Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

08 August 2011

Orang lain x nampak..


Tapi ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui..


"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (Al Hujuraat 18)

*******
Baru balik dari bazar Ramadhan. Seperti biasa, memang ramai orang ke hulu ke hilir mencari juadah kegemaran sang perut yang disayangi. Para penjual pula, dengan kata-kata manisnya. Maka bermulalah episod, 1 jari 1 plastik.
Haih, manusia memang rakus.




Kadang-kadang, buah kelapa ni pandai lari. So, kita kena buat penjara khas..


Seketika, aku berfikir. Bagaimana agaknya suasana Ramadhan di sana? Ada bazarkah? Ya lah, memandangkan aku tidak sempat menikmati Ramadhan di bumi Anbia itu kerana pulang lebih awal. Bukan homesick ya, tapi kerana ibu di rumah sudah memanggil anak bujangnya ini balik awal, so kenalah ikut. Biasalah, anak mithali kan..hehe


Kadang-kadang teringin jugak rasai keadaan berpuasa di sana. Oleh itu, kepada wawan, sila ambil perhatian okeh, cuciter sket..^^




*******

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya tadi ada insiden menarik. Ada laa 1 orang mamat ni, dia penjual kuih-muih di bazar. Maka dengan kuasa Tuhan, mata ini terdorong untuk melihat gerak-gerinya. 
Then ada suatu ketika, tiba-tiba mamat tu duduk mencangkung di bawah meja. Ambil air mineral, teguk sampai separuh. Pheiii!!! Uzur ke bang!!??


P/S : Malas nak sambung cerita. Sakit hati~


06 August 2011

mohon dimaafkan..


yang jahil, yang kerdil, yang lemah, yang lalai, yang pendosa
maafkan salah silap selama ini
halalkan semuanya
insya allah, moga lebih diberkati kalian di ramadan kali ini..




Jujur, aku kecewa dengan diri sendiri
orang selalu tanya dan cerita 


"berapa kali khatam tahun lepas?"


"sekarang juzu' berapa dah?"


ntah berapa kali ramadan sudah dilalui, x pernah dapat khatam 1 bulan. Apakah ini memang kelemahan yang harus ku telan. Sedih. Terasa diri ini tempang jatuh berkali-kali.Tapi alhamdulillah, tulisan inilah selalu buat aku motivasi diri...


"Jangan pernah kau lupa untuk bangkit tatkala berdepan kejatuhan" 


Setiap kali jatuh, harus bangun semula
kerana ia perkara pertama yang perlu dilakukan selepas jatuh,
bukan meratapi kesakitannya


sungguh aku kagum, amat kagum dengan mereka
yang ilmu penuh di dada
yang hafalan tersemat di minda
cukup berakhlak, cukup perbadi, cukup serba-serbi


dengan izin Tuhan, aku mohon, jangan siakan buat ke sekian kali. cukuplah.






Selamat bersahur =)








04 August 2011

Apa berlaku?


Fasting month..


a challenge for our body and mind

31 July 2011

Lambaian Ramadan..


Untuk pengetahuan semua, diriku akhirnya menjejakkan kaki di rumah terchenta 28 Julai lalu. Seribu kemaafan kepada kawan-kawan yang ternanti-nantikan khabar berita. Tika ini, nombor Celcom x dapat digunakan. Sekiranya terdapat perubahan, akan segera dimaklumkan.


Kepada yang masih tinggal di rumah tu, jaga rumah baik-baik arr. Sampah jangan lupa buang. Sinki rajin-rajin la bersihkan, nanti sumbat. Carpet pun vacuum2 la sekali. Hehe..

Apa-apa pun, selamat maju jaya kamu semua di sana. Nanti aku bawakan kuih raya untuk kamu okeh =)





********

Seperti yang kita sedia maklum, pak cik kegemaran satu Malaysia telah pun muncul di TV tadi. 




Itu tandanya, bulan yang dipenuhi kebaikan dan barakah bakal tiba lagi!!


Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Umatku telah diberi dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka"


1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi


2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka


3. Setiap hari Allah S.W.T akan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu"


4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadhan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain


5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Rasulullah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."


Bersediakah kita bertamukan Ramadhan al-mubarak tahun ini? 

Insya Allah~


******

Sewaktu di Riyadh, terdapat satu pemandangan yang telah menarik perhatianku





Indah bukan? 

Semoga pemandangan seperti ini menghiasi Ramadhan kali ini =)

16 December 2010

Malaysia boleh....

Cayalah Safee Sali, gua respect sama lu !!

Walaupun berduka setelah kekalahan Arsenal, namun ia terubat dengan khabar berita dari stadium bukit jalil.

MALAYSIA vs VIETNAM : 2-0 (SUZUKI CUP) semi-final

Ya, memang benar. Ini bukan khayalan semata-mata. Bola sepak Malaysia semakin meningkat. Aku pun x tau ilmu apa diorang pakai. Apa-apa pun, syabas ku ucapkan. 


Gua sedih. Hari ini, bola sepak kita semakin dilupakan. Yang menjadi berita hangat sebagai bahan cerita di kedai kopi, kalau bukan Manchester United, mesti Chelsea atau Arsenal.


"Aku dengar Rooney nak pindah, betul ker??"

"Memang la Chelsea x perform, Lampard kan injured"

"Gol Nasri memang smart woo!!"

