25 July 2012

Tiada yang pernah melalui


Adakah anda tahu bahawa bilangan penduduk di Myanmar melebihi 50 juta, dan dianggarkan bilangan umat Islam yang dikenali sebagai "Rohingya" adalah sebanyak 15% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Separuh daripada mereka berada dalam wilayah Arakan.Di wilayah tersebut, peratusan umat Islam adalah lebih daripada 70% dan selebihnya adalah penganut agama Buddha. 

Adakah anda tahu bahawa Islam datang ke rantau ini semasa pemerintahan Abbasiyah Khalifah Harun al-Rashid pada abad ketujuh sehingga ia menjadi sebuah negara Islam yang bebas dan telah diperintah seramai 48 raja muslim lebih daripada tiga setengah abad.

Pada 1784, Raja (Burma) Myanmar (Budabay) yang merupakan seorang yang beragama Buddha telah menjajah wilayah ini dan menggabungkannya dengan Burma kerana takut penyebaran Islam di kawasan ini. Kekejaman berleluasa dan tinggalan-tinggalan Islam seperti masjid-masjid dan sekolah-sekolah dihancurkan .Ulama-ulama Islam dan pendakwah-pendakwah dibunuh, dan penganiayaan dan rompakan ke atas umat Islam berlaku secara berterusan. 


Selepas itu ,golongan Fasis telah mengambil alih kuasa di Burma lantaran perbolakan kuasa yang berlaku ketika itu.Semenjak itu, umat Islam di sana terdedah pada semua jenis ketidakadilan dan penindasan, pembunuhan, pengusiran, kesempitan ekonomi, dan rampasan tanah . Bahkan kewarganegaraan mereka turut dirampas kerana mereka dituduh menyerupai kaum Benggali dari segi agama,rupa ,dan bahasa.Adakah anda tahu bahawa umat Islam di Myanmar tidak mempunyai hak untuk kewarganegaraan.



Adakah anda tahu bahawa banyak kenyataan badan-badan hak asasi manusia berhubung isu rogol secara terancang yang menyasarkan wanita-wanita muslimah.

Adakah anda tahu bahawa tidak dibenarkan seorang muslim untuk berkahwin sebelum umur 30 dan tidak dibenarkan seorang muslimah berkahwin sebelum umur 25, dan kadang-kadang semua umat Islam tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh waktu yang tertentu.Sekiranya telah memenuhi syarat-syarat untuk berkahwin yang ditetapkan, bermulalah kesukaran untuk mendapatkan kelulusan , yang tidak akan diperolehi kecuali dengan bayaran yang tinggi dan rasuah kepada pegawai-pegawai tentera.


Sekiranya seorang wanita Islam mengandung, dia perlu pergi ke Pusat Tentera di kawasannya untuk mendedahkan perutnya dengan alasan pemeriksaan janin melaluji x-ray. Mereka bertindak sedemikian rupa supaya keluarga-keluarga Islam tidak berfikir untuk mendapatkan anak dan mengandung,kerana mereka mengetahui sensitiviti umat Islam mengenai isu aurat. 


Adakah anda tahu, bahawa selama beberapa hari,banyak kumpulan bersenjatakan pisau dan buluh tajam dari banyak kawasan dan bandar berkeliaran di wilayah Arakan, membunuh semua orang-orang Islam yang dijumpai, membakar dan memusnahkan ratusan rumah, terutamanya di kawasan "Mounganaw" di utara wilayah ini, di samping kota modal "Sittwe" yang merupakan ibu negeri wilayah Arakan. 


Tiada manusia di atas muka bumi ini, ditimpa apa yang menimpa umat Islam di Myanmar, dan tiada agama yang dihina sepertimana Islam dihina di Myanmar.


(Diterjemah daripada artikel bahasa arab oleh Abdullah Azzam)


Ramadan kita dan Ramadan mereka, bagaimana agaknya?

Moga Allah bersama mereka...

1 comment:

Nafsah Dulajis said...

An-Nisa':97-100.
Mujur kita tidak diuji sampai begitu...
:(

Related Posts with Thumbnails