Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

25 November 2011

Kadang-kadang saya lupa..


Okeh, bajet masa paling lama 20 minit menulis...



******
Baiklah, pertama-tama sekali saya ingin ucap terima kasih banyak-banyak yang telah wish kepada saya hari ini. Sebenarnya, saya cuba sedaya upaya untuk rahsiakan tarikhnya, tapi malangnya masih ada peminat-peminat setia yang sentiasa tegar mengingati angka keramat itu. Kahkahkah..perasan..

Jujur saya katakan, segala ucapan yang kawan-kawan beri itu sebenarnya tidak layak untuk saya menagihnya. Tapi insan yang berhak menerima segala ucapan dan doa itu adalah tidak lain tidak bukan, ummi tercinta. Dialah yang telah berjaya melahirkan seorang insan bernyawa untuk menjadi umat Muhammad. Insan yang bertanggungjawab selama diri ini berubah dari embryo, zygote dan fetus dalam kira-kira 9 bulan lamanya.

"Susah ummi lahirkan along dulu" kata ummi suatu ketika dahulu. Katanya, dulunya saya memang berat, tapi entah kenapa sekarang lain jadinya. Hmm..

Terima kasih ummi..=)



Kadang-kadang saya selalu lupa, yang saya baru 19 tahun. Ingatkan sudah masuk 20. Ceyh!!


******
Iya, memang betul Tahrir sekarang sedang jiwa kacau. Meletup sana-sini. Tapi, jangan risau, kalau selalu kita tengok di movie-movie, kalau ada kekacauan, di kampung lah tempat paling aman. Maka, memang benarlah movie yang anda tengok itu. Memang di sini macam tiada apa-apa berlaku. Hanya ada segelintir anak-anak muda yang terikut-ikut apa yang berlaku di Cairo. Biasalah, jiwa muda, jiwa memberontak..




*Misi gagal. 

Masa keseluruhan, 1 jam 30 minit..huh~




24 November 2010

Satu masa yang lalu..

24 November 2009

Di dalam Dewan Sri Kinabalu..

Ihsan dari google


Peperiksaan SPM telah mengubah banyak personaliti pelajar Yang dulunya suka menyanyi dalam kelas kini membisu, begitu juga yang suka ketawa bergurau senda. Yang dulunya suka tidur juga kini terpaksa berjaga. Semuanya kerana SPM. Hebat sungguh penangan SPM. Suasana dewan menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki pengawas peperiksaan meronda mecari mangsa untuk digagalkan. Dapat elaun lebih kata mereka. Kedengaran juga bunyi pen jatuh, keriuhan di dewan makan oleh pekerjanya, org menguap, bunyi kentut yang x dapat dtahan dan sbagainya. Gua malas nak ulas panjang2..

Kedudukan ku di barisan paling belakang membuatku melihat pelbagai ragam manusia. Ada yang menggaru kepala yang tidak gatal, menggoyang kaki yang aku pun x tau sebab apa, lap peluh yang membasahi muka dan yang paling gua kagum, tidur.

Ternyata mereka mempunyai banyak formula untuk SPM. 


Jam 4.00pm, kertas peperiksaan Pendidikan Agama Islam tamat. Tatkala pengumuman peperiksaan tamat diumumkan, dapat ku rasai hampir semua ahli dewan peperiksaan memandangku dengan jelingan yang mencurigakan. 


Adrenalinku meningkat. Ntah kenapa.


Tiba-tiba member ku merentap tangan gua...zaaaaappp!!!


"Aih bean...mau lari pi mana arr?? Hehehe" zuhdie berkata sambil ketawa dengan nada yang menakutkan.

Kemudian datang c YB dab ekhwan mengunciku dari belakang. Boleh dikatakan mereka memakai baju saiz XXL. (sila bayangkan)

Seminit kemudian, gua dikelilingi semua pelajar lelaki. Jam tanganku dibuka, kasut ditanggalkan, tali pinggang dikeluarkann (nasib baek seluar x terlondeh). Aku diusung beramai-ramai ke suatu tempat yakni sebuah kolam yang amat 'jernih' warnanya.

Bersama-sama mereka menyanyikan 1 lagu..

"Hepi burfday to you!! Hepi burfday to you!! Hepi burfday to bean!! Hepi burfday to you!!" 

Selesai menyanyi, dengan kiraan tiga, aku di humban ke dalam kolam 'jernih' itu. 

Splaaasssshhh!!!! (Begini ke bunyi terhempas di air??)

Basah kuyup aku dibuatnya. Ku akui, beberapa mililiter air kolam tersebut telah masuk ke terowong oesophagus gua. Sungguh 'nikmat' rasanya.




*******
 
Itu lah antara memori manis ku di SMESH dulu. Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew2 yang terlibat sma ada secara langsung atau tidak langsung. Korang telah buat aku terharu di tengah ketegangan SPM itu..


 
Esoknya, exam add math dan aku dapat b+

 
P/S : Mungkin salah air kolam kot??
 
Related Posts with Thumbnails