Showing posts with label Advice. Show all posts
Showing posts with label Advice. Show all posts

22 May 2011

Redha..


Ketika ini, 8.30 am waktu Malaysia. Jadi, waktu tempatan, kira sendiri. Masih berjaga nampaknya. Lepas tu esok, sendiri yang susah bangun. Haih..

Sedang aku berehat sambil meninjau-ninjau berita-berita di facebook n so on, aku ditemukan 1 ayat yang bagiku cukup indah

" Bukan berapa banyak kau baca,
tapi berapa banyak kau faham.

Dan kemudian,
 bukan berapa banyak kau faham,
tapi berapa banyak yang mendapat redha Tuhan."
 
 
 
Aku berfikir sejenak. Ya, musim-musim exam ni, aku sering lupa, mungkin kita juga sering lupa. 
 
Kena ingat sentiasa, usaha kita, keranaNya..

 

18 January 2011

Sengaja tapi berat

Kadang-kadang,

Aku sengaja biarkan ia terlepas pergi,
Agar di lain hari aku bisa belajar mendapatkannya semula...


19 December 2010

Kita dan CINTA..

Sejak kebelakangan ni, banyak member-memberku mula berbicara tentang kahwin atau secara generalnya, Cinta..

Tidak kira gender lelaki atau perempuan, topik ini semakin hangat. Aku x tau apa yang da berlaku. Mungkinkah ini kesan daripada terlalu menonton cerita Korea??

Wallahualam...

Entri kali ni bukan nak bagi nasihat atau melarang kepada mereka2 yang berkeinginan, tetapi sekadar berkongsi pandangan dari insan yang x seberapa ni (rasanya).



Jikalau kita lihat di Facebook, begitu banyak sahabat-sahabat kita yang telah pun meng"announce" diri mereka telah 'married to' ataupun 'engaged to' walhal mereka x pernah pun diikat dengan ikatan tali yang sah. Semuanya berdiri di atas satu lafaz semata-mata, "I Love You"


Persoalannya, perlukah kita luah isi hati ini kepada si dia? X berdosakah kita? Menghampiri zina kah tidak? Gua pening. 

Tapi gua nak kongsi 1 hadis, copy dari blog seorang teman. Pinjam kejap arr..^^



"barang siapa sedang rindu ( cinta ), lalu menyembunyikannya , menahan diri kemudian dia mati, maka meninggal dalam keadan syahid."
Ibn ‘abbas


Menyembunyikan cinta, menahannya dan jika meninggal dunia, ia dikira mati syahid? Apa yang cuba disampaikan oleh hadis ni, betapa besarnya pahala orang yang menyembunyikan cintanya dari yang dicintai. 

Gua hairan dan bertanya kepada diri sendiri. Kenapa?

Kenapa seorang pejuang cinta yang gugur dalam menahan cintanya dianugerahkan syahid?

Ya, memang diakui menahan cinta dari diketahu adalah sesuatu yang amat susah. Umpama menghafal sebuah buku Anatomi. Kita setiap hari dalam doa memohon kepada Allah agar diberikan jodoh yang baek2. Namun sedar atau tidak, menahan cinta itulah yang akan menjadikan kita lebih dekat kepada Pencipta.

Ooo..patutla hadis tu kata hadiahnya mati syahid, rupanya banyak manfaat bila sembunyikan cinta..O.o


Gua tahu agak sukar bagi banat-banat di bumi Mesir ini untuk bergerak kemana-mana. Mesti bertemankan musyrif. Mungkin lebih mudah sekiranya ada si suami di sisi sepanjang masa.


Gua rasa tidak perlulah kita sibuk memikirkan benda ni. Cukuplah sekadar fokus kepada study. Masanya akan tiba juga. Yang penting jangan lupa jemput pi kenduri ya. Lama da x makan nasi minyak neyh..




Kahwin kat sawah, memang jimat bajet..kahkahkah




P/S : Hari rabu ada exam Anatomi. Memang susah, macam menahan cinta. Serius~


Nota tambahan : Ntah gambar siapa la yang gua curi ni..mohon promote ya


13 December 2010

Impak Maksima...

"The weather in Egypt is very bad currently at least for the coming 72 hours according to meteorologists. Ports and airports have been closed across the country because of the bad weather conditions. Dust storms and cold wind have forced the Egyptians to stay in their homes this weekend."  sumber 'Berita Harian'


Grrrr....

Hari ni, angin bertiup tidak seperti biasa. Bagaikan dilanda ribut taufan. Serius...
Tapi ribut kali ni bukan sebarang ribut. Ia membawa angin sejuk membeku bersama pasir yang halus. Musim sejuk kini telah mengeluarkan belangnya. 

Menurut pakar kaji cuaca gua, Dr Hadi, telah memberi laporan bahawa suhu telah jatuh sehingga ke 8 degree celsius. Memang beliau seorang yang amat berdedikasi dalam tugasnya. Tidak putus-putus memberikan laporan suhu terkini. Semoga komitmen dapat diteruskan..

Kepada sahabat2 di Alexandria, takziah diucapkan. Mereka dikatakan "cuti" dari kuliah hari ini atas sebab-sebab dan niat yang tidak diketahui. Diharapkan agar kaki mereka bisa melangkah ke kuliah esok hari.

