13 June 2011

Terkini...


Ntah kenapa, tiba-tiba aku rasa macam nak kerjakan blog aku ni cukup-cukup. Boring plak asyik tengok background putih berkutilkan bintik-bintik hitam. 

Oh ya, title blog bukan BlakMagik ok, masih maintain Bicara Kacang. Buat masa ni aku malas tahap dewa 19 buat header baru. Esok-esok la kot aku buat, minggu depan ker, bulan depan ker...mesyi? 

Mula-mula terfikir jugak buat title baru, tapi takut nanti orang x kenal plak. Blog aku ni siap masuk blog list "Terbaek Sepanjang Zaman" lagi, memang terharu beb T.T

Ada hari tu time aku tengah beli burger di kafe, tetiba ada sorang mamat ni tegur aku.

"Eh, ko ni bukan penulis Bicara Kacang tu ke? Nama sape erk?"

Tergamam seketika. Peh, blog aku lebih dikenali dari tuannya. Betul lah apa datuk aku kata dulu, Kacang memang suka lupakan kulit =.="


**********


Huh..7 hari lagi Physiology. Alangkah indahnya kalau Physiology = Physics. Hampa. 
Serius memang payah subjek ni. Hinggakan satu ketika aku hampir hypoxia cuba memahaminya dan mengalami insomnia tiap-tiap hari tuk menghabiskannya.

Xpa2..
study smart
try hard..

Fuh-fuh, tiup semangat masuk balik dalam jiwa. Eh, dalam medik, mana boleh tiup semangat.
Ok mengarut...

2 comments:

cik ina said...

urghh..jelesnye.nak belajar medic jugak..apa boleh buat,last2,end up dgn profesion perguruan..

Feez™ said...

alaa..xpe la cik ina..
kadang2 org kata, guru itu lebih mulia dari seorang doktor..x gitu?
lgpun, kalau semua nak jd doktor, sape plak nak jd guru kan?
^^

Related Posts with Thumbnails