Hijrah..
Satu proses pembentukan diri kepada insan yang lebih berguna
Tahniah kepada adik saya, Uda kerana telah berjaya melakukan perkara yang wajib bagi seorang Muslim, berjaya menghijrahkan dirinya dari seorang kanak-kanak kepada seorang 'lelaki' yang sebenar, seorang lelaki Muslim yang sejati.
Dulu, dialah juara. Segala yang orang lain tidak boleh buat, dia boleh buat. Kanak-kanak sebaya dia bila ternampak lipas, konfem lari lintang-pukang tapi dia tutup sebelah mata boleh tangkap.
Kalau berlari, dialah Usain Bolt. Johan semua acara. Kalau boleh join semua, dia mahu join semua. Tapi saya larang. Cukup 4 acara, nanti x cukup almari tempat gantung pingat. Tapi itulah, bila ditanya bila nak 'potong'? Dia diam seribu bahasa. Seribu alasan dicipta. Saya kata x sakit tapi dia x percaya.
"Ceh..x gentleman," saya kata.
"Tapi kini saya sudah berhijrah," kata uda |
Alhamdulillah, terlaksana juga akhirnya, tahun 2011, uda berjaya disunatkan/dikhatankan. Nampaknya kini tiada lagi point saya untuk usik-usik dia lepas ini. Haha..
Salam maal hijrah 1433H..
* Kami adik-beradik memang suka style gambar belakang, x tau la kenapa~
3 comments:
Selamat menjadi dewasa buat adik awak, ye.
*tepoktepoktangan*
tahniah udaaaaa XD
mula2 blur ba ni apa kah jadi lelaki sebenar =='' then barula paham :3 eish. besar suda aku rupanya. paham juga istilah kau ni XD tammat ==''
*tepoktepoktanganlagi*
haha..tahniah la, sebab kau paham jugak akhirnya..
Post a Comment