06 January 2011

Semoga menjadi ilmu yang berguna...

Tahun baru, keadaannya seperti biasa. Bangun jam 6 pagi, lepas solat subuh tido balik then bangun jam 7.50, mandi, sarapan dan bergerak ke kuliah...

Sungguh teratur...kan??

Hari tu kami berbincang mengenai azam. Pelbagai azam yang dikemukakan oleh setiap orang.

" Aku nak melancong pi Europe tym summer break nanti"

" Aku plak target tahun dapat gf baru"

" Azam aku nak dapat Mumtaz final exam nanti"

" Lepas ni aku belajar sungguh2, ikut jadual belajar"

" Aku nak bela rambut, biar macam Gu Jun Pyo" (aku tergelak..kehkehkeh)




Azam??

Teorinya cukup simple. 

Ianya niat seseorang untuk mencapai sesuatu pencapaian. Namun sedarkah kita, kesemua azam itu berbentuk duniawi semata-mata. Tidak ramai di antara kita yang menanamkan azam untuk meningkatkan pencapaian dari segi ukhrawi atau secara spesifiknya, ibadah. 
(dr.faiz)

Gua terasa lemah. Benar kata beliau. Sudah cukupkah bekalanku? Ternyata diriku masih liat. Masjid yang jauhnya hanya sejauh pandangan mata jarang dijejakkan kaki. X mengapa, perubahan memerlukan masa.


Baru-baru ni, ku telah dilamar menjadi ajk Unit Pembangunan Insan under PCZ. Terasa malu menerima lamaran itu kerana ilmuku yang tidak seberapa. Tapi, gua berfikir. Mungkin ini satu bak kata orang puteh "opportuniy" untuk melancarkan perubahan itu. semoga~




******

Hp gua sket lagi kena curi. Lepas keluar dari teksi, baru terperasan hp hilang. Bengong sungguh!!

Sepantas kilat aku cari Khalid, pinjam hp dia. 

Aku dail nombor hp sony erickssonku. Kedengaran suara Arab serak-serak basah. Bekas penyanyi agaknya. 

" anta fien?" aku bertanya
" mustasyfa gamaah" dia jawab

" owh, ana aiz handphone. Mumkin fi syari' qaumiah?"

" laa, fi mustasyfa gamaah bas"

" Meshi2, mustasyfa gamaah. Istanna,"

Fuh lega.Walau arab aku macam merapu, nasib baek ammu tu faham sket2. Kalau hilang, menangis la nak keluar duit lagi beli hp baru. Ish3. X sampai lagi setahun aku beli hp tu.

Syukran ya ammu yang jumpa hp aku..hehe


*****

Di bumi anbiya ini, antara hidangan terhebat adalah sardin dan indomee. Tiada lagi sotong masak merah yang menjadi kegemaran itu. Huh.

Tetapi formula makanan itu menjadi sedap adalah:


-kerana kelaparan
-kerana kepenatan
-kerana kesejukan
-kerana percuma
-kerana dimasak penuh "kasih sayang"




Selepas makan, mari baca doa...




اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim. 
 
Sesungguhnya, di dalam doa ini, kita diingatkan tentang,

Nikmat makan.
Nikmat minum.

Nikmat ISLAM. 

Kesemuanya disatukan dalam satu lafaz sahaja. Sungguh indah. Makan dan minum jarang sekali kita lupakan, namun bagaimana dengan nikmat ISLAM?

Nikmat Islam x ternilai harganya. Betapa ku selalu lupa untuk mengingatinya. Alhamdulillah, dalam ramai-ramai manusia di dunia ini, kita bertuah untuk merasainya.



P/S : Masakan wawan hari ni memang terbaek laa!!



2 comments:

tiNtA sAnG PenCinTa.. said...

makan indomee jgn mkn bumbu dy.. shubhah tu bean..huhu~
kak chaq gtau la..

Nafsah Dulajis said...

Sila rujuk Emulsifier Codes di laman JAKIM.
Every single thing yang mula dengan code E(numbers) kena check dulu.
Dan Indomie, serius syubhah!

Related Posts with Thumbnails