28 November 2011

Hijrah : Sunat dan wajib


Hijrah..

Satu proses pembentukan diri kepada insan yang lebih berguna


Tahniah kepada adik saya, Uda kerana telah berjaya melakukan perkara yang wajib bagi seorang Muslim, berjaya menghijrahkan dirinya dari seorang kanak-kanak kepada seorang 'lelaki' yang sebenar, seorang lelaki Muslim yang sejati. 

Dulu, dialah juara. Segala yang orang lain tidak boleh buat, dia boleh buat. Kanak-kanak sebaya dia bila ternampak lipas, konfem lari lintang-pukang tapi dia tutup sebelah mata boleh tangkap.

Kalau berlari, dialah Usain Bolt. Johan semua acara. Kalau boleh join semua, dia mahu join semua. Tapi saya larang. Cukup 4 acara, nanti x cukup almari tempat gantung pingat. Tapi itulah, bila ditanya bila nak 'potong'? Dia diam seribu bahasa. Seribu alasan dicipta. Saya kata x sakit tapi dia x percaya.


"Ceh..x gentleman," saya kata. 


"Tapi kini saya sudah berhijrah," kata uda


Alhamdulillah, terlaksana juga akhirnya, tahun 2011, uda berjaya disunatkan/dikhatankan. Nampaknya kini tiada lagi point saya untuk usik-usik dia lepas ini. Haha..



Salam maal hijrah 1433H..



* Kami adik-beradik memang suka style gambar belakang, x tau la kenapa~

25 November 2011

Kadang-kadang saya lupa..


Okeh, bajet masa paling lama 20 minit menulis...



******
Baiklah, pertama-tama sekali saya ingin ucap terima kasih banyak-banyak yang telah wish kepada saya hari ini. Sebenarnya, saya cuba sedaya upaya untuk rahsiakan tarikhnya, tapi malangnya masih ada peminat-peminat setia yang sentiasa tegar mengingati angka keramat itu. Kahkahkah..perasan..

Jujur saya katakan, segala ucapan yang kawan-kawan beri itu sebenarnya tidak layak untuk saya menagihnya. Tapi insan yang berhak menerima segala ucapan dan doa itu adalah tidak lain tidak bukan, ummi tercinta. Dialah yang telah berjaya melahirkan seorang insan bernyawa untuk menjadi umat Muhammad. Insan yang bertanggungjawab selama diri ini berubah dari embryo, zygote dan fetus dalam kira-kira 9 bulan lamanya.

"Susah ummi lahirkan along dulu" kata ummi suatu ketika dahulu. Katanya, dulunya saya memang berat, tapi entah kenapa sekarang lain jadinya. Hmm..

Terima kasih ummi..=)



Kadang-kadang saya selalu lupa, yang saya baru 19 tahun. Ingatkan sudah masuk 20. Ceyh!!


******
Iya, memang betul Tahrir sekarang sedang jiwa kacau. Meletup sana-sini. Tapi, jangan risau, kalau selalu kita tengok di movie-movie, kalau ada kekacauan, di kampung lah tempat paling aman. Maka, memang benarlah movie yang anda tengok itu. Memang di sini macam tiada apa-apa berlaku. Hanya ada segelintir anak-anak muda yang terikut-ikut apa yang berlaku di Cairo. Biasalah, jiwa muda, jiwa memberontak..




*Misi gagal. 

Masa keseluruhan, 1 jam 30 minit..huh~




14 November 2011

Budak-budak itu menjerit.."Mator!!"


Yah, anginnya bukan lagi sepoi-sepoi bahasa, 
tapi membuat kita terkunci mulut x terkata,
badan sudah terketar-ketar,

tambah-tambah lagi tissue layer x tebal,
kawan baik si winter sudah datang,
tidak lain tidak bukan itulah hujan...

Jalan pulang yang berliku dan berteman


Hujan turun, lepas 5 minit berhenti. Macam mana kain nak kering ni..T.T huu


12 November 2011

Adha: Bukan hari biasa


Bila aidiladha nak dekat hari tu, mulalah jalan raya sesak dengan kenderaan. Semua pun nak balik kampung. Orang arab ni kalau boleh semua barang mahu diangkutnya. Kalau terpaksa duduk di bonet kereta pun xpa.

Saya pun sedikit terlewat balik ke Kaherah tahun ni atas sebab-sebab yang sukar dielakkan. Ada latihan kononnya. Nasib baek perjalanan lancar. Sesesak mana pun, sampai juga ke WYSK.

