Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

16 April 2014

Episod kehidupan yang baru

Siapa sangka
jodoh bersama bumi Anbia
setakat sampai di situ sahaja

tiada lagi musim panas
tiada lagi musim sejuk
yang ada hanya hujan dan panas
kemarau dan tengkujuh

siapa sangka
itulah kali terakhir aku mendengar
azan di setiap penjuru bangunan
titipan salam tiap kali bersua
bingitan hon memekakkan telinga

maassalamah egypt..
semoga kita bertemu lagi
aku mulai merinduimu~


In Memory Zagazig University : 2010-2013


05 June 2012

Kenapa saya memilih Mursi



Sejak kebelakangan ini, ramai syabab-syabab Mesir berpesan,

"Sekarang, Mesir berada di atas 1 garisan, sama ada menjadi lebih baik atau menjadi lebih buruk sebelumnya. Doakanlah kesejahteraan kami. Untuk Mesir dan juga Islam.



Bagi anda yang selalu mengikuti perkembangan mereka, sudah pasti tahu mengapa syabab itu berkata sedemikian

dan bagi saya,
di antara Mursi dan Syafiq, sudah pastinya saya akan memilih Mursi....











Jom kita kenali, Dr Muhammad Mursi

- Dilahirkan pada Ogos 1951, di wilayah Syarqiyyah.
- Dia, isteri dan 5 orang anaknya merupakan penghafal al-Quran
- Menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975.
- Master dalam Kejuruteraan Metalogi dari universiti yang sama pada tahun 1978.
- PhD dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Southern California, 1982.
- Bekerja sebagai pensyarah, pembantu, dan pengganti di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah,
- Pengajar dan pembantu di University of Southern California,
- Profesor dan pembantu di Universiti Ridge Utara di Amerika Syarikat di California antara tahun 1982-1985.
- Ketua Jabatan Bahan Sains, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 - 2010.
- Pakar penyelidik bahan di bidang industri Mesir.
- Punyai puluhan penyelidikan "rawatan permukaan logam," dalam bidang saintifik.
- Mengambil bahagian dalam NASA dalam pembangunan enjin Space Shuttle pada awal tahun 80an.
- Sebahagian artikelnya diterbitkan oleh NASA.
- Memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
- Ahli Jawatankuasa Provinsi Timur Menentang Zionisme,
- Ahli Persidangan Antarabangsa pihak dan kuasa politik, kesatuan sekerja,
- Ahli pengasas Jawatankuasa untuk menentang projek Zionis.

- Pengerusi parti kebebasan dan keadilan
- Ahli Biro Bimbingan Ikhwan Muslimin
- Ketua blok Ikhwan Muslimin di Parlimen sesi 2000-2005,
- Di era Mubarak, Dr. Mohamed Morsi antara yang ditangkap berkali-kali, selepas pilihanraya dimanipulasi 2005,
- Ditangkap pada pagi Mei 18, 2006 dengan 500 ahli-ahli Ikhwan yang lain di utara Kaherah,
- Menghabiskan masa 7 bulan di dalam penjara.
- Pada 2012 dilantik Majlis Syura Ikhwan bagi menyandang tempat bagi calon Presiden Mesir.
- Pada pusingan pertama pilihanraya, beliau memenangi tempat pertama dengan undi 5 764 952 undi iaitu sebanyak 24.4% seterusnya melayakkan beliau ke pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 dan 17 Jun nanti.




Dan kenali juga lawan beliau, General Ahmad Syafiq

- Dilahirkan di kawasan Kaherah Heliopolis 25 Nov tahun 1941
- Hidup dalam sebuah keluarga kaya, dan beragama.
- Keluarganya terdiri daripada 5 orang,
- Bapanya Muhammad Shafiq Zaki, Ketua Penolong Pengarah Kementerian Pengairan Mesir.
- Ibunya Najah Alwi merupakan anak perempuan Dr. Mohammed Alwi Pasha, doktor mata pertama di Mesir.
- Berkahwin dengan Allahyarham Azza Tawfik Abdel-Fattah, Abdel-Fattah adalah bekas menteri Hal Ehwal sosial dan Buruh.
- Dikurniakan tiga anak perempuan dan 6 cucu.
- Datuknya Ibrahim Zaki adalah Datuk Bandar di Qathifah Mubasyer.
- Lulusan dari Pusat Pengajian Heliopolis menengah.


