12 January 2012

Ikatan kami..


Selamat Hari Lahir abah!!

Kadang-kadang, saya selalu lupa umur abah. Bila orang tanya, saya akan tanya balik,
"Tahun ni, kemerdekaan Malaysia yang ke berapa?"
Kalau dorang x jawab, saya pun x jawab jugak, sebab saya pun x tahu. Sebab abah lahir 1958, jadi tolak satu la dari tahun kemerdekaan negara kita.
Bijak x?
Peh..nampak betol pelupanya..

Hmm..

Kalau tahun lepas saya buat sajak, tahun ni saya bercerita la plak ye...

Masa saya sekolah rendah dulu, abah selalu suruh belajar. Siap belikan meja belajar eksklusif lagi. Selalu ingatkan buat kerja rumah. Tambah-tambah lagi ummi ustazah di sekolah sama, kena la belajar kan? Bila dekat peperiksaan, abah janji bagi hadiah kalau dapat no. 1. Biasalah budak-budak, bila ada habuan, baru ada semangat.

Dulu memang otak geliga. Jadi, macam-macam yang abah bagi. Kereta remote control, set saidina, set scrabble dan banyak lagi barang yang tidak pasti lagi akan kewujudannya hari ini.

Kalau difikirkan balik, memang x elok kalau belajar kerana habuan. Kena ikhlas dalam buat sesuatu. Tapi abah ada agenda sendiri. Sedikit-sedikit abah kurangkan habuan. Kalau dulu dapat no 1, dapat hadiah besar. Lama-lama, hadiah tu jadi kecil.

Masa dapat result PMR, saya sangat x sabar mahu beritahu abah tentang result. Terbayang hadiah yang menanti. Tapi abah hanya bagi pelukan dan ciuman tahniah di dahi. Masa SPM plak, abah outstation, hanya dapat panggilan dari jauh. Tapi abah masih bangga walau result x seberapa. Bertalu ucapan tahniah dan kekesalan x dapat hadir.

Sungguh, masa tu, kehilangan abah di saat menerima berita kejayaan amat terasa...

Sejak hari tu, saya x pernah minta apa-apa..
(kecuali minta duit belanja)


******
Dan perkara yang paling saya kagumi ialah kisah hidup abah. Dari anak seorang petani di kampung, berhijrah ke Sabah dan bertemu jodoh dengan ummi, kini jadi pegawai di Jabatan Pelajaran. Saya takkan mungkin mengulangi pencapaian yang sama macam abah.

Tahun 2011 antara tahun yang sukar bagi abah. Melepaskan anaknya jauh menuntut ilmu di negeri orang, ditambah dengan revolusi rakyat dengan propaganda berita yang didengar, hanya tangisan yang keluar ketika menyambut kepulangan. Tersentuh~


Maka, sama-samalah berdoa, agar abah dan kita sekeluarga, melangkah 2012 dengan ikatan yang kuat dan keimanan, insya Allah akan ada bahagia yang menanti di penghujung sana.

Semoga abah dilimpahi hidayahNya selalu^^,
Kalau guna gambar tahun lepas boleh kan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails