24 January 2012

Resah


Pagi tadi,
atau lebih tepat, jam 6.40 am, adikku dilah telefon.

Terkejut bila henpon berbunyi mengacau tidur yang lena. Tapi digagahi juga untuk diangkat.

"Assalamualaikum abang long. Abg long buat ape tu?" tanya dilah

"Walaikumsalam, abang long tengah tidur ni. Kenapa?" kataku mudah, ingin mempercepatkan perbualan.

"Oh, xpalah abang long, nantilah adik telefon lagi. Assalamualaikum," panggilan dimatikan.

Dan tidur yang terganggu itu disambung kembali. Merancang untuk bangun jam 10.00am untuk study Histo.

Tapi, sesudah bangun dan belajar, terasa segala apa yang dibaca melayang-layang. X melekat. Betul2 x tenteram.

Kenapa adik Dilah tiba-tiba telefon?

Abah ditelefon untuk penjelasan. Kata abah adik di rumah Mak Andak. Abah pun x tau adik adik ada telefon tadi. Pendapat abah, adik rindu.



 


Oh, adikku Dilah, abang long juga rindu
 

Maafkan abang long~
T.T





17 January 2012

2 am


Waktu menulis,

2am, 17 Jan 2012

Baru habis jawab soalan bulat-bulat pretest physio topic CNS. Haih..ntah sempat atau tidak untuk saya siapkan. 


Dan, dua tiga hari ni, makin ramai orang x datang kelas. Study di rumah untuk midterm kononnya. Sekarang semua orang dah makin rajin. Tapi masalahnya, saya x rasa saya serajin mereka...=.='

Risau...


Yuz, pinjam jam loceng kau kejap arr..hehe~

Bakal duduki exam dalam masa 2 hari lagi. Mohon doanya ya..=)

Ayat feveret saya hari ni..
 
"Kita merancang, tetapi kita selalu lupa syaitan juga merancang. Tentulah Tuhan itu Maha Merancang, tetapi kita jangan lupa, rancangan syaitan itu lebih tersusun dari kita."



Oh ya, hari ni saya rasa badan ni panas. Padahal di luar sejuk~

12 January 2012

Ikatan kami..


Selamat Hari Lahir abah!!

Kadang-kadang, saya selalu lupa umur abah. Bila orang tanya, saya akan tanya balik,
"Tahun ni, kemerdekaan Malaysia yang ke berapa?"
Kalau dorang x jawab, saya pun x jawab jugak, sebab saya pun x tahu. Sebab abah lahir 1958, jadi tolak satu la dari tahun kemerdekaan negara kita.
Bijak x?
Peh..nampak betol pelupanya..

Hmm..

Kalau tahun lepas saya buat sajak, tahun ni saya bercerita la plak ye...

Masa saya sekolah rendah dulu, abah selalu suruh belajar. Siap belikan meja belajar eksklusif lagi. Selalu ingatkan buat kerja rumah. Tambah-tambah lagi ummi ustazah di sekolah sama, kena la belajar kan? Bila dekat peperiksaan, abah janji bagi hadiah kalau dapat no. 1. Biasalah budak-budak, bila ada habuan, baru ada semangat.

Dulu memang otak geliga. Jadi, macam-macam yang abah bagi. Kereta remote control, set saidina, set scrabble dan banyak lagi barang yang tidak pasti lagi akan kewujudannya hari ini.

Kalau difikirkan balik, memang x elok kalau belajar kerana habuan. Kena ikhlas dalam buat sesuatu. Tapi abah ada agenda sendiri. Sedikit-sedikit abah kurangkan habuan. Kalau dulu dapat no 1, dapat hadiah besar. Lama-lama, hadiah tu jadi kecil.

Masa dapat result PMR, saya sangat x sabar mahu beritahu abah tentang result. Terbayang hadiah yang menanti. Tapi abah hanya bagi pelukan dan ciuman tahniah di dahi. Masa SPM plak, abah outstation, hanya dapat panggilan dari jauh. Tapi abah masih bangga walau result x seberapa. Bertalu ucapan tahniah dan kekesalan x dapat hadir.

Sungguh, masa tu, kehilangan abah di saat menerima berita kejayaan amat terasa...

Sejak hari tu, saya x pernah minta apa-apa..
(kecuali minta duit belanja)


******
Dan perkara yang paling saya kagumi ialah kisah hidup abah. Dari anak seorang petani di kampung, berhijrah ke Sabah dan bertemu jodoh dengan ummi, kini jadi pegawai di Jabatan Pelajaran. Saya takkan mungkin mengulangi pencapaian yang sama macam abah.

Tahun 2011 antara tahun yang sukar bagi abah. Melepaskan anaknya jauh menuntut ilmu di negeri orang, ditambah dengan revolusi rakyat dengan propaganda berita yang didengar, hanya tangisan yang keluar ketika menyambut kepulangan. Tersentuh~


Maka, sama-samalah berdoa, agar abah dan kita sekeluarga, melangkah 2012 dengan ikatan yang kuat dan keimanan, insya Allah akan ada bahagia yang menanti di penghujung sana.

Semoga abah dilimpahi hidayahNya selalu^^,
Kalau guna gambar tahun lepas boleh kan?

08 January 2012

Jangan dipaksa kalau tidak mampu..


Salam dua kosong satu dua..

Rasanya mungkin sudah terlewat kalau saya ucap hepi new year sekarang kan? Tapi, apalah yang ada dengan tahun baru. Hanya 'hari pertama dalam bulan januari dalam 2012'. kankankan?



I
Orang yang sudah success selalu cakap, 'you must attend all your classes in order to become top class'. Ya, memang betul, memang kita kena datang semua kelas. Sehinggakan ada fatwa kata haram kalau ponteng kelas sebab kita telah mengkhianati kepercayaan ibu bapa kita yang menghantar kita ke U untuk belajar







Jadi kes saya sekarang ni, bukan mahu ponteng pun, best apa kelas anat, kalau boleh x mahu miss 1 kelas, tapi faktor kesihatan menghalang keinginan itu.

Ummi, along bukan sengaja ya..=)



II

Pening kepala sekarang. dengan benjol di kepala berdenyut-denyut, lagi pening dibuatnya. Bakal menghadapi midterm exam dalam 10 hari lagi. 
Dalam dilema sama ada perlu buat notes atau just baca buku tu. Kalau buat notes, takut x sempat siap sampai midterm. Kalau just baca, takut x melekat di kepala...hurgghhh!!!

III
Lepas midterm, kami ada projek mega. Winter break akan digunakan sepenuhnya.
Nantikan kedatangan kami, LA!

IV
22hb Januari paper Biochem. Dan juga Arsenal vs Man Utd. Arghhh!!! 

Kenapa mesti lawan MU time paper biochem T.T. 
Harap-harap masa buka paper soalan nanti x nampak muka Van Persie, kalau x, habislah~~


V
Ok lah..mahu bersiap pergi kelas jam 1.30pm. At least saya ada effort datang kelas kan?

Related Posts with Thumbnails