- Menyertai Akademi Tentera Udara.
- Lulusan dari Air Force Academy pada tahun 1961.
- Berkhidmat sebagai juruterbang pesawat pejuang.
- Terlibat dengan misi peperangan di Yaman pada tahun 1963.
- Terlibat dalam peperangan Oktober dengan Israel dalam peperangan udara.
- Melibatkan 120 pesawat Israel dan 60 pesawat Mesir.
- Berjaya menjatuhkan 2 pesawat Israel pada waktu itu.
- Pada tahun 1984 dilantik sebagai tentera atase di Kedutaan Mesir di Rom sehingga tahun 1986.
- Komander pangkalan udara pada tahun 1986.
- Komander Bahagian operasi Tentera Udara pada tahun 1988.
- September 1991 beliau telah dilantik sebagai Ketua Urus Tentera Udara di Mesir.
- Pada bulan April 1996, Shafik menjadi Ketua Tentera Udara Mesir.
- Ph.D. dalam ruang strategik luar negara

- Mac 2002, dilantik sebagai Menteri Penerbangan Awam Mesir.
- Dilantik sebagai Perdana Menteri pada 31 Januari 2011 berikutan revolusi Mesir pada 25 Januari 2011.
- Meletakkan jawatan pada 3 Mac 2011 pasca revolusi setelah menerima desakan daripada rakyat ketika itu.
- Dikenali rakyat sebagai Pro-Mubarak
- Pada pusingan pertama pilihanraya, beliau memenangi tempat kedua dengan undi 5 505 327 undi iaitu sebanyak 23.3% seterusnya melayakkan beliau ke pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 dan 17 Jun nanti.


Dari maklumat di atas, kita sendiri boleh menilai
siapa yang mampu mentadbir, siapa yang mampu membinasa,
siapa ahli politik bertaraf antarabangsa...



**********

Sebelum ini saya ada terbaca satu berita, tapi x pasti pula akan kesahihan dia.
Mursi seperti yang kita tahu, berasal dari wilayah Syarqiyyah. Sokongan terhadap Mursi sangat kuat. Laungan 'Mursi presiden kita" bergema di Zagazig, ibukota Syarqiyyah. Poster Mursi memenuhi jalan-jalan di Zagazig. Memang tidak dapat dinafikan lagi kerana saya sendiri melihat situasi ini.

Tetapi apa yang menariknya, semasa pengundian fasa pertama, tanpa disangka, Syafiq telah mendahului Mursi di wilayah Syarqiyyah. Sedangkan tidak ada satu pun poster Syafiq terpampang di Zagazig (dari apa yang saya lihat). Yang ada hanya poster calon Dr Mursi dan Abul Futuh yang kedua-duanya calon dari Ikhwanul Muslimin.
Oh ya, untuk maklumat tambahan, Zagazig di wilayah Syarqiyyah merupakan kubu kuat bagi Ikhwanul Muslimin. 


Jadi, untuk perkara yang dipertikaikan di sini, pasti anda sudah faham kan?






























Antara idea-idea syabab Mesir untuk menghalang undian kepada Syafiq. Mereka menulis ayat-ayat di duit kertas mereka, mengajak rakyat tidak memberikan undi kepada Syafiq.

"Tidak kepada Syafiq"
"Jangan undi Syafiq"
"Syafiq seperti Mubarak"
"Demi darah para syuhada, katakan tidak pada Syafiq"

Dan duit ini akan bertukar tangan setiap kali urusan jualbeli. Bijak kan?



Tapi, malangnya, memilih presiden itu tidak mudah. Rakyat mesir sebenarnya dalam dilema.
Pilih Syafiq, Mesir kembali ke zaman Mubarak, pemerintahan kuku besi.
Pilih Mursi, Mesir sudah pastinya mendapat tekanan antarabangsa.....








Dr Mursi bersama ahli parti, berdoa sebelum memulakan mesyuarat
Semoga Islam yang diperjuangkan kembali mekar di Ardul Kinanah~
Amin....

*Aga, your report is done..hehe~





********

Saya juga baru selesai berjuang,
berjuang dengan biochemistry...

Alhamdulillah, cun-cun belaka (oral sahaja). Dapat mengubat sedikit hati yang lara sebelum ini. Written exam terutamanya.