"Kalau Torres x maen, confirm Liverpool kalah"

Inilah senario zaman ini. Bukan Zaquan Adha, Amri Yahya, Saffee Sali atau S.Kunalan yang menjadi sebutan. 

 
Walau diri ini jauh dari stadium bukit jalil, tapi ku tetap update dengan bola sepak Malaysia. Siapa kata budak2 Zagazig x up-to-date??!! 

Jawab!!


*****
Sempena Hari Asyura ni, gua nak puasa sunat. Dan, ketentuan Tuhan telah menakdirkan exam Anatomi ditunda ke minggu hadapan untuk meringankan beban gua semasa berpuasa.

Inilah dikatakan rahmat dari Allah..


Alhamdulillah...

20 August 2010

Jumaat..

Seperti biasa, aku bangun pagi jam 10am. Rutin harianku ketika di rumah (sahaja)..

"Huarghhhhh...." ak menguap..

"Pas ni nak sarapan apa arr?? Eh, lupa plak, ari ni pose...hehe" ak tergelak cam orang x waras..

"Along, pi la bersiap. X sembahyang ke ari ni??" ummi ak sound dari bawah.(sebab bilik aku tingkat 1)

"Sembahyang?? Sembahyang apa?? Awal lg pun.."


"Sembahyang jumaat laa, xkan mau ponteng!!"



Eh? Ari jumaat ke plak ari ni?? Adeh..

Cepat jugak.Leceh btol la. Da la masjid tu jauh, kena jalan kaki, panas plak tu, puasa lagi.Peh, banyak tul alasan...


Xpa, ak gagahi jugak tuk bersiap pi solat. Before jalan, ku jeling jam di dinding..


"Eh, baru jam 12..awal lg neyh..sempat tengok bola jap.." setan berbisik.

Wei, bulan pose mana ada setan laa!!
Abis tu, td tu apa?? Ntah la...




Berbalik pada cerita tadi, aku pun mengorak langkah ke masjid. Muka yang lesu dek menahan lapar kerana pose tidak kuhiraukan.Tatkala sampai di bulatan besar Bandar Sierra, tiba-tiba..
Gambar hiasan (Ihsan dari Google)




"Pin, pin!!"(bukan ayah pin) kedengaran sebiji motor bagi hon ngan ak..


"Apa hal plak ni? Aku block jalan dia ker?" aku bingung..


"Nak gi masjid ker?" pak cik bermotor tanya..


"Ermm..ya.."


"Owh..mai la nek" kata pak cik tu ngan loghat kelatenyer..


Yeah!! Ada orang bagi tumpang.Dengan selambanya aku naek belakang motor tu. Alhamdulillah, jimat minyak kaki aku ari ni. Ni la berkat bulan Ramadhan orang kata.


Sampai Di Masjid

"Dik, nanti nak balik tunggu kat sini arr, pak cik hantar" 

"Hmm..insyaallah" ku berkata

Eh? Pakcik ni biar betol nak hantar ne? Jarang-jarang orang bagi tumpang balik rumah. Selalu hantar pi masjid jer. 

Tiba-tiba ak teringat 1 iklan di TV..
'Katakan TIDAK kepada orang yang x dikenali'..
Kalau aku ikut, takut kena bawa pi tempat laen plak, silap-silap jadi kes culik.
X ke cari nahas tu..

Weyh, apa aku mengarut ni! Orang da offer tu, ambil je la. Mana tau dia nak tambah pahala tym bulan baek ni. Kan??

After solat 

So, aku pun tunggu la tempat pakcik tu parking motor dia. Bila da start enjin, tanpa segan silu, terus lompat kat belakang. Hehe. 

Cam x pernah nampak motor je ak ni. Ye la, di rumah mana ada motor. Yang ada pun kat kg di johor je, tu pun motor kapcai yang menunggu masa tuk jadi besi buruk.ish3..
Sebiji macam ni la

Aku pun memulakan cerita..

"Pakcik tinggal flat ke teres?"


"Flat" pakcik tu jawab


Waa, jauh ni dari rumah ak. X ke menyusahkan tu?


"Pakcik hantar sampai kat bulatan je la" aku memudahkan kerjanya


"Xpela, pakcik hantar sampai rumah"


Baek sungguh pakcik ni. Sampai rumah, aku pun salam pakcik tu..


"Pakcik, makaseh bebanyak ye"


"Xpe"


"Assalamualaikum" ak bagi salam


Pakcik tu angkat tangan je sebab da jauh.Cerita punya cerita, rupanya dia kerja ngan maritim, asal kelantan (memang da boleh agak pun), bini orang sandakan n so on. Tapi aku lupa tanya nama pakcik tu. Bijak kan?

Kesimpulannya, laen kali tanya nama dulu.... 




P/S: Tolong tanya nama pakcik tu arr kalau korang jumpa laen kali. Makaseh.
 

19 August 2010

Blog dan Puasa..

Blog ak belum baligh..

Umur baru 5 bulan lebih..

So, ak x kesah sangat laa kalau dya nak pose ke tak...


Tapi kalau dya nak puasa pun bleh jgk..

Setengah hari pun kira ok laa..

Bak kata buku teks bahasa melayu form 5 ku..

"sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.."

kan???

Kalau tahun ni dapat pose penuh, ak bagi duit raya 10 post...

Yeay!!!


P/S: Semoga istiqamah menjalani ibadah pose.. 
Related Posts with Thumbnails