Showing posts with label Futsal. Show all posts
Showing posts with label Futsal. Show all posts

08 January 2011

Andainya..

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke zaman kanak-kanak dahulu,
buat itu ini sesuka hati,
riang ria sana sini,
tanpa perlu resah di hati,

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke hari gembira bersama rakan-rakanku,
makan maggi, biskut bersama-sama
didenda warden tiap masa,
tapi di kepala enjoy sentiasa,

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke hari ku berkasar kepada kedua ibubapaku,
keterlanjuran kata yang diluahkan,
ingin ditarik semuanya dan disimpan,
dek emosi dikuasai syaitan

Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke pagi tadi,
menangkap bola lebih teliti,
kerana kecuaian diri sendiri,
terhasillah gol sendiri,


P/S : Sori la geng, memang silap aku tu. X dapat tidur malam dgn lena la minggu ni..T.T 






22 December 2010

Perkara yang memeningkan..

"Hai, saya kasut Adidas yang ada mulut, unik kan?"


Siapalah yang mampu menyelesaikan masalah aku ni...

Liga Zagazig x lama lagi, tolonglah bantu ya. Gua da mati akal sekarang.

Kalau banat nak tolong, no problem. Gua jamin, air wuduk x batal kalau pegang kasut banin. Belum ada fatwa mengatakan perkara sedemikian.

Kalau nak minta belanja makan kribs, gua boleh runding. No hal punya..


*******


Hari tu dah ada orang tegur, jangan update blog time nak dekat exam. Tapi gua rasa menulis blog ni 1 terapi. Bagus untuk merelaxkan fikiran. X caya, cubalah..


Oh ya, semestinya tidak dapat menandingi Al-Quran~

 

13 November 2010

Futsal Mari..

Hari ni aku penat yang teramat. Ada tournament futsal anjuran PCZ. Dengan perasaan yang berkobar-kobar, aku bangun sebelum subuh.  Solat hajat bagi menang~

Peh, semangat!!!

*******

Kitorang maen ikut kumpulan SC. Nama kumpulan, 'Tajikistan'...Smart ker?? Aku pun x tau..Wallahualam..

Yang aku sedih, group aku semua kecik2, pastu kena lawan budak Tahun 2 n 3. Memang tda harapan laa kalau nak angkat trofi sebiji..


"Macam mana strategy kita ni?" aku bertanya


"Kita maen formasi 2-1-2, okeh?" faiz bagi candangan..

"Boleh2," kata loy


Perlawanan pertama, group aku lawan team Syria. Nama team macam cincai tapi maen ala-ala Jerman woo!! Gila eh..


Zuup..bola di sebelah kiri...zuup..bola di kanan sudah..zuup lagi..bola hilang. Rupanya gol..adeh..tapi nasib baek tembus 1 gol je bab defender team aku memang hebat dan kencang yakni Yuz a.k.a Kobe..haha, respect la sama lu..
Team seterusnya, khabar yang sama jugak iaitu 'kalah'...adeh

Penuh dengan semangat kesukanan nampaknya di situ..


*****

Xpa, biarpun kalah, namun ukhuwwah sesama kita semakin erat, x gitu?? Apa-apa pun, hari ni kita enjoy!! 

Time maen futsal pun kena ingat Tuhan okay~

Ada muka-muka Tajikistan x??

P/S : Yang gua highlight tu gua tipu...




Related Posts with Thumbnails