13 February 2011

Jom join bloglist Manusia burung..



Al-kisah suatu ketika dahulu, lahirlah seorang anak manusia. Cukup sifatnya, manis senyumannya, kuat menangisnya dan kuat juga makannya. Dididik penuh kasih sayang. Dimarah tidak, dirotan takut. Semua keran sayangnya ibubapa tersebut kepada anak itu. Itulah cerita seorang anak bernama AGA..

Menjangkau usia 16 tahun, Aga melangkah ke dunia baru. Ke sebuah tempat bernama SMESH. Mulanya diingatkan Pusat Latihan Badminton Negara, namun dia tersilap kerana ianya sebuah institusi pendidikan. Begitu banyak dugaan yang dihadapi. Krisis air, pengawal yang menjengkelkan, senior yang macam firaun, makanan berulat dan..huh, sungguh banyak. Sehinggakan ku tidak mampu menyenaraikan semua. Walau seberat mana dugaan yang dihadapi, Aga tetap tabah. 
Namun, 1 peristiwa telah mengubah segalanya. Pada suatu hari, seorang senior bernama Syawal telah menyuruh Aga meng'iron' pakaian sekolahnya. Malang tidak berbau, Aga secara tidak sengaja telah menyebabkan pakaian tersebut hangus terbakar. Ingin Aga menggantikan baju itu dengan segera namun helahnya berjaya dihidu oleh Syawal.

Dek kerana perasaan marah yang membuak-buak, Syawal tanpa berfikir panjang telah menghumban Aga yang beratnya 70kg itu ke bawah dari tingkat 3. 

Aga terasa seperti terbang bebas buat seketika. Kemudian...
Kedebuk!!!

Aga jatuh ke tanah umpama nangka busuk. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala Aga. Saksi yang melihat kejadian segera menelefon ambulans. Syawal segera meninggalkan tempat itu. Sejauh yang mungkin...
Di hospital,
para doktor bertungkus lumus berusaha menyelamatkan Aga. Namun, 10 minit kemudian, Aga menghembuskan nafas terakhir. Semua di dalam bilik kecemasan kecewa dengan kegagalan itu. Mereka keluar meninggalkan mayat Aga sendirian. 

15 minit kemudian, kedengaran suara seorang jururawat menjerit dari bilik kecemasan. Kesemua para doktor segera kembali ke bilik itu. Rupa-rupanya, jururawat itu tergelincir. Sungguh mengejutkan. Mereka menjangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Namun mereka silap. Tiba-tiba jururawat itu menjerit sekali lagi. Kali ini mereka benar-benar terkejut. Mayat Aga telah HILANG!!!!

Keesokan harinya, terdapat khabar angin mengatakan ada seorang manusia yang boleh terbang telah menangkap Syawal dan membawanya ke balai polis. Syawal yang ditangkap menggeletar ketakutan kerana manusia yang membawanya ke balai polis itu adalah AGA!!!

Berita mengenai manusia yang boleh terbang itu menjadi semakin hangat. Banyak penjenayah yang mangaku telah ditewaskan oleh manusia tersebut dan dibawa ke balai polis. Ada yang ketakutan kerana teruk dibelasah, ada yang gembira kerana pertama kali terbang di angkasa. Semenjak hari itu, manusia itu telah menjadi superhero Malaysia yang baru, menewaskan populariti Cicakman dan beliau digelar BURUNGMAN!!!


P/S: Kahkahkah....nah aga, special untukmu~



3 comments:

Piah Becok said...

hahahaa..kalu bua lagi panjang mesti kalah cite cicakman tu.. haahhaa..

Nordin said...

hehehe.. nice one bean.. kehkeh

♥ Azzatul Fatonah ♥ said...

terbaik bean... ketawa besar aku baca xDD

Related Posts with Thumbnails