Showing posts with label Winter. Show all posts
Showing posts with label Winter. Show all posts

28 January 2013

Projek Mega Bermula..


I always wonder why birds stay in the same place when they can fly anywhere on earth..

Then,

i ask myself the same question~

Harun Yahya






In the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful

May Allah ease...


08 January 2012

Jangan dipaksa kalau tidak mampu..


Salam dua kosong satu dua..

Rasanya mungkin sudah terlewat kalau saya ucap hepi new year sekarang kan? Tapi, apalah yang ada dengan tahun baru. Hanya 'hari pertama dalam bulan januari dalam 2012'. kankankan?



I
Orang yang sudah success selalu cakap, 'you must attend all your classes in order to become top class'. Ya, memang betul, memang kita kena datang semua kelas. Sehinggakan ada fatwa kata haram kalau ponteng kelas sebab kita telah mengkhianati kepercayaan ibu bapa kita yang menghantar kita ke U untuk belajar







Jadi kes saya sekarang ni, bukan mahu ponteng pun, best apa kelas anat, kalau boleh x mahu miss 1 kelas, tapi faktor kesihatan menghalang keinginan itu.

Ummi, along bukan sengaja ya..=)



II

Pening kepala sekarang. dengan benjol di kepala berdenyut-denyut, lagi pening dibuatnya. Bakal menghadapi midterm exam dalam 10 hari lagi. 
Dalam dilema sama ada perlu buat notes atau just baca buku tu. Kalau buat notes, takut x sempat siap sampai midterm. Kalau just baca, takut x melekat di kepala...hurgghhh!!!

III
Lepas midterm, kami ada projek mega. Winter break akan digunakan sepenuhnya.
Nantikan kedatangan kami, LA!

IV
22hb Januari paper Biochem. Dan juga Arsenal vs Man Utd. Arghhh!!! 

Kenapa mesti lawan MU time paper biochem T.T. 
Harap-harap masa buka paper soalan nanti x nampak muka Van Persie, kalau x, habislah~~


V
Ok lah..mahu bersiap pergi kelas jam 1.30pm. At least saya ada effort datang kelas kan?

24 March 2011

Khabar aku dan mereka...


Kedinginan musim syita' menyambut kepulanganku di bumi yang masih segar dengan revolusinya. Ternyata syita' masih belum mengalah.

Oh ya, Mesir kini berwajah baru. Aku rasa laa. Macam bersih semacam plak aku tengok. Harap-harap bertahan la. Jangan sekadar hangat-hangat taik unta. Pantang nenek moyang aku jumpa orang macam gitu.

Lagi satu, ada khabar menarik dari rumah banat-banat. Nasi dalam periuk diorang berevolusi jadi biru, sebiru lautan di lautan pasifik setelah dibiarkan berhibernasi selama sebulan. Serius menarik woo. Boleh buat nasi kerapu neyh...kehkehkeh (Sila jangan bayangkan. Memang ngeri)




Untuk 18 tahun ke atas sahaja



******* 

Kepada bebudak SPM, tahniah kepada yang berjaya. Selalunya memang akan senyum sampai ke telinga. Yang kurang berjaya, la tahzan. SPM bukan segala-gala. Orang tua-tua kata,

sampai masa tibanya waktu
redup hati kau berdua. 
bila dua jasad bersatu. 
hidup mati jadi bersama

"Jikalau membelakangi matahari, yang dapat dilihat hanya bayang-bayang sendiri. Pandanglah ke depan dan sambut kehangatan matahari itu."

Biasalah, adat result SPM. Ada bercucuran air mata, ada menyesal x sudah. Semua sudah berlalu. Walau macam mana pon, itulah resultnya. Seperti apa yang member aku selalu cakap, "what you give, you will get back the same"



Pesanan dari Osama

DON'T EVER GIVE UP TRYING ^^

 

13 December 2010

Impak Maksima...

"The weather in Egypt is very bad currently at least for the coming 72 hours according to meteorologists. Ports and airports have been closed across the country because of the bad weather conditions. Dust storms and cold wind have forced the Egyptians to stay in their homes this weekend."  sumber 'Berita Harian'


Grrrr....

Hari ni, angin bertiup tidak seperti biasa. Bagaikan dilanda ribut taufan. Serius...
Tapi ribut kali ni bukan sebarang ribut. Ia membawa angin sejuk membeku bersama pasir yang halus. Musim sejuk kini telah mengeluarkan belangnya. 

Menurut pakar kaji cuaca gua, Dr Hadi, telah memberi laporan bahawa suhu telah jatuh sehingga ke 8 degree celsius. Memang beliau seorang yang amat berdedikasi dalam tugasnya. Tidak putus-putus memberikan laporan suhu terkini. Semoga komitmen dapat diteruskan..

Kepada sahabat2 di Alexandria, takziah diucapkan. Mereka dikatakan "cuti" dari kuliah hari ini atas sebab-sebab dan niat yang tidak diketahui. Diharapkan agar kaki mereka bisa melangkah ke kuliah esok hari.

Kepada sahabat2 seperjuangan di sini, persiapkanlah diri anda physically n mentally. Sebab tanpa persediaan rapi, maka musim sejuk ini akan dimanfaatkan dengan hibernasi semata-mata. Gua tahu, musim sejuk ini amat perit untuk beristinjak. Namun kebersihan itu amat penting. Semoga anda dapat menemui alternatif lain untuk masalah ini.

Pagi tadi hujan. Mulanya gembira namun berduka kemudian. Setitis hujan yang singgah di mulut terasa masin membuatku tertanya-tanya. Air hujan masin ke? 

