Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

23 October 2011

Family day outing...


Sesungguhnya, memang aku tidak berniat pun pergi ke Alex, kerana 1 kelas sepakat x mau pergi disebabkan krisis rombakan kelas yang sedang hangat. Semua hati jadi kelabu, orang kata, nak enjoy tapi 'feel' itu telah tiada.

Tapi aku terpaksa akur dengan godaan burin. Pujuk rayunya sukar ditepis. Argghhh!!


Punbagaimanawalau, overall aktiviti yang mereka buat boleh dikira 'satisfying'. Naa, bukan selalu aku tulis english ni. Kiranya memang puas hati tahap tinggi la. Ada sukaneka di pantai Hannovil, bowling d green plaza, futsal d syatbi, treasure hunt d montazah n banyak lagi lah. Best x? Hehe...rugi x pergi Xb


Kumpulan 3 memang ada 'class'. 2 acara berprestij kami punya. Futsal dengan treasure hunt. Acara lain kami biar team abang imam menang. Iyalah, tahun ni abang imam last sudah. Memang legend la senang cerita. Biarlah dia mendapat memori manis di hari-hari terakhirnya di ardul kinanah ini. Terutama acara bowling, memang makanan dia. Markah sampai beratus-ratus. Pergh!!


Lagi 1 benda aku memang xkan lupa pasal family day tahun ni, jadi MC bidan terjun. Adei..

Kepada sesiapa yang ada tangkap gambar aku mc dengan kak pit, sila jangan upload okeh. 


SERIUS, jangan upload!!

Wajah-wajah Family Day


*******
  
Nota x penting 1 : Kepada bur, jangan lupa belanja aku lagi arr. Hardees tu bukan murah...

Nota x penting 2 : Kepada khai, akan ku tuntut ya halla suatu hari nanti, sila bersedia. Haha.

Nota penting : Hanya subjek Anat yang ada kuliah. Hooray!!!


Rezeki melimpah-ruah ke ladang gandum dan puff!!..jadilah koko krunch =)

30 December 2010

Garuda tersungkur di kaki Harimau Malaya...

Aku rasa Harimau tu lagi kacak, btol x??

Sudah terang lagi bersuluh, Harimau Malaya akhirnya berjaya menjulang Suzuki Cup buat pertama kalinya. Tahniah gua ucapkan!! Bangga gua jadi anak Malaysia..

Banyak sungguh dugaan player-player kita di Stadium Gelora Bungkarno itu. Belum cukup dengan serangan laser, diduga lagi dengan kehadiran gadis-gadis sinetron Indon yang memang memukau. Namun, ternyata iman mereka masih kuat. Syabas!!

Gua malas nak ulas panjang-panjang. Gua cukup yakin seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia tahu apa yang berlaku hari ini. Kalau nak info yang lagi detail, tunggu analisis Goal.com

Yang ingin disampaikan di sini ialah, semoga Rajagopal selaku coach Malaysia dapat gelaran Dato' paling kurang pun. Dia punya otak memang cukup geliga. Boleh lawan Jose Mourinho rasanya. Bijak susun taktik, pandai meletakkan pemain pada tempatnya dan sempoi. Cayalah Rajagopal!!



Ternyata kita berjaya membuktikan, tanpa bomoh kita mampu pergi jauh. Kita usaha yang 'terbaek' punya. Bak kata orang tua-tua, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. Untuk mendapatkan kejayaan semanis madu memerlukan usaha sepahit hempedu, x gitu??


Namun gua jeles. Malaysia dapat cuti hari Jumaat. Oh Dato' Najib, tolong lah mesej kedutaan Malaysia-Mesir, bagi budak-budak Malaysia kat sini cuti jgk. Penat tau kitorang bersorak. Semuanya memerlukan 'ATP' tau!!


Well, apa2 pon, tahniah Harimau Malaya!! Semoga Arsenal juga menang hari ni~




P/S : Apsal aku post pasal bola minggu ni arr??

28 December 2010

Aku dan Meriam

Suatu ketika dahulu, Arsenal sangat kuat di EPL. Sehinggakan mampu menjuarai liga tanpa mengalami sebarang kekalahan.

Namun, prestasi mereka semakin tidak menentu sejak 2-3 tahun lepas. Bila ada match lawan kelab Big Four,

"Lawan Chelsea?? Adeh, kalah la kalau camni..isk3"

"Aduh, memang x terlawan la Man U tu"

Tetapi itu cerita dulu. 

Hari ni, ku bersorak kegirangan di Alex Coffee bila tengok Arsenal score lawan Chelsea secara LIVE bersama geng Arsenal arab yang laen. Segala dugaan asap shisha berkepul-kepul ku tepis demi memberikan komitmen kepada perlawanan itu. 

Walaupun kami berbeza bahasa dan budaya, namun gol dari Song, Fabregas dan Walcott berjaya menyatukan kami semua. Memang terharu jiwa dan perasaan ku ini. Secara generalnya, sukar digambarkan... 


Apa2 pon, semoga Arsenal terus maju ke hadapan..Go Gunners!! Hehe~


Memang Fabregas memberi inspirasi kepada seluruh peminat Arsenal..cayalah!!

P/S : Terima kasih diucapkan kepada Loy sebab jemput aku tengok sekali. Memang berbaloi gua tinggal Histology kejap. Diharapkan agar Histo x berkecik hati...

15 April 2010

Tensionnya!!!



ARRGGGHHHH!!!!

Tensionnya ak ari ne!!!

Arsenal kalah lagi!!

Kalah ngan spurs plak....

Ish..tiada harapan la ni mnang title..

Isk3..

Oi van persie!!

Knapa la kau lmbat main..

Aduss...

Xpela, next season ble cuba lagi..

Walau apa pun, gunners still in ma heart..

huahahaha....


Related Posts with Thumbnails