Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

31 December 2010

2010..entri terakhirku

2010 bakal melabuhkan tirainya. Cukup pantas masa berlalu. Begitu banyak suka dan duka telah ku lalui sepanjang 2010 ni.

Banyak ragam manusia yang dapat gua lihat di bumi ini bila berkata mengenai tahun baru


"Yeah, tahun baru datang lagi!!! Let's party bro!!" kata seorang yang 'happy go lucky'.

"Tahun baru?? Laa, esok rupanya. X sedar plak tau," kata seorang yang all-time study. Hari-hari yang dilalui sama sahaja baginya. Yang penting dapat Mumtaz.

"Tahun baru?? Hmm..rasanya nak stay kat masjid laa. Baca tahlil sket," kata seorang rakan yang didadanya cukup 30 juzu' Al-Quran.


Subhanallah...rasa-rasanya, kita di seperti siapa di atas tadi?? Moga tergolong dalam golongan yang diberkati.

Azam?? 
Azamku simple sahaja...
"Buang yang keruh, ambil yang jernih". 
Simple kan?



 *******
2010, begitu banyak dosa yang telah ku lakukan. Tidak kira kepada keluarga, rakan-rakan dan banyak lagi.

Kekecewaan dengan keputusan SPM sedikit melemahkan semangat ku untuk melalui hari-hari yang mendatang. Seumpama tidak ada IPT yang akan menerimaku. Segala cita-cita seperti hilang dari genggaman. 

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” 
(At-Thagabun : 11)



Benar, Allah mengetahui segala yang berlaku. Dan tahun 2011 ini, ku telah ditakdirkan untuk menyambutnya di bumi Anbiya lagi barakah, pada masa yang sama, di dalam proses untuk menjadi seorang doktor, perkara yang tidak pernah terlintas di fikiranku selama ini.

Sesungguhnya perancangan yang terbaek adalah perancangan yang telah diatur olehNya. Semoga hatiku tetap teguh di jalan itu.
 

*******

Wahai abah dan ummi di sana, along minta maaf atas segala kekasaran bahasa yang pernah dilakukan. Ternyata godaan syaitan masih belum mampu ditepis dengan sempurna. 



Ku tidak pernah gagal untuk berasa sebak setiap kali menatap gambar-gambar ini~

Diharapkan agar 2011 membawa berita gembira kepadaku.

Semoga~

P/S : Maaf, sebab entri kali ni sedikit sentimental. Harap korang x kesah tentangnya..

24 November 2010

Satu masa yang lalu..

24 November 2009

Di dalam Dewan Sri Kinabalu..

Ihsan dari google


Peperiksaan SPM telah mengubah banyak personaliti pelajar Yang dulunya suka menyanyi dalam kelas kini membisu, begitu juga yang suka ketawa bergurau senda. Yang dulunya suka tidur juga kini terpaksa berjaga. Semuanya kerana SPM. Hebat sungguh penangan SPM. Suasana dewan menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki pengawas peperiksaan meronda mecari mangsa untuk digagalkan. Dapat elaun lebih kata mereka. Kedengaran juga bunyi pen jatuh, keriuhan di dewan makan oleh pekerjanya, org menguap, bunyi kentut yang x dapat dtahan dan sbagainya. Gua malas nak ulas panjang2..

Kedudukan ku di barisan paling belakang membuatku melihat pelbagai ragam manusia. Ada yang menggaru kepala yang tidak gatal, menggoyang kaki yang aku pun x tau sebab apa, lap peluh yang membasahi muka dan yang paling gua kagum, tidur.

Ternyata mereka mempunyai banyak formula untuk SPM. 


Jam 4.00pm, kertas peperiksaan Pendidikan Agama Islam tamat. Tatkala pengumuman peperiksaan tamat diumumkan, dapat ku rasai hampir semua ahli dewan peperiksaan memandangku dengan jelingan yang mencurigakan. 


Adrenalinku meningkat. Ntah kenapa.


Tiba-tiba member ku merentap tangan gua...zaaaaappp!!!


"Aih bean...mau lari pi mana arr?? Hehehe" zuhdie berkata sambil ketawa dengan nada yang menakutkan.

Kemudian datang c YB dab ekhwan mengunciku dari belakang. Boleh dikatakan mereka memakai baju saiz XXL. (sila bayangkan)

Seminit kemudian, gua dikelilingi semua pelajar lelaki. Jam tanganku dibuka, kasut ditanggalkan, tali pinggang dikeluarkann (nasib baek seluar x terlondeh). Aku diusung beramai-ramai ke suatu tempat yakni sebuah kolam yang amat 'jernih' warnanya.

Bersama-sama mereka menyanyikan 1 lagu..

"Hepi burfday to you!! Hepi burfday to you!! Hepi burfday to bean!! Hepi burfday to you!!" 

Selesai menyanyi, dengan kiraan tiga, aku di humban ke dalam kolam 'jernih' itu. 

Splaaasssshhh!!!! (Begini ke bunyi terhempas di air??)

Basah kuyup aku dibuatnya. Ku akui, beberapa mililiter air kolam tersebut telah masuk ke terowong oesophagus gua. Sungguh 'nikmat' rasanya.




*******
 
Itu lah antara memori manis ku di SMESH dulu. Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew2 yang terlibat sma ada secara langsung atau tidak langsung. Korang telah buat aku terharu di tengah ketegangan SPM itu..


 
Esoknya, exam add math dan aku dapat b+

 
P/S : Mungkin salah air kolam kot??
 
Related Posts with Thumbnails