Showing posts with label Geram. Show all posts
Showing posts with label Geram. Show all posts

08 August 2011

Orang lain x nampak..


Tapi ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui..


"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (Al Hujuraat 18)

*******
Baru balik dari bazar Ramadhan. Seperti biasa, memang ramai orang ke hulu ke hilir mencari juadah kegemaran sang perut yang disayangi. Para penjual pula, dengan kata-kata manisnya. Maka bermulalah episod, 1 jari 1 plastik.
Haih, manusia memang rakus.




Kadang-kadang, buah kelapa ni pandai lari. So, kita kena buat penjara khas..


Seketika, aku berfikir. Bagaimana agaknya suasana Ramadhan di sana? Ada bazarkah? Ya lah, memandangkan aku tidak sempat menikmati Ramadhan di bumi Anbia itu kerana pulang lebih awal. Bukan homesick ya, tapi kerana ibu di rumah sudah memanggil anak bujangnya ini balik awal, so kenalah ikut. Biasalah, anak mithali kan..hehe


Kadang-kadang teringin jugak rasai keadaan berpuasa di sana. Oleh itu, kepada wawan, sila ambil perhatian okeh, cuciter sket..^^




*******

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya tadi ada insiden menarik. Ada laa 1 orang mamat ni, dia penjual kuih-muih di bazar. Maka dengan kuasa Tuhan, mata ini terdorong untuk melihat gerak-gerinya. 
Then ada suatu ketika, tiba-tiba mamat tu duduk mencangkung di bawah meja. Ambil air mineral, teguk sampai separuh. Pheiii!!! Uzur ke bang!!??


P/S : Malas nak sambung cerita. Sakit hati~


16 April 2011

Perpisahan ini..


Nampaknya, hari itu telah tiba. Hari yang paling aku x suka sekali. 

" X suka, x suka, x suka!" aku geram sambil pijak-pijak rumput sampai lumat.

Tapi, macam biasa, aku redha. Kita berpisah sebab benda baik. Bukan berpisah macam memisahkan isteri yang nusyuz tu. Awak x buat salah pun. Harap awak faham..


*******



Baiklah, aku dah tekad. Mulai hari ni, kita xkan jumpa lagi. Untuk kebaikan kita bersama jugak. Suatu hari nanti, pasti bertemu lagi. Awak jangan la sedih-sedih. Awak sedih, hati ni lagi sedih. Isk3...


Awak jangan nakal-nakal tau. Jaga diri bebaik. 






Selamat tinggal Bicara Kacang, exam sedang menantiku di hujung sana~ T.T

30 March 2011

Kalau koyak, kena jahit..


Di satu pagi yang dingin beserta burung gagak berkicauan menghidupkan warna-warni hari. Di suatu tempat tanpa desingan bunyi hon kereta seperti Cairo..

Dubai..

Keindahan panorama membuat aku ternganga. Bangunannya, keretanya, pantainya, wanitanya, semua menakjubkan. Lebih-lebih lagi Burj Khalifa, buat aku sakit tengkuk mendongak. Kamera aku pun x dapat snap dari bawah sampai atas. Adakah ini petanda ada jodoh dengan DSLR? Oh tidak, duit terbang lagi...

Nampak gayanya, lepas ni kena guna DSLR plak
Dubai..tunggu kemunculan ku semula

******
Dubai Airport
(Pemeriksaan Keselamatan)

Pegawai airport (P.A) : Sir, please put all your belongings into this box please. We need to scan all of it

Aku : Meshi-meshi..eh silap, okay-okay

P.A : Thank you sir

Aku : Err..how about dompets?


P.A : Pardon me sir?


Aku : Dompets..


P.A : What?


Khalid tersengih-sengih macam beruk tahan berak di belakang. Aku bingung. 

5 saat kemudian..

Aku : Err..i mean wallet.


P.A : Owh..no need..






Celaka, ini kes koyak rabak tahap maksima sudah ni. Siap kau Khalid!!

 

27 February 2011

Kembali ke sana..



Tatkala sekembalinya aku dari suatu tempat..

Tempat dimana aku mengenali melipat kain,
mencuci kain,
mengurut badan,
masak mee sedaap,
buat nescafe 3 in 1 secukup rasa, 
dan sebagainya..

oh ya, semua di atas untuk orang laen sebenarnya. Atau lebih sesuai ku labelkan sebagai 'dewa-dewa asrama'


Ya, SMESH. Itulah nama yang diberi. Terpulang pada anda untuk describekan tempat itu. 





Dua hari lalu, di depan Koperasi..

"Eh, abang!! Lama x nampak. Abang sihat?' seorang junior menegur. Mungkin teringat jasa-jasaku padanya. Kononnya~

"Sihat, cam biasa," balasku

"Camna keadaan sana tu? Teruk juga saya dengar,"

Haih, soalan yang sama lagi. Ntah bila akan berakhir.

"Hmm..teruk juga laa. Banyak orang kena tembak. Rumah kami pun sket lagi kena serbu," aku me'mega'kan cerita. Baru la nampak hebat, orang kata.

"Owh, abang buat apa sini?" tanyanya lagi

"Kena panggil kaunselor, nak bagi ceramah motivasi sket ngan budak form 5 ni,"

"Buat apa?"

"Bagi ceramah,"

"Apa??"



X guna, apsal?? Muka aku ni tiada muka-muka penceramah ke hah!!??


Related Posts with Thumbnails