12 November 2011

Adha: Bukan hari biasa


Bila aidiladha nak dekat hari tu, mulalah jalan raya sesak dengan kenderaan. Semua pun nak balik kampung. Orang arab ni kalau boleh semua barang mahu diangkutnya. Kalau terpaksa duduk di bonet kereta pun xpa.

Saya pun sedikit terlewat balik ke Kaherah tahun ni atas sebab-sebab yang sukar dielakkan. Ada latihan kononnya. Nasib baek perjalanan lancar. Sesesak mana pun, sampai juga ke WYSK.

Memandangkan tahun sudah solat raya di Masjid Fatimah Az-Zahra, jadi tahun 2011 ni solat di surau WYSK saja lah. Tapi itulah, memang lambat start. Orang arab dah start solat raya jam 6.30, kami baru nak bersiap. Mau mandi lah, iron baju lah, minum teh lah. Biasalah, orang malaysia la katakan.

Khutbah disampaikan oleh Lasa selepas solat. Oh, lama sungguh saya tidak mendengar khutbah melayu. Terasa terubat rindu di hati. Selama ni, khutbah jumaat sepatah ayat pun susah nak faham. Macam air imam tu berucap.

Selepas solat, konfem la sesi penyembelihan. Boleh kata adha kali ni kurang penatnya sebab binatang korban x banyak. Lembu seekor, kambing dengan khoruf ada la lebih kurang 13 gitu. Kalau dibandingkan tahun lepas, 3 ekor lembu tumbang. Tapi tumbang mereka bukan sebarang tumbang. Tumbang mereka tumbang ke syurga =). Gembira melihat geng-geng melapah mengukir senyuman. Tidak kira senior atau junior, semua turun padang. Terasa manis aidiladha itu.

Manis x senyuman gue..heee

Tumbangnya seorang ahli syurga

"Err..ini apa erk?" tanya Azmie dalam kesibukan orang lain sedang melapah


Sementara menunggu daging korban dimasak, BSUK ada buat tounament PES, dota dengan Counter Strike. Memang dapat sambutan. Cayalah pako. X sia-sia kami menaruh kepercayaan kepada anda. haha..tournament PES saya memang xda rezeki, tapi Counter Strike, hmm..boleh laa, dapat nombor 2. Yang penting ada hadiah. Hohoo..

Malam hari raya kedua, semua berkumpul di dewan. Ada penyampaian hadiah dan persembahan. Budak-budak zagazig pun ada persembahan. 'Air Mata Lembu' ceritanya. Orang kata best. Tapi saya sendiri x tau nak nilai macam mana. Xpa lah, yang penting para hadirin terhibur.

Harapan saya tahun ini, semoga kita ambil iktibar melalui kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Bukan senang kita mahu gadaikan sesuatu yang kita sayang/suka. Sebab tu jangan lekatkan hati dengan kemewahan dunia. Contoh paling mudah, apabila kita kehilangan barang kesayangan kita, cuba tengok tahap 'kegelabahan' macam mana 

Jom, kita muhasabah diri.

SALAM AIDILADHA

*Saya sayang keluarga saya ^^

“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan” 
(Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)


1 comment:

Mohd Ikhwan WaoNe said...

baru pulak aku dengar hadis tu...

good2. thanks sharing. bagus ehh!~ (style2 abg Lasa)

Related Posts with Thumbnails