Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

17 January 2012

2 am


Waktu menulis,

2am, 17 Jan 2012

Baru habis jawab soalan bulat-bulat pretest physio topic CNS. Haih..ntah sempat atau tidak untuk saya siapkan. 


Dan, dua tiga hari ni, makin ramai orang x datang kelas. Study di rumah untuk midterm kononnya. Sekarang semua orang dah makin rajin. Tapi masalahnya, saya x rasa saya serajin mereka...=.='

Risau...


Yuz, pinjam jam loceng kau kejap arr..hehe~

Bakal duduki exam dalam masa 2 hari lagi. Mohon doanya ya..=)

Ayat feveret saya hari ni..
 
"Kita merancang, tetapi kita selalu lupa syaitan juga merancang. Tentulah Tuhan itu Maha Merancang, tetapi kita jangan lupa, rancangan syaitan itu lebih tersusun dari kita."



Oh ya, hari ni saya rasa badan ni panas. Padahal di luar sejuk~

21 December 2011

Bersendiri lagi..

Langit itu..


Di suatu sudut aku bersendiri,
melihat ke langit,
dan berkata,


Oh Tuhanku, 
jadikan aku seorang insan,
persis artery dan vein,
biar kerdil di mata dunia,
namun banyak jasanya pada yang bernyawa....



Esok test Anatomy oi!!
>.<


13 June 2011

Terkini...


Ntah kenapa, tiba-tiba aku rasa macam nak kerjakan blog aku ni cukup-cukup. Boring plak asyik tengok background putih berkutilkan bintik-bintik hitam. 

Oh ya, title blog bukan BlakMagik ok, masih maintain Bicara Kacang. Buat masa ni aku malas tahap dewa 19 buat header baru. Esok-esok la kot aku buat, minggu depan ker, bulan depan ker...mesyi? 

Mula-mula terfikir jugak buat title baru, tapi takut nanti orang x kenal plak. Blog aku ni siap masuk blog list "Terbaek Sepanjang Zaman" lagi, memang terharu beb T.T

Ada hari tu time aku tengah beli burger di kafe, tetiba ada sorang mamat ni tegur aku.

"Eh, ko ni bukan penulis Bicara Kacang tu ke? Nama sape erk?"

Tergamam seketika. Peh, blog aku lebih dikenali dari tuannya. Betul lah apa datuk aku kata dulu, Kacang memang suka lupakan kulit =.="


**********


Huh..7 hari lagi Physiology. Alangkah indahnya kalau Physiology = Physics. Hampa. 
Serius memang payah subjek ni. Hinggakan satu ketika aku hampir hypoxia cuba memahaminya dan mengalami insomnia tiap-tiap hari tuk menghabiskannya.

Xpa2..
study smart
try hard..

Fuh-fuh, tiup semangat masuk balik dalam jiwa. Eh, dalam medik, mana boleh tiup semangat.
Ok mengarut...

16 April 2011

Perpisahan ini..


Nampaknya, hari itu telah tiba. Hari yang paling aku x suka sekali. 

" X suka, x suka, x suka!" aku geram sambil pijak-pijak rumput sampai lumat.

Tapi, macam biasa, aku redha. Kita berpisah sebab benda baik. Bukan berpisah macam memisahkan isteri yang nusyuz tu. Awak x buat salah pun. Harap awak faham..


*******



Baiklah, aku dah tekad. Mulai hari ni, kita xkan jumpa lagi. Untuk kebaikan kita bersama jugak. Suatu hari nanti, pasti bertemu lagi. Awak jangan la sedih-sedih. Awak sedih, hati ni lagi sedih. Isk3...


Awak jangan nakal-nakal tau. Jaga diri bebaik. 






Selamat tinggal Bicara Kacang, exam sedang menantiku di hujung sana~ T.T

23 January 2011

Apakan daya..


Aku mahu kita,
seperti atrium dan ventricle,
saling melengkapi sesama mereka,
dalam sistem aturan Ilahi,
namun apakan daya~


Habis laa. Esok ujian Physio. Aku rasa bekalan esok x cukup. Haish..


sungguh, hidup aku x terorganize ketika ini. 
Mengharapkan agar seseorang akan muncul untuk membantu dan menyedarkan diriku yang lemah.

T.T
 

11 January 2011

Sedang bermati-matian...

Jam 1.01 pagi..


Di kala manusia lena diulit mimpi,
aku melepaskan seribu keringat,
mencuba memahami keajaiban ciptaan Tuhan,
dari sekecil-kecil sel yang tersedia di depan mata...


Ya, esok exam Histology. Malam ini (pagi ini lebih tepat rasanya) perlu menghabiskan 56 mukasurat epithelium dan connective tissue.



sungguh, aku sedang separuh mati sekarang.



Okay, itu aku tipu, mana ada orang separuh mati update blog kan???


Mohon doanya ya. Semoga dipermudahkan soalan-soalannya nanti..
Related Posts with Thumbnails