06 August 2011

mohon dimaafkan..


yang jahil, yang kerdil, yang lemah, yang lalai, yang pendosa
maafkan salah silap selama ini
halalkan semuanya
insya allah, moga lebih diberkati kalian di ramadan kali ini..




Jujur, aku kecewa dengan diri sendiri
orang selalu tanya dan cerita 


"berapa kali khatam tahun lepas?"


"sekarang juzu' berapa dah?"


ntah berapa kali ramadan sudah dilalui, x pernah dapat khatam 1 bulan. Apakah ini memang kelemahan yang harus ku telan. Sedih. Terasa diri ini tempang jatuh berkali-kali.Tapi alhamdulillah, tulisan inilah selalu buat aku motivasi diri...


"Jangan pernah kau lupa untuk bangkit tatkala berdepan kejatuhan


Setiap kali jatuh, harus bangun semula
kerana ia perkara pertama yang perlu dilakukan selepas jatuh,
bukan meratapi kesakitannya


sungguh aku kagum, amat kagum dengan mereka
yang ilmu penuh di dada
yang hafalan tersemat di minda
cukup berakhlak, cukup perbadi, cukup serba-serbi


dengan izin Tuhan, aku mohon, jangan siakan buat ke sekian kali. cukuplah.






Selamat bersahur =)








2 comments:

Mohd Ikhwan WaoNe said...

tulisan yang cukup menyentapkan.

syukran. peringatan buat diri sendiri juga.

P/S - hargailah sahur mak di rumah. (pesanan daripada persatuan orang-bujang-di-perantauan. T.T)

Feez™ said...

haha..sahur ibu terbaek!!

Related Posts with Thumbnails