Argh..hujan lumpur la plak!! Peh!!

Semua pemakai sweater mahal lari bertempiaran mencari tempat berteduh. Gua ketawa kecil. Wrong timing agaknya..hehe

Tapi musim sejuk ni ada juga kebaikannya. Kalau dulu, aurat terbuka sana-sini. Pakaian ketat-ketat tapi sekarang semua da tutup. Memang sejuk mata memandang. Inilah dikatakan rahmat dari Tuhan.



P/S : Sejak kebelakangan ni, solat da makin ekspress. Gua pun x tau kenapa~



03 December 2010

A.S.A.P


Pelakon-pelakon upahan terbaek punya!! Hahaha


Duuuuuuuuuulu..

Orang cakap tinggal di Europe best..


Ada musim sejuk knonnya..

Kalau tengok bola EPL, boleh nampak player2 dya main bola sambil keluar asap kat mulut. Membuatkan orang teruja melancong pi Europe.


Lantas, anak2 zaman sekarang berlumba-lumba belajar meningkatkan prestasi akademik semata-mata mahu melanjutkan pelajaran di sana. Mereka belajar siang dan malam, subuh dan petang tapi qiamullail x pernah..ish3..


Do you get what I mean? Oh, rupanya I can speaking...



Kesimpulannya, bukan Europe shja yang ada suasana camtu okeh. Mesir pun ada laa. Jordan siap ada salji lagi. Tahun depan gua planning nak pi sana. 

Bukan melancong, tapi belajar. (Fahami baek-baek)


"Kerana alam sentiasa dengan zikirnyalah, alam tidak pernah gagal mengajar manusia mengenal Pencipta"
Jadi, aku tidak kisah melabur duit Ringgit Malaysia (atau apa jenis matawang sekalipun) untuk menimba ilmu.


Sekian..


P/S : Aku sengaja rakam gelagat mereka. Mereka nampak sungguh 'bersemangat' ketika itu. Harap sampai maksudnya..

03 November 2010

Huu...Panas..

Ahli rumah yang baru
Akhirnya, penderitaan ku ketika mandi di awal pagi akan sampai ke penghujungnya..
Yeah!!!!! 

Syukran jazilan banyak2 ye tuan rumah yakni Tuan Said bab sponsor 'sakhona' baru..memang sumbangan anda amat dinantikan selama ini...

Tapi yang gua sedih, pekerja yang pasang benda tu buat rumah kitorang banjir, pastu buat x tahu lagi tu!! Xpa, gua sabar, ni tempat diorang, boleh la dorang tunjuk belang, nasib baek iman di dada kuat..heh~

Kesian member aku kena bersihkan rumah. Dah la penat dari kuliah, pastu kena mop lantai lg. Banyakkan bersabar ya. Macam la x biasa kan??


Waa..rajinnya

"Hmm..lepas ni aku mau vacuum plak laa"

"Adeh..banyaknya mau cuci"

Kalau mak bapak korang nampak ni, konfem bangga weyh!!


P/S : Pergh..nikmatnya mandi!! Macam dalam spa woo!! 


02 October 2010

Semangat jugak!!

Kelmarin, loy bawa aku pi CityStar. Bawa member jalan-jalan. (Jantina dirahsiakan)

"Buat apa pi citystar?" aku bertanya

"Ntah la diorang, macam nak beli winter coat" kata loy

"Huh? winter coat? Belum masuk winter lagi pun neyh. Semangat jugak!"

"Alaa, biar la bha, taste dorang"

Aku on saja. Daripada aku mereput di rumah, baek aku jalan-jalan. Kitorang bahagi 3 group.
Group aku naik teksi dulu.


"Citystar??" aku tanya pakcik teksi. Dia mengangguk.Aku terus masuk. Malas nak tunggu lama-lama.


Lepas 2 minit dalam teksi, aku boring...


"Ya amu, no song?" jari aku menunjuk ke radio teksinya. 

Ntah masih bernyawa atau tidak radionya itu.

"Wokeh" katanya penuh yakin. Ntah-ntah itu je ayat english yang dia tau.

Kata senior, kalau boleh nyanyi lagu arab dalam teksi, driver tu boleh bagi tambang murah sebab diorang suka kalau ada orang luar minat negara diorang. Tapi masalahnya, satu lirik pun aku x tau nak sebut. Peh...

Sampai citystar..

"Khalas" aku suruh berhenti


"Bi kam?(Berapa?)"

"Sittah wa nus (6.50) " kata pakcik teksi

Hmm..boleh tahan laa. X la mahal sangat. Aku bangga dapat tambang murah. Bila aku tanya loy berapa tambang diorang, dia kata 5.00 je. Si burin plak 6.00.


Cis, aku punya paling mahal!! X guna betul! Ntah-ntah pakcik teksi tu bagi cas dengar muzik. Haish..mengarut sungguh!!


******


Member-member aku ni, kalau shopping memang banyak songeh. Dibelek-belek, tapi x juga dibeli. Alaa, lantak korang lah. Bukan duit aku jugak. 

Last-last dorang ada jugak membeli. Winter coat diorang bukan sembarangan woo. Kalah fesyen winter orang Europe. Macam la ada turun salji kat sini. Heh~
Lebih kurang macam ni la, tapi diorang punya lagi smart..pergh


P/S : Masalahnya sekarang, aku je lagi yang belum ada winter coat. Kritik orang pandai, tapi sendiri belum beli. Cis!!


 
Related Posts with Thumbnails