Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

11 June 2012

Susah kalau begini

Betul-betul susah!!

Asal buka head & neck, nampak muka van Persie

asal buka neuroanat, nampak muka ronaldo
asal buka lower limb, nampak muka benzema

kadang-kadang muka ozil pun ada
iniesta pun ada jgk mengacau






"Wui...punya smart counter Russia hari tu" kata dia

"Kau tau, Spain main formation 4-6-0...lawak siot" kata dia lagi

"Netherland buruk la main, konfem x lepas group punya" dan dia berkata lagi






banyak sungguh dugaan


susahhhhhhh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


macam mana mahu study kalau begini!!!




*mood stress mau tengok Euro~

sekian~



 

09 October 2011

Selesai sudah..


Liga piala sabah dah habis. Lepas ni boleh rehat lama sket. Seribu ucapan tahniah diucapkan kepada penganjur kerana berjaya mengajurkan acara berprestij ini. Memang class lah!!

walau hanya dapat tempat kelima, tapi yang penting, keseronokan tu dirasai. Sampai badan ni penuh dengan 'kenangan-kenangan manis'. Pergh!



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih peribadi saya, Encik Bean Mourinho kerana tanpa beliau saya tidak akan mendapat anugerah ini," kata djouru 


Hari ini, abang imam dan legend-legend yang lain akan menghadiri majlis graduasi di ACC (Azhar Conference Centre). Ingatkan nak join sekali, melihat kejayaan mereka yang telah bertahun-tahun berhempas pulas menimba ilmu, tapi apakan daya terlambat bangun plak.



Baju kemeja dengan seluar slack pun tiada, tertinggal di rumah. Kalau pakai seluar jeans, nanti x pasal-pasal kena tendang keluar dewan.

Nampaknya, tengok gambar dari kamera sepul saja lah..haaih~

******


Kuliah buka 16 okt..

adoi..lamanya lagiiiii


phei..semangat~


03 October 2011

Mari melincahkan kaki



"Kami sedia menerima cabaran!!" kata loy dan karl

duta adidas dalam liga piala sabah kali ini..



Zagazig 1 FC, mari kasi gegar itu padang!!! (oi..solat asar jangan lupa arr)

30 December 2010

Garuda tersungkur di kaki Harimau Malaya...

Aku rasa Harimau tu lagi kacak, btol x??

Sudah terang lagi bersuluh, Harimau Malaya akhirnya berjaya menjulang Suzuki Cup buat pertama kalinya. Tahniah gua ucapkan!! Bangga gua jadi anak Malaysia..

Banyak sungguh dugaan player-player kita di Stadium Gelora Bungkarno itu. Belum cukup dengan serangan laser, diduga lagi dengan kehadiran gadis-gadis sinetron Indon yang memang memukau. Namun, ternyata iman mereka masih kuat. Syabas!!

Gua malas nak ulas panjang-panjang. Gua cukup yakin seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia tahu apa yang berlaku hari ini. Kalau nak info yang lagi detail, tunggu analisis Goal.com. 

Yang ingin disampaikan di sini ialah, semoga Rajagopal selaku coach Malaysia dapat gelaran Dato' paling kurang pun. Dia punya otak memang cukup geliga. Boleh lawan Jose Mourinho rasanya. Bijak susun taktik, pandai meletakkan pemain pada tempatnya dan sempoi. Cayalah Rajagopal!!



Ternyata kita berjaya membuktikan, tanpa bomoh kita mampu pergi jauh. Kita usaha yang 'terbaek' punya. Bak kata orang tua-tua, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. Untuk mendapatkan kejayaan semanis madu memerlukan usaha sepahit hempedu, x gitu??


Namun gua jeles. Malaysia dapat cuti hari Jumaat. Oh Dato' Najib, tolong lah mesej kedutaan Malaysia-Mesir, bagi budak-budak Malaysia kat sini cuti jgk. Penat tau kitorang bersorak. Semuanya memerlukan 'ATP' tau!!


Well, apa2 pon, tahniah Harimau Malaya!! Semoga Arsenal juga menang hari ni~




P/S : Apsal aku post pasal bola minggu ni arr??
Related Posts with Thumbnails