12 January 2011

Abah..

Abah, 
beliaulah yang selalu memarahiku,
menghukum segala kesalahanku,
supaya diriku menjadi anak yang soleh,

Abah, 
beliaulah yang menyokongku dibelakang,
menyatakan kebenaranku,
tatkala ummi sedang membangkang,

Abah,
beliau jarang sekali tersenyum,
namun sekali senyumannya sungguh bermakna,
seumpama dunia aman dengan kewujudannya...






Selamat Hari Lahir abah. Along minta maaf sebab x dapat sambut bersama di rumah tahun ni. Terlalu banyak abah telah korbankan. Didoakan agar abah tetap cekal menjadi ketua kami semua tanpa mengenal erti putus asa dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Semoga senyuman itu semakin manis walau usia semakin dimakan waktu~




Dari anakmu,
Mohd Hafizudin Bin Baharom ^^

2 comments:

Nafsah Dulajis said...

Like father like son. ^_^
Moga jadi anak soleh~

♥ Azzatul Fatonah ♥ said...

kau buat aku rindu abah aku. hehe. gud luck bean ;)

*komen aku yg fez d blog kau xDD *

Related Posts with Thumbnails