Memandangkan tahun sudah solat raya di Masjid Fatimah Az-Zahra, jadi tahun 2011 ni solat di surau WYSK saja lah. Tapi itulah, memang lambat start. Orang arab dah start solat raya jam 6.30, kami baru nak bersiap. Mau mandi lah, iron baju lah, minum teh lah. Biasalah, orang malaysia la katakan.

Khutbah disampaikan oleh Lasa selepas solat. Oh, lama sungguh saya tidak mendengar khutbah melayu. Terasa terubat rindu di hati. Selama ni, khutbah jumaat sepatah ayat pun susah nak faham. Macam air imam tu berucap.

Selepas solat, konfem la sesi penyembelihan. Boleh kata adha kali ni kurang penatnya sebab binatang korban x banyak. Lembu seekor, kambing dengan khoruf ada la lebih kurang 13 gitu. Kalau dibandingkan tahun lepas, 3 ekor lembu tumbang. Tapi tumbang mereka bukan sebarang tumbang. Tumbang mereka tumbang ke syurga =). Gembira melihat geng-geng melapah mengukir senyuman. Tidak kira senior atau junior, semua turun padang. Terasa manis aidiladha itu.

Manis x senyuman gue..heee

Tumbangnya seorang ahli syurga

"Err..ini apa erk?" tanya Azmie dalam kesibukan orang lain sedang melapah


Sementara menunggu daging korban dimasak, BSUK ada buat tounament PES, dota dengan Counter Strike. Memang dapat sambutan. Cayalah pako. X sia-sia kami menaruh kepercayaan kepada anda. haha..tournament PES saya memang xda rezeki, tapi Counter Strike, hmm..boleh laa, dapat nombor 2. Yang penting ada hadiah. Hohoo..

Malam hari raya kedua, semua berkumpul di dewan. Ada penyampaian hadiah dan persembahan. Budak-budak zagazig pun ada persembahan. 'Air Mata Lembu' ceritanya. Orang kata best. Tapi saya sendiri x tau nak nilai macam mana. Xpa lah, yang penting para hadirin terhibur.

Harapan saya tahun ini, semoga kita ambil iktibar melalui kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Bukan senang kita mahu gadaikan sesuatu yang kita sayang/suka. Sebab tu jangan lekatkan hati dengan kemewahan dunia. Contoh paling mudah, apabila kita kehilangan barang kesayangan kita, cuba tengok tahap 'kegelabahan' macam mana 

Jom, kita muhasabah diri.

SALAM AIDILADHA

*Saya sayang keluarga saya ^^

“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan” 
(Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)


05 November 2011

Selamat datang November..


Juga, selamat datang Zulhijjah =)


 *******


November,
bulan istimewa datang lagi
Setiap kali kedatangannya membuat saya mengira-ngira hari berapa lama sudah saya hidup, atau mungkin berapa lama lagi akan hidup. Wallahualam.

Bulan november kali ni menjanjikan kehidupan yang lebih sesak. Aktiviti di sana-sini. Oleh kerana saya hanya ahli biasa, maka menjadi lumrah untuk mengikut sahaja telunjuk mereka. Tapi, saya juga punyai perancangan sendiri. Yang saya rasakan akan terlaksana, dengan izinNya.

Yang saya takut, apa yang dirancang dengan tekun, akhirnya berlalu begitu sahaja. Hmm..memang saya belum bersedia menghadapi situasi sedemikian =(



Ok lah, nak kemas pakaian. Hari ni gerak ke kampung halaman aka cairo, err..padahal tempat saya yang lebih kampung sebenarnya. Esok kami akan berjihad. Parang sudah diasah setajam-tajamnya. Semoga nyawa-nyawa yang akan kembali, pergi dengan tenang. Sesungguhnya, kamulah jiwa-jiwa yang terpilih ^^




*******

1. Akan saya kembali bercerita tentang Aidiladha, tapi bukan dalam masa terdekat. Ada masalah connection di Cairo nanti

2. Kepada ahli keluarga, selamat hari raya aidiladha. Pohon seribu keampunan andai ada mengguris hati selama diri ini bernafas

3. Kepada Uda, tahniah jadi olahragawan sekolah. Dulu along pun sket lagi jadi olahragawan, tapi Tuhan x bagi, takut takbur jadinya. Jangan lupa belajar ya

4. Kepada semua muslimin muslimat, kullu sanah wa antum toyyibeen =). semoga aidiladha kita kali ini lebih diredhaiNya

amin...


Related Posts with Thumbnails