Doktor oral examiner kata sebelum saya melangkah keluar dari bilik oral exam,

" I think i will give you full mark, you've done very well,"

Oh, makaseh banyak-banyak doktor...Terharu....T.T

*Jangan kena kelentong dgn doktor sudah
~



12 February 2012

Catatan Luxor Aswan : Kota Prasasti Purba



Bagi saya,
yang menjadikan sesuatu kembara itu indah bukan kerana berapa banyak gambar yang ditangkap,
atau berapa banyak gambar yang di-upload,
juga bukan kerana berapa banyak status yang di update di FB,
dan sudah tentu bukan kerana berapa banyak entry yang ditulis,
tetapi kerana apa yakni tujuan kita berkembara =)

********

Salam maulidur rasul juga walau telah terlewat....



























Cuba teka, berapa banyak gambar dari kamera Deseler dengan kamera Nikon 4 segi warna merah..

Kalau betul dapat hadiah...hehe


29 September 2011

Hujan..






Oh hujan..
engkau seakan mengerti
gelora hati tika ini

resah, gelisah, x tentu arah
apakah mungkin kita bersua lagi


selamat tinggal
ya..selamat tinggal semuanya
kerana aku terpaksa pergi
pergi mencari diri
buat ke sekian kali


doakan diriku.........

 

04 April 2011

Kata orang, hujan itu rahmat..



Hujan yang turun,
membawa titis-titis rahmat,
membasahi bumi yang gersang,
kegersangan dengan kurniaanNya,
tatkala mereka sabar menanti,
pelangi yang x muncul lagi...


*******

Semenjak dua menjak ni, banyak benda pelik berlaku. Biasalah, kalau sudah namanya bumi padang pasir, bila hujan memang la pelik kan. Itu belum lagi masuk bab bila Khalid cakap ada seorang ustazah tu lawa. Serius, itu memang teramat 'pelik'.


Tapi hujan yang mencurah-curah kali ni bukan sembarangan hujan kerana hujan ini telah membuktikan dirinya mampu menyaingi kebengisan hujan di Malaysia. Dan kerana itu, tilam aku menjadi mangsa. Inilah masalah kawasan Arab, dah la bumbung tiada, longkang pon jangan harap la nak cari. Bila hujan turun, kelam kabut sana-sini. Banjir merata tempat. Yang jadi mangsa, aku jugak.

Haih...dunia memang lucu~

Tambah-tambah lagi gempa bumi terbaru di Greece. Dorang kata Mesir pun ada kena. Yang buat aku frust sangat ni, kenapa aku x rasa haa?? Sejak bila Mesir ada gempa bumi ni? 

Huh..sungguh pelik~

*******


Oh ya, esok ada test Histology, tapi tangan masih menggatal update blog, bukannya buka buku..

Pelik kan?




24 March 2011

Khabar aku dan mereka...


Kedinginan musim syita' menyambut kepulanganku di bumi yang masih segar dengan revolusinya. Ternyata syita' masih belum mengalah.

Oh ya, Mesir kini berwajah baru. Aku rasa laa. Macam bersih semacam plak aku tengok. Harap-harap bertahan la. Jangan sekadar hangat-hangat taik unta. Pantang nenek moyang aku jumpa orang macam gitu.

Lagi satu, ada khabar menarik dari rumah banat-banat. Nasi dalam periuk diorang berevolusi jadi biru, sebiru lautan di lautan pasifik setelah dibiarkan berhibernasi selama sebulan. Serius menarik woo. Boleh buat nasi kerapu neyh...kehkehkeh (Sila jangan bayangkan. Memang ngeri)




Untuk 18 tahun ke atas sahaja



******* 

Kepada bebudak SPM, tahniah kepada yang berjaya. Selalunya memang akan senyum sampai ke telinga. Yang kurang berjaya, la tahzan. SPM bukan segala-gala. Orang tua-tua kata,

sampai masa tibanya waktu
redup hati kau berdua. 
bila dua jasad bersatu. 
hidup mati jadi bersama

"Jikalau membelakangi matahari, yang dapat dilihat hanya bayang-bayang sendiri. Pandanglah ke depan dan sambut kehangatan matahari itu."

