akan ku kembali ke zaman kanak-kanak dahulu,
buat itu ini sesuka hati,
riang ria sana sini,
tanpa perlu resah di hati,
Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke hari gembira bersama rakan-rakanku,
makan maggi, biskut bersama-sama
didenda warden tiap masa,
tapi di kepala enjoy sentiasa,
Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke hari ku berkasar kepada kedua ibubapaku,
keterlanjuran kata yang diluahkan,
ingin ditarik semuanya dan disimpan,
dek emosi dikuasai syaitan
Andai dapat ku ulang ke masa lalu,
akan ku kembali ke pagi tadi,
menangkap bola lebih teliti,
kerana kecuaian diri sendiri,
terhasillah gol sendiri,
P/S : Sori la geng, memang silap aku tu. X dapat tidur malam dgn lena la minggu ni..T.T
3 comments:
nda sangka ko ad kebolehan buat pantun...
waduh waduh.
sabar bah ko. haha. lucu pulak. X)
ya ya...tengah sabar la ni..
tahap imam da..huh~
Post a Comment