia mengenal Pencipta"
Jadi, aku tidak kisah melabur duit Ringgit Malaysia (atau apa jenis matawang sekalipun) untuk menimba ilmu.


Sekian..


P/S : Aku sengaja rakam gelagat mereka. Mereka nampak sungguh 'bersemangat' ketika itu. Harap sampai maksudnya..

23 October 2010

Online lagi...

Internet kami

Alonso tengah maen weyh!!

Jengjeng!!

Selain membuka facebook, email dan juga blog, perkhidmatan live streaming bola sepak juga disediakan. Lepas ni kita lepak ramai2 kat rumah gua minum 'syai' tengok EPL, okay!

Yang penting, bawa makanan sendiri arr! Gua misy fulus nak layan korang..


Satu je aku nak nasihat...

kalau hari-hari tak boleh nak study,
jangan salahkan si internet,
tapi salahkan diri sendiri,
yang gatal tangan connect...




P/S : Gua boleh tengok Arsenal maen dah..yessss!!!

19 October 2010

Zagazig Di Tapak Kakiku...

Setelah menunggu berkurun lamanya, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di padang pasir Zagazig. Menyedihkan sungguh namanya..

Aku sampai je sini malam tu, esok paginya kena suruh pi kuliah terus. Adei, sakit pinggang aku x hilang lagi ni weyh!!
Gila apa??

Tapi, gua sebagai insan yang tabah, tetap bangun awal pagi then, masak nasi goreng paprik untuk sarapan..Macam pro kan bunyinya?? Percayalah kataku ini, aku "masak"...


********

Sebelum sampai Zagazig, abang Imam ada cakap..

"Rumah kamu tu bagus, ada TV, ada mesin basuh, ada dapur gas, ada katil, siap ada cadar lagi" katanya

"Betul ke ni??" hatiku mula berbunga..

"Betul, kawan kamu yang dapat rumah lain dapat rumah kosong ja. Kamu kira untung da ni" katanya lagi..

Kini aku di rumah itu. Adakah benar kisah ini?? Anda nilai sendiri..

Dapur@ruang tamu...smart kan?

Kabinet dapur ala Perancis bertatahkan batu marmar import khas dari Mexico

Meja makan@meja study yang mempunyai kelas tersendiri

Mesin basuh antik-automatik Zanussi dari Jepun

Almari antik+TV buatan tangan tegap Arab..(TV sekadar hiasan okay)

Permaidani empuk dari India...
Power kan rumah gua? Ada fight rumah korang x?
Heh..jangan menduga lautan luas kalau kail panjang sejengkal..
Ingat pesan gua baek2..


******

Kepada rakan-rakan seperjuanganku di Kolej Matrikulasi Labuan yang tidak berair itu, semoga berjaya ku ucapkan. Janganlah korang mensia-siakan usahaku menjaga korang selama 5 bulan itu, okay? Jawab PSPM tu baek2..jangan dilupai kenangan di kala kita 'mengail ikan' bersama time kuliah biology itu ya! Ku harap anda semua dapat menjawab soalan bio itu..

Semoga korang semua dapat "4 rata"..(tidak termasuk aku)

Kepada nenekku a.k.a 'yang', didoakan agar selamat anda di bumi Mekah. Moga-moga dapat haji mabrur...amin..Kalau ada apa-apa, bagitau je arr 'yang', nanti apis datang..


P/S : Aku nak naek haji la tahun depan. Baru la dapat jadi imam solat jumaat bila balik nanti, ye tak?
Related Posts with Thumbnails