Biasalah, adat result SPM. Ada bercucuran air mata, ada menyesal x sudah. Semua sudah berlalu. Walau macam mana pon, itulah resultnya. Seperti apa yang member aku selalu cakap, "what you give, you will get back the same"



Pesanan dari Osama

DON'T EVER GIVE UP TRYING ^^

 

13 March 2011

Bila lahirnya kesepian..




hari-hari yang hilang,
bersama angin yang berlalu pergi,
cuba untuk bertahan, 
terfikir nasib waktu yang menghilang,
terfikir juga hari-hari yang mendatang,
lalu kesepian lahir dengan perlahan

apakah bersedia sudah,
semuka kitab-kitab ilmu badan..
ah... 


Angkasa biru Ardhul Kinanah




Ternyata, aku semakin dilanda kebosanan. Kalau bukan futsal, panggung wayang atau tidur. Semuanya berputar, umpama roda, tiada henti. Apakah ini simptom-simptom yang menandakan aku perlu kembali sudah?




Tapi, aku pula belum lagi sedia bersemuka Tuan Eslam, Miss Amal Fauzi dan err..yang laen aku lupa. Biasalah, cuti sakan. Aduh, student apa aku ni, dasar pelupa~


******

Oh ya, takziah kepada kalian yang berada di negara Matahari Terbit. Nampaknya jadual pelancongan aku ke sana terpaksa di"arrange" semula. Huh. 

Itulah, Tuhan Sudah Uji Namun Ada Masih Ingkar..


Renung-renungkan dan selamat beramal ^^





12 February 2011

Jatuhnya Seorang Lelaki..


“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

(Kata-kata Syeikh Sya'rawi kepada Hosni Mubarak)

******



Hari ini dunia mencipta sejarah. Memperlihatkan betapa hebatnya kuasa rakyat. Rejim Hosni Mubarak telah jatuh dan rakyat Mesir bersyukur dengan keadaan itu.

Tahniah ku ucapkan..

Kepada mereka yang memprotes siang dan malam..

Kepada mereka yang menyatukan hati-hati rakyat Mesir..

Kepada mereka yang memohon keadilan diberikan untuk diri mereka..

Dan semestinya..

Kepada mereka yang membuatkan aku berada di Malaysia ketika ini..


******

Ya, aku telah pun menjejakkan kaki di Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Hujan lebat yang mencurah-curah dari langit telah mengubat rinduku padamu.

Begitu banyak persoalan diajukan, umpama peluru machine gun yang dilepaskan...

"Macam mana keadaan di sana?"

"Ada orang maen tembak-tembak ke sana tu?"
"Makanan cukup tak??"

"Betul ke bank kena tutup?"

"Cewek Arab cun ker??" (huh??)

Penat aku menjawab semuanya. Benar, memang banyak dugaan namun kami berjaya menempuhinya termasuklah soalan yang paling last itu.


Penerbangan dari Mesir ke Kota Kinabalu benar-benar menduga pinggang aku. Manakan tidak, transit 3 kali di Doha, Singapura dan Kuala Lumpur. Fuh...itu sahaja mampu aku katakan.  Tiada kata-kata lain yang dapat diucapkan...

Di kesempatan ini, ku ingin menzahirkan seribu penghargaan kepada kerajaan negeri Sabah dan Malaysia atas usaha mereka mengeluarkan kami dari Mesir. Dan terima kasih juga kepada RTM sebab memasukkan kitorang dalam TV.Kehkeh..Jasamu amat dihargai..


******

Walau apapun, diharapkan agar kalian yang berjuang di sana dapat membina sebuah negara Mesir yang lebih baik sebelum ini..

Semoga~


06 February 2011

Akan ada pelangi selepas hujan..


"namun jika hujan telah berhenti dan pelangi belum muncul..
akan ada sang mentari tuk terus menyinari..."


Hujan rahmat tidak berhenti mencurah-curah dari langit yang selalunya biru..

Mengiringi pemergian kumpulan pertama kembali ke tanah air..

Untuk menjawab segala persoalan, dari mereka yang tidak mengetahui, daripada kami yang menjadi saksi..

Pertembungan di antara hak dan batil..

 *******

Selamat tinggal ardul kinanah, 
kembara di bumimu xkan ku lupa,
ilmumu kan ku semat di jiwa,
semoga keamanan berlabuh di akhirnya,
lalu mengatur pertemuan semula..




P/S : Menghayati detik-detik terakhir.. 





04 February 2011

Kerana Hosni Mubarak..


Seminggu sudah aku di bumi bergolak ini. Syukur Alhamdulillah, masih hidup. Itu yang penting. Setelah terputus dengan dunia luar dalam seminggu itu, kepalaku menjadi pening lalat. Begitu banyak berita tersebar. Ntah dari mulut siapa, aku x tau dan aku x kesah.

