09 November 2010

Ujian...

"...Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh) Allah."
(Surah Luqman: 17)

Mesir ni terdiri dari huruf مصر. Setiap daripada huruf tu ada maksudnya tersendiri. م membawa maksud musibah, ص bermaksud sabar dan ر maksudnya rahmat. Orang kata, kalau datang mesir memang x sah kalau x kena musibah.

Dan sesungguhnya, ujian Allah itu datang tanpa diduga..


Post kali ni aku ingin ucapkan takziah kepada member2 aku yang tidak bernasib baek baru-baru ni. Beg kuliah kepunyaan si Y yang berisi dompet serta hp dan kasut Adidas si H telah dikebas tanpa segan silunya oleh si fulan ketika si Y dan H sedang menunaikan solat dengan khusyuk di dalam masjid universiti. 

Berani sungguh si fulan itu!! Mencuri pun dalam masjid!! Ish3.. Si Y dan H begitu kecewa. Peristiwa ini telah mengundang kemarahan Afnan..


"Ish!! Tak guna punya pencuri!! Nanti aku pasang 'santet', baru dia tau!!" katanya penuh beremosi. Seolah-olah barangnya pula yang dicuri. Dia memang seorang mengambil berat. Kononnya~


"Eh, x boleh tu nan, bahaya.." aku mententeramkannya. Boleh juga dikatakan mengambil berat.


Tapi mangsa kejadian ni memang penyabar orangnya. Si Y dan H tidak seperti orang laen yang kehilangan barang. Mereka tenang dan cool bersahaja. Mungkin ramai gadis2 ketika itu..


"Hmm..xpa la tu. Jom kita makan krips dulu," kata si H memberi cadangan. Mungkin dia cuba menenangkan fikiran dengan makan. Namun ku tahu perasaannya. Ku yakin dia sedih kerana tidak mampu lagi menatap kasut Adidas putihnya yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh itu.

Lepas tu, kitorang buat laporan polis. Di suatu bilik yang suram dengan sinaran matahari ditambah dengan kipas yang berputar dengan perlahan menghidupkan suasana seperti ayat-ayat cinta ketika soal siasat dijalankan. 


Akhir kata,
Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi ujian Allah ini...


***** 



Gua juga ada ujian. Ujian Histo. Pening gua memikirkan benda ni. Mungkin lepas makan krips baru tenang, ye tak??





2 comments:

Dayana Nali said...

tabah la.. huhu life was never so easy..grow up! accept it ^^

Unknown said...

ya la..tabah la ni

Related Posts with Thumbnails