Kepada sahabat2 seperjuangan di sini, persiapkanlah diri anda physically n mentally. Sebab tanpa persediaan rapi, maka musim sejuk ini akan dimanfaatkan dengan hibernasi semata-mata. Gua tahu, musim sejuk ini amat perit untuk beristinjak. Namun kebersihan itu amat penting. Semoga anda dapat menemui alternatif lain untuk masalah ini.

Pagi tadi hujan. Mulanya gembira namun berduka kemudian. Setitis hujan yang singgah di mulut terasa masin membuatku tertanya-tanya. Air hujan masin ke? 

Argh..hujan lumpur la plak!! Peh!!

Semua pemakai sweater mahal lari bertempiaran mencari tempat berteduh. Gua ketawa kecil. Wrong timing agaknya..hehe

Tapi musim sejuk ni ada juga kebaikannya. Kalau dulu, aurat terbuka sana-sini. Pakaian ketat-ketat tapi sekarang semua da tutup. Memang sejuk mata memandang. Inilah dikatakan rahmat dari Tuhan.



P/S : Sejak kebelakangan ni, solat da makin ekspress. Gua pun x tau kenapa~



06 December 2010

Awal Muharram..

Dan ketahuilah bahawa, esok cuti!!

HAHA!!




Dan sesungguhnya, inilah realiti anak muda zaman sekarang. Bila dikatakan mengenai maal hijrah, yang terbayang di fikiran mereka hanya cuti sepanjang hari yang melepaskan diri dari beban kerja dan study.

Dan cuti tersebut dimaanfatkan dengan pelbagai perkara. Antaranya..
Shopping...
Tidur...
Maen PES...
Pergi majlis ilmu...
Belajar anatomi..
dan banyak lagi

(Yang gua BOLD tu perancangan gua untuk cuti ni...semoga~)


Nasihat gua yang tidak seberapa ini kepada semua:
-Muhasabah diri banyak2. Kenang dosa2 kita yang lalu. Yang keruh kita clearkan. X gitu?
-Buat azam baru tuk tahun baru ni. Semoga azam tu yang baek2 laa...
-Jadilah umat yang menjadi penyambung kepada rantai2 perjuangan nabi kita, bukannya pemutus..



*******



Jika kita baca doa akhir tahun, panglima segala setan pernah berkata;

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Dan jika kita baca doa awal tahun pula, panglima segala setan berkata lagi;

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"


Semoga tahun 1432 Hijrah membuka lembaran baru dan memberikan ketetapan iman di hati kita yang mudah goyah ini agar tidak terpesong dari jalanNya..

Salam Maal Hijrah untuk semua.semoga diberkati selalu

31 October 2010

Bawalah Angin Itu...

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang sentiasa berada di atas. 
Tapi orang yang masih berdiri ketika orang lain jatuh"
(anonymous) 


Benar..sesungguhnya, walaupun sudah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam exam yang lepas, tidak menjamin keputusan exam yang akan datang.

Kadang-kadang kita kena bertahan untuk pada keadaan kita sekarang. Jangan terlalu gigih mendaki mahupun leka dibuai mimpi. Kelak bila sudah terjatuh, pasti sukar untuk kita bangkit kembali.

Dan ketahuilah bahawa, Allah tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Tapi diriku ini lain, sejak mula kuliah, baca buku x sampai 5 minit. Sket2 mengantuk. Peh, macam mana nak dapat mumtaz!! 



Sedarlah wahai insan bernama Hafiz. Keluargamu di sana mengharapkan kejayaanmu~




Buat sesiapa yang terasa

Andai esok sifatku begini,
Kejayaan tidak akan datang mencari,
Cubaan duniawi silih berganti,
Tiap degupan tanpa henti,
Entah bila akan kusedari.

Kini hujan membasahi bumi,
Di bumi anbiya' buat ke sekian kali,
Moga dengan hujan rahmat ini,
Membawa angin perubahan diri,
Menjadi doktor Muslim yang sejati...

P/S : Tiba-tiba ada sumthing menusuk kalbu gua hari ni. Mungkin ianya hidayah dari Allah.. Semoga~ 

Nota tambahan : Gua demam. Sekian

 
 

06 May 2010

Jangan Dilupakan Mereka..

Well..

x lama lagi, ramai dah yang start belajar..

Most of them masuk matrikulasi..

Tapi, ada juga antara kita yang masih bercelaru fikiran..

Membuat pilihan..

Sometimes, ada antara kita dapat pelbagai tawaran..


Matrix la, maktab la, UPU la n so on..

So, pelbagai analisis dibuat for every offer..

Da advantages and disadvantages..

Then, bila hajat di hati korang nak masuk tempat lain, tapi parents nak tempat lain..

Kacau bilau la akhirnya..

Wahai rakanku sekalian, janganlah biarkan ikatan kekeluargaan menjadi rapuh hanya kerana perkara kecik ni..

Buatlah keputusan sebab sungguh2 nak sambung belajar..

Jangan la korang accept any offer cause kawan korang pon masuk tempat yang sama..

It is not wise decision kay..

Trust me, it is..

Sifat macam ni xkan bawa kita ke mana2..

Kita boleh jumpa lebih ramai kawan lagi di tempat lain kan..

Tapi x semestinya kita tinggalkan kawan yang lama..

Sesungguhnya, keputusan yang dibuat oleh ibubapa itu adalah yang terbaek..


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Related Posts with Thumbnails