13 December 2010

Impak Maksima...

"The weather in Egypt is very bad currently at least for the coming 72 hours according to meteorologists. Ports and airports have been closed across the country because of the bad weather conditions. Dust storms and cold wind have forced the Egyptians to stay in their homes this weekend."  sumber 'Berita Harian'


Grrrr....

Hari ni, angin bertiup tidak seperti biasa. Bagaikan dilanda ribut taufan. Serius...
Tapi ribut kali ni bukan sebarang ribut. Ia membawa angin sejuk membeku bersama pasir yang halus. Musim sejuk kini telah mengeluarkan belangnya. 

Menurut pakar kaji cuaca gua, Dr Hadi, telah memberi laporan bahawa suhu telah jatuh sehingga ke 8 degree celsius. Memang beliau seorang yang amat berdedikasi dalam tugasnya. Tidak putus-putus memberikan laporan suhu terkini. Semoga komitmen dapat diteruskan..

Kepada sahabat2 di Alexandria, takziah diucapkan. Mereka dikatakan "cuti" dari kuliah hari ini atas sebab-sebab dan niat yang tidak diketahui. Diharapkan agar kaki mereka bisa melangkah ke kuliah esok hari.

Kepada sahabat2 seperjuangan di sini, persiapkanlah diri anda physically n mentally. Sebab tanpa persediaan rapi, maka musim sejuk ini akan dimanfaatkan dengan hibernasi semata-mata. Gua tahu, musim sejuk ini amat perit untuk beristinjak. Namun kebersihan itu amat penting. Semoga anda dapat menemui alternatif lain untuk masalah ini.

Pagi tadi hujan. Mulanya gembira namun berduka kemudian. Setitis hujan yang singgah di mulut terasa masin membuatku tertanya-tanya. Air hujan masin ke? 

Argh..hujan lumpur la plak!! Peh!!

Semua pemakai sweater mahal lari bertempiaran mencari tempat berteduh. Gua ketawa kecil. Wrong timing agaknya..hehe

Tapi musim sejuk ni ada juga kebaikannya. Kalau dulu, aurat terbuka sana-sini. Pakaian ketat-ketat tapi sekarang semua da tutup. Memang sejuk mata memandang. Inilah dikatakan rahmat dari Tuhan.



P/S : Sejak kebelakangan ni, solat da makin ekspress. Gua pun x tau kenapa~



No comments:

Related Posts with Thumbnails