Sabtu lepas,
kononnya bekalan air dan elektrik nak kena potong. So, kitorang kumpul air banyak2, beli lilin satu guni. (x terpikir langsung nak beli lampu suluh..peh!!). Cepat2 aku basuh baju 1 almari. Tapi masalahnya, bila da basuh, kena balik Cairo plak pagi esok. 

Ah sudah!!
Baju basah ni aku nak letak mana?? 
Setelah berjam-jam perah otak, aku decide biar kat ampaian. Yang penting nyawa. Baju boleh beli baru. Mak aku nak tengok aku balik rumah tanpa calar sedikit pun. Biasalah, anak emas gitu..

**********

Tika ini aku terdetik di hati untuk berpesan sesuatu. 

Kepada yang di luar sana, jangan buat cerita2 'hangat' dan 'luar biasa'. Cerita-cerita macam tu buat mak bapak kitorang risau. Korang x tau betapa peritnya membayar bil buat panggilan ke Mesir ni semata-mata nak tau anak-anak dorang selamat. Apa yang aku tau, semua bebudak Malaysia kat sini selamat. Boleh buat lawak selamba lagi. Belum ada yang putus anggota badan kat mana2. So, hentikan segala tuduhan kepada mana2 pihak yang x bersalah.




Orang kata, kerajaan Malaysia lambat bertindak untuk evacuate student2 kat sini.

Ok, aku faham. Aku memang berfikiran terbuka. Student di sini mencecah 11 000 orang. Memang ramai dari yang laen dan ambil masa yang lama. Tapi yang buat aku sedih, propaganda liar.

Kata mereka, kerajaan sengaja melambat-lambatkan operasi kerana bimbang pengaruh student Mesir yang dipercayai pro-pembangkang.

Apa kes?? Time2 genting camni pun sempat lagi maen politik? Pleaselah, sekarang ni soal nyawa. Nak tunggu bercerai badan baru nak bersatu?  


Akan tetapi, kerajaan diharapkan agar jangan terlalu ambil masa yang lama.



Ya, memang keadaan x macam dalam perang di Iraq atau Palestin, tapi keadaan yang korang rasa x seberapa itu boleh jadi semakin teruk kalau berterusan. Bank sekarang dah kena tutup, banduan dari penjara dah terlepas, harga barang makanan dah naik dan semakin berkurang. Xkan nak biar kami mati kebuluran plak? Orang-orang Arab yang berkeliaran di luar dah berani bawa pistol. Siap ada yang bawa pedang samurai lagi. Polis ntah ke mana. Tinggal tentera yang setia berkawal.


Keadaan yang x seberapa itu jugak dah buat aku merasa penangan gas pemedih mata. Memang power. Tiada cili-cili di Malaysia mampu menandingi kehebatan beliau. Kat Malaysia pun aku x rasa ni semua.




Lagi satu, 

jangan percaya sangat apa yang berita CNN dengan Al-Jazeera cakap. Ada ke patut revolusi rakyat menentang pemimpin diktator dikatakan revolusi Islam?? Kononnya semua orang BUKAN Islam dalam bahaya dan diancam bunuh. Sungguh hebat penangan media. Diharap anda yang diluar sana boleh menggunakan akal fikiran sebaiknya. Jangan terpedaya.


Israel pula dalam perancangan menghantar senjata kepada Hosni Mubarak tuk membasmi protester. Ya, mereka memang licik. Israel tidak mahu tali barut mereka digulingkan. 

Kini golongan pro-Mubarak tiba2 muncul ntah dari mana. Berlaku perang saudara di Tahrir Square yang hanya 30 minit dari sini. Keadaan semakin kacau-bilau secara ringkasnya. Ada yang sanggup mati kalau Mubarak x turun takhta. Aku menjadi risau. 



Kini, jejaka2 yang masih ada di sini berkawal siang dan malam menjaga keselamatan. Sampai bila? Aku x tau. Biarlah kerajaan uruskan. Aku redha. Semua kerana Hosni Mubarak


Semoga pihak yang benar sentiasa dilindunngiNya. Amin


******

Kepada yang birthday hari ni, selamat hari jadi. 
Diharapkan ceria-ceria selalu disamping keluarga..
All da best ^^
Peace, no war~
Related Posts with Thumbnails