24 November 2010

Satu masa yang lalu..

24 November 2009

Di dalam Dewan Sri Kinabalu..

Ihsan dari google


Peperiksaan SPM telah mengubah banyak personaliti pelajar Yang dulunya suka menyanyi dalam kelas kini membisu, begitu juga yang suka ketawa bergurau senda. Yang dulunya suka tidur juga kini terpaksa berjaga. Semuanya kerana SPM. Hebat sungguh penangan SPM. Suasana dewan menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki pengawas peperiksaan meronda mecari mangsa untuk digagalkan. Dapat elaun lebih kata mereka. Kedengaran juga bunyi pen jatuh, keriuhan di dewan makan oleh pekerjanya, org menguap, bunyi kentut yang x dapat dtahan dan sbagainya. Gua malas nak ulas panjang2..

Kedudukan ku di barisan paling belakang membuatku melihat pelbagai ragam manusia. Ada yang menggaru kepala yang tidak gatal, menggoyang kaki yang aku pun x tau sebab apa, lap peluh yang membasahi muka dan yang paling gua kagum, tidur.

Ternyata mereka mempunyai banyak formula untuk SPM. 


Jam 4.00pm, kertas peperiksaan Pendidikan Agama Islam tamat. Tatkala pengumuman peperiksaan tamat diumumkan, dapat ku rasai hampir semua ahli dewan peperiksaan memandangku dengan jelingan yang mencurigakan. 


Adrenalinku meningkat. Ntah kenapa.


Tiba-tiba member ku merentap tangan gua...zaaaaappp!!!


"Aih bean...mau lari pi mana arr?? Hehehe" zuhdie berkata sambil ketawa dengan nada yang menakutkan.

Kemudian datang c YB dab ekhwan mengunciku dari belakang. Boleh dikatakan mereka memakai baju saiz XXL. (sila bayangkan)

Seminit kemudian, gua dikelilingi semua pelajar lelaki. Jam tanganku dibuka, kasut ditanggalkan, tali pinggang dikeluarkann (nasib baek seluar x terlondeh). Aku diusung beramai-ramai ke suatu tempat yakni sebuah kolam yang amat 'jernih' warnanya.

Bersama-sama mereka menyanyikan 1 lagu..

"Hepi burfday to you!! Hepi burfday to you!! Hepi burfday to bean!! Hepi burfday to you!!" 

Selesai menyanyi, dengan kiraan tiga, aku di humban ke dalam kolam 'jernih' itu. 

Splaaasssshhh!!!! (Begini ke bunyi terhempas di air??)

Basah kuyup aku dibuatnya. Ku akui, beberapa mililiter air kolam tersebut telah masuk ke terowong oesophagus gua. Sungguh 'nikmat' rasanya.




*******
 
Itu lah antara memori manis ku di SMESH dulu. Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew2 yang terlibat sma ada secara langsung atau tidak langsung. Korang telah buat aku terharu di tengah ketegangan SPM itu..


 
Esoknya, exam add math dan aku dapat b+

 
P/S : Mungkin salah air kolam kot??
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails