20 September 2011

Cerita syawal


...akibat terlalu lama tidak diupdate, bicara kacang telah mentransformkan dirinya dengan harapan tuannya tidak lagi mengenali blog ini, sebagai tanda protes..


.....



........




...........

heh..nampak beno tipunye

************
Oh ya..walau sudah 22 syawal, aku x kira, mau wish jugak

SELAMAT HARI RAYA, MAAP ZAHIR BATIN
(ayat tipikal)

mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, kalau ada salah silap ya, biasalah tu manusia, asyik-asyik buat salah, hari raya minta maap jugak kan XD

orang lain cerita pasal masuk U da, aku cerita syawal seciput pun xda. Sebabnya ~

1. Sibuk melayan tetamu dari jauh. Ye la, dorang ni 2 tahun sekali balik Sabah. Kenalah layan sebaik mungkin, x gitu? Siang malam jadi tour guide, driver. Penat, tapi manis =)

2. Sibuk buat ketupat. Pergh, penat kaw-kaw. Siapa lah cipta ketupat ni, kreatif siot. Kalah enstein. Boleh dapat Emmy award woo...eh?

3. Sibuk melayan karenah/kerenah sepupu aku yang kecil-kecil belaka. Kecil, tapi bersemangat tinggi. Habis badan aku dipanjat-panjat. Main kuda-kuda konon, last-last, jadi wrestling. Kena lanyak macam randy orton. adehhh~

"Hey lu! Apa tengok-tengok! Nanti wa kasi pancung baru tau!!"
 
Salah seorang dari mereka
Jangan tertipu dengan kecomelan itu
"Abang long, gambar dulu bha, macam artis kan?"


 **********

Alhamdulillah, open house berjalan dengan lancar, walau hanya kecil-kecilan, x cukup bajet kan, nasi pun x cukup. T.T


Ramai kawan abah dengan ummi datang. Ada yang aku x kenal pun, tapi dorang tau plak nama aku. Janggal~

"Waa hafiz, dah besar rupanya kamu ni, ye la, dah jadi anak bujang kan," kata pakcik ketawa tersengih-sengih

"Eh pakcik, jemputlah makan. Ada nasi, ada mee, pak cik pilih laa," pelawa aku

Penutup makanan dibuka. Tadaaaaaaa!!!

"dengar-dengar hafiz dekat mesir ye. wah, beruntung ayah kamu. nasib baik la kamu ni lelaki. tak payah risau nak jaga diri. anak pakcik tu, c Lina (bukan nama sebenar) bakal cikgu tu, jauh nun kat kuching tu haa, risau jugak, pompuan kan, 2 3 tahun habis study la tu, hahaha...," dia tepuk belakang aku

"...uhuk.."


bila saya tanya pakcik?



Tadaaaaaaa!!!!


5 comments:

Nafsah Dulajis said...

Salam syawal yg blumpun habis jugak.

Punyalah happy cara bercerita, gelak2 baca.

P/S: Suka cara Bean tulis, brapa kali sudah kak cakap ni?

"bahasa tersiratnya, klu ada column free utk menulis dlm magazine etc,kak cari Bean. sila STANDBY!"

^_^

Feez™ said...

oh tidak...kak, saya x biasa tulis2 dlm magazine ni..suruh c wawan la, lg hebat (wink2) ~.^
hehe..

Badariah said...

jahat jugak tu bean..biar lah bha pakcik tu bercerita pasal anak dia..dengar jak..
nyway.
selamat hari raya maaf zahir batin ar..
raya sebulan bha kan..

Mohd Ikhwan WaoNe said...

patutlah diri rasa seakan terpanggil ke sini. :P

kacang (bean), sesungguhnya tulisanmu ibarat kacang di dalam kuah kacang. tanpa kacang, tiadalah istilah kuah kacang. erk?

serius, sokong 100% ayat ketiga kak chaq :P

Feez™ said...

bada : ya la bha, aku dgr ja la..
selamat ari raya jugak..

wawan : teda wsn, msti kau jgk..mana bleh dlawan ideologi encik wawan yg hebat itu..hoho

Related Posts with Thumbnails