18 November 2010

Di Kala Aidiladha Menjelma...


Alarm hanphone Sony Ericssonku berbunyi dengan rancaknya jam 5.00 am menyuruh tuannya bangun dari tidur tuk solat Subuh. Dengan liatnya, ku tekan butang 'alarm off'.


"Bisinglah!!" getusku geram dalam hati. Lantas menarik selimut untuk pose yang lebih selesa dalam kesejukan pagi.


"Weyh!! Bangun!! Solat Subuh!! Pastu pi mandi, x gi solat raya ka??!!" gertak Abang Fem sambil menarik selimut yang ku genggam erat.




Eh?? Dah raya laa!! Dengan sepantas kilat ku capai tuala dan terus ke tandas, takut nanti berbaris panjang, macam cerita Bujang Lapok. X pasal-pasal pi solat raya tanpa mandi buat pertama kalinya. 




*******

Kedengaran alunan takbir raya memecah keheningan pagi di Aidiladha. Biarpun tidak semerdu takbir di Malaysia, namun ia tetap memberi seribu satu makna dan kenangan di tanah air. Tanpa disedari, mutiara kecil menitis halus ke sejadah dan Masjid Fatimah Az-Zahra  menjadi saksi peristiwa itu.



Selesai solat berjemaah, kami saling maaf-bermaafan sesama kami dan beberapa orang Arab yang aku pun x kenal. Tapi aku x kesah tu semua kerana manusia itu sentiasa membuat kesilapan. Kini baru ku rasa betapa nikmatnya mencium tangan ummi dan abah di bumi anbiya ini. Benar kata orang, bila nikmat tu susah nak dapat, baru la kita mula nak menghargai.



Perkarangan Masjid Fatimah Az-Zahra


Okeh, cukup la kata-kata gramatis. Gua plak yang sedih nanti..

*******

Time raya korban ni, part yang paling aku suka part menyembelih. Best giler woo!! 
Ntah knapa aku excited sangat neyh...



Meh aku kenalkan, ni namanya Amer, sempena nama tuan dia, Amer..

"Hye..nama gua Amer..mmbeekkk"


Jelingan makrifat
Jom, kita sembelih lembu plak ya...

Bidon dan lembunya yang bertuah





Malam hari raya kedua, ada majlis sambutan hari raya. Setiap syaah mempersembahkan persembahan mereka. Dan semestinya, semua gila-gila belaka..



 *******


Apa-apa pun, pengalaman pertama beraya di perantauan ini memang sukar digambarkan. 
Harap sampai maksud gua~



Selamat Hari Raya Aidiladha!!




P/S : Gua rindu rendang daging. Mengidam kaw-kaw weyh!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails