25 August 2011

Masa depan itu misteri


Hari tu, Hakim bawa aku pergi sekolah. Nak melawat-lawat katanya. Ntah siapa la yang dilawat budak ni. Tapi aku malas ambil tahu. Aku pun kebetulan ada hal jugak nak pergi sekolah, jumpa cikgu Jaini. Ya, bukan typing error. CIKGU JAINI!. Sebenarnya aku pun hairan dengan sesetengah budak-budak sekolah yang bersikap skeptik melabelkan beliau yang bukan-bukan. Mungkin mereka belum mengenali beliau dengan lebih dekat. 


Dulu masa form 5, memang aku pernah kena rotan dengan dia. Semua gara-gara bilik aku yang bertaraf 5 bintang. Masa tu semua orang tengah kumpul di surau, solat maghrib berjemaah. Dan seperti biasa, akan menjadi rutin beliau round asrama menangkap budak-budak yang escape solat jemaah, budak-budak merokok, mandi lambat dan macam-macam sebab lagi yang membolehkan dia menyebat. Ntah bagaimana, malang tidak berbau, aku landing punya sedap atas katil, ye la, penat lepas main ting-ting futsal, mesti nak rehat kan, so aku dah siap-siap set lampu off, tingkap bertutup, pintu tutup rapat-rapat bab kalau kunci nampak sangat ada orang lepak di dalam, then boleh plak dia cekup aku tengah tidur. Apa lagi...Zaaapppsss!!! Satu hayunan padu dilepaskan. Tempat mendarat, agaklah sendiri....
 

Tapi, sepadu mana pun hayunan rotannya, hatinya masih lembut macam cupcake. Paling xkan dilupakan jasa beliau padaku. Maaflah, x boleh cerita atas dasar peribadi. Biarlah Tuhan saja yang tahu.

Erk? Kenapa aku cerita pasal cikgu Jaini plak ni? Hmm..beginilah manusia, dikata rindu, x mau mengaku..peih!!


 ******
TIba-tiba junior aku datang dekat, bertanya akan masa depan

"Bean, antara JPA dan MARA, mana yang bagus arr?" dia bertanya

"Sebelum aku jawab, aku mahu tahu, kau target sambung belajar mana?" tanyaku semula

"Ireland" jawabnya. Amboi, tinggi sungguh cita-cita.

"Kalau mahu Ireland, apply la Mara. Selalunya memang Mara ada hantar pergi Ireland. JPA jarang. Tapi, bukan senang nak dapat MARA tau. Ada yang straight A's pun x lepas" jawabku

Dia mengangguk faham. Harap betul-betul faham. Bukan sekadar ambil hati. Then, dari jauh kelihatan ustaz idola aku datang menghampiri. Dia memberi salam dan ku sambut salamnya.

"Eh bean, bila sampai?" tanyanya. Kelihatan terkejut melihat aku setelah lama tidak berjumpa. Mungkin aku semakin kelihatan tampan matang.

"Lama dah ustaz. Dari bulan Julai lagi," kataku

"Cerita pasal apa ni?" tanyanya lagi melihatkan aku berbual bersama junior tadi

"Oh, xdelah ustaz, dia ni haa, tanya pasal perancangan masa depan," jawabku

"Owh, ye ke? X perlulah, masa depan itu misteri," kata ustaz, selamba

Aku terkesima. Dalam hati aku, 'ayat superb!!'. Bukan baru sekali ustaz mengeluarkan ayat-ayat superb macam tu. Sebelum ni, ustaz pernah bertanyakan padaku perihal budak-budak yang mandi lambat yang kemudiannya tidak solat berjemaah.

"Bean, kenapa masih ada budak yang mandi ni? Nak solat sudah, dorang x siap-siap lagi" tanya ustaz

"Alah, ustaz, biasalah. Air kan x kuat, memang lambat la. Tapi bukan ramai pun. Dua tiga orang je," balasku

"Bean, begini, saya nak tanya kamu, andaikan di tangan kiri dan kanan saya ada dua biji mangkuk," jelasnya sambil mengilustrasikan tangannya sedang memegang mangkuk

"Di dalam kedua-dua mangkuk ini saya isi bubur. Tapi satu mangkuk ni, ada sebiji taik cicak, x banyak, sebiji je, kecik plak tu. Sekarang saya bagi kamu pilihan, bubur mana yang kamu nak makan?" tanya ustaz

"Err..yang tiada taik cicak la ustaz," jawabku, perlahan

"Sekarang, kamu dapat tangkap maksud saya?" tanyanya lagi


pergh..SUPERB!!!


P/S : Syukran ustaz atas segala tunjuk ajar selama ni =)

 



6 comments:

liyanakhalisa ♥ said...

aku x faham pasal taik cicak tu..

Mohd Ikhwan WaoNe said...

serius superb!

liyana : aku rasa maksud dia mcm kerna nila setitik rosak susu sebelanga. erk. betul kah bean?

yg sal bubur tuh, opkos la mau yang clean jak kan. kalo aku nda la kalik mo makan yang bertaik cicak tuh. uhuk uhuk.

kalo salah, sila beri tunjuk ajar!~

Azwan Shah said...

ni soalan ustaz panas ne dulu kalu kna tnya...

liyana: kaedah fekah....'bila tercampur sedikit yang haram dalam yang halal...smua jadi haram'...

Shasha Ira said...

wah~~spechless ging baca ^^

Feez™ said...

liyana, soalan anda telah dijawab dgn jayanya oleh wawan..big clap to wawan!!hoho

loy, insiden di tempat wudhu kan loy..haha

sha, mcm kau x biasa, ustaz bha tu ..ngeh3

Nafsah Dulajis said...

Cun!
Serius cun...
Statement kat line number 25, tak bleh blah!
^_^

Related Posts with Thumbnails