Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts

28 November 2011

Hijrah : Sunat dan wajib


Hijrah..

Satu proses pembentukan diri kepada insan yang lebih berguna


Tahniah kepada adik saya, Uda kerana telah berjaya melakukan perkara yang wajib bagi seorang Muslim, berjaya menghijrahkan dirinya dari seorang kanak-kanak kepada seorang 'lelaki' yang sebenar, seorang lelaki Muslim yang sejati. 

Dulu, dialah juara. Segala yang orang lain tidak boleh buat, dia boleh buat. Kanak-kanak sebaya dia bila ternampak lipas, konfem lari lintang-pukang tapi dia tutup sebelah mata boleh tangkap.

Kalau berlari, dialah Usain Bolt. Johan semua acara. Kalau boleh join semua, dia mahu join semua. Tapi saya larang. Cukup 4 acara, nanti x cukup almari tempat gantung pingat. Tapi itulah, bila ditanya bila nak 'potong'? Dia diam seribu bahasa. Seribu alasan dicipta. Saya kata x sakit tapi dia x percaya.


"Ceh..x gentleman," saya kata. 


"Tapi kini saya sudah berhijrah," kata uda


Alhamdulillah, terlaksana juga akhirnya, tahun 2011, uda berjaya disunatkan/dikhatankan. Nampaknya kini tiada lagi point saya untuk usik-usik dia lepas ini. Haha..



Salam maal hijrah 1433H..



* Kami adik-beradik memang suka style gambar belakang, x tau la kenapa~

06 December 2010

Awal Muharram..

Dan ketahuilah bahawa, esok cuti!!

HAHA!!




Dan sesungguhnya, inilah realiti anak muda zaman sekarang. Bila dikatakan mengenai maal hijrah, yang terbayang di fikiran mereka hanya cuti sepanjang hari yang melepaskan diri dari beban kerja dan study.

Dan cuti tersebut dimaanfatkan dengan pelbagai perkara. Antaranya..
Shopping...
Tidur...
Maen PES...
Pergi majlis ilmu...
Belajar anatomi..
dan banyak lagi

(Yang gua BOLD tu perancangan gua untuk cuti ni...semoga~)


Nasihat gua yang tidak seberapa ini kepada semua:
-Muhasabah diri banyak2. Kenang dosa2 kita yang lalu. Yang keruh kita clearkan. X gitu?
-Buat azam baru tuk tahun baru ni. Semoga azam tu yang baek2 laa...
-Jadilah umat yang menjadi penyambung kepada rantai2 perjuangan nabi kita, bukannya pemutus..



*******



Jika kita baca doa akhir tahun, panglima segala setan pernah berkata;

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Dan jika kita baca doa awal tahun pula, panglima segala setan berkata lagi;

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"


Semoga tahun 1432 Hijrah membuka lembaran baru dan memberikan ketetapan iman di hati kita yang mudah goyah ini agar tidak terpesong dari jalanNya..

Salam Maal Hijrah untuk semua.semoga diberkati selalu
Related Posts with Thumbnails