27 February 2011

Kembali ke sana..



Tatkala sekembalinya aku dari suatu tempat..

Tempat dimana aku mengenali melipat kain,
mencuci kain,
mengurut badan,
masak mee sedaap,
buat nescafe 3 in 1 secukup rasa, 
dan sebagainya..

oh ya, semua di atas untuk orang laen sebenarnya. Atau lebih sesuai ku labelkan sebagai 'dewa-dewa asrama'


Ya, SMESH. Itulah nama yang diberi. Terpulang pada anda untuk describekan tempat itu. 





Dua hari lalu, di depan Koperasi..

"Eh, abang!! Lama x nampak. Abang sihat?' seorang junior menegur. Mungkin teringat jasa-jasaku padanya. Kononnya~

"Sihat, cam biasa," balasku

"Camna keadaan sana tu? Teruk juga saya dengar,"

Haih, soalan yang sama lagi. Ntah bila akan berakhir.

"Hmm..teruk juga laa. Banyak orang kena tembak. Rumah kami pun sket lagi kena serbu," aku me'mega'kan cerita. Baru la nampak hebat, orang kata.

"Owh, abang buat apa sini?" tanyanya lagi

"Kena panggil kaunselor, nak bagi ceramah motivasi sket ngan budak form 5 ni,"

"Buat apa?"

"Bagi ceramah,"

"Apa??"



X guna, apsal?? Muka aku ni tiada muka-muka penceramah ke hah!!??


22 February 2011

Susah Kalau Muka Hensem..


Tadi aku jumpa barang baek punya..










Haih..susah juga kalau dapat muka hensem ni.


Yang kena tempias, golongan macam aku dan yang laen, peluang semakin tipis...T.T


******




Hmm...Tuhan itu maha adil 

(sesi muhasabah diri)




19 February 2011

Tingginya kasihmu..



" Kerana memastikan kebahagiaanku, kebahagiaannya dia korbankan..
Terima kasih Papa,"


Baru habis layan cerita Papadom..

Okay jangan gelak, aku tau aku ketinggalan zaman. Dulu aku bukan kaki wayang cerita Melayu. Hobi aku selalu tengok Discovery Channel jer. 

Serius =.=

******

Walau apapun, tahniah Afdlin, filem anda buat naluri maskulinku menjadi pilu.. T.T


14 February 2011

Duhai Kekasih..


Hakikat dunia hari ini..


Di kala si dia sedang sibuk melayan kekasihnya,
namun masih wujudkah
mereka yang mengingati kekasihNya??


Muhammad Ya Habiballah..
Sungguh kami merinduimu ya Rasulullah..



Namun tika ini, diriku malu padamu,
perjuangan sucimu, dilupakan,
wasiat pentingmu, diabaikan.


"Ummatku, ummatku,"
kata-kata terakhir yang terbit dari bibirmu, 
Sungguh ku malu ya Rasulullah,
Layakkah kami menjadi ummatmu..
Sedangkan kami seperti buih-buih di lautan

Maafkan kami wahai Rasulullah

Sesungguhnya
akhlakmu, kami sanjungi,
semangatmu, kami kagumi
baktimu akan sentiasa kami ingati

******

Semoga hari kemuliaanmu, air mata yang jarang mengalir ini akan menitis jua keranamu..

Amiin..










13 February 2011

Jom join bloglist Manusia burung..



Al-kisah suatu ketika dahulu, lahirlah seorang anak manusia. Cukup sifatnya, manis senyumannya, kuat menangisnya dan kuat juga makannya. Dididik penuh kasih sayang. Dimarah tidak, dirotan takut. Semua keran sayangnya ibubapa tersebut kepada anak itu. Itulah cerita seorang anak bernama AGA..

Menjangkau usia 16 tahun, Aga melangkah ke dunia baru. Ke sebuah tempat bernama SMESH. Mulanya diingatkan Pusat Latihan Badminton Negara, namun dia tersilap kerana ianya sebuah institusi pendidikan. Begitu banyak dugaan yang dihadapi. Krisis air, pengawal yang menjengkelkan, senior yang macam firaun, makanan berulat dan..huh, sungguh banyak. Sehinggakan ku tidak mampu menyenaraikan semua. Walau seberat mana dugaan yang dihadapi, Aga tetap tabah. 
Namun, 1 peristiwa telah mengubah segalanya. Pada suatu hari, seorang senior bernama Syawal telah menyuruh Aga meng'iron' pakaian sekolahnya. Malang tidak berbau, Aga secara tidak sengaja telah menyebabkan pakaian tersebut hangus terbakar. Ingin Aga menggantikan baju itu dengan segera namun helahnya berjaya dihidu oleh Syawal.

Dek kerana perasaan marah yang membuak-buak, Syawal tanpa berfikir panjang telah menghumban Aga yang beratnya 70kg itu ke bawah dari tingkat 3. 

Aga terasa seperti terbang bebas buat seketika. Kemudian...
Kedebuk!!!

Aga jatuh ke tanah umpama nangka busuk. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala Aga. Saksi yang melihat kejadian segera menelefon ambulans. Syawal segera meninggalkan tempat itu. Sejauh yang mungkin...
Di hospital,
para doktor bertungkus lumus berusaha menyelamatkan Aga. Namun, 10 minit kemudian, Aga menghembuskan nafas terakhir. Semua di dalam bilik kecemasan kecewa dengan kegagalan itu. Mereka keluar meninggalkan mayat Aga sendirian. 

15 minit kemudian, kedengaran suara seorang jururawat menjerit dari bilik kecemasan. Kesemua para doktor segera kembali ke bilik itu. Rupa-rupanya, jururawat itu tergelincir. Sungguh mengejutkan. Mereka menjangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Namun mereka silap. Tiba-tiba jururawat itu menjerit sekali lagi. Kali ini mereka benar-benar terkejut. Mayat Aga telah HILANG!!!!

Keesokan harinya, terdapat khabar angin mengatakan ada seorang manusia yang boleh terbang telah menangkap Syawal dan membawanya ke balai polis. Syawal yang ditangkap menggeletar ketakutan kerana manusia yang membawanya ke balai polis itu adalah AGA!!!

Berita mengenai manusia yang boleh terbang itu menjadi semakin hangat. Banyak penjenayah yang mangaku telah ditewaskan oleh manusia tersebut dan dibawa ke balai polis. Ada yang ketakutan kerana teruk dibelasah, ada yang gembira kerana pertama kali terbang di angkasa. Semenjak hari itu, manusia itu telah menjadi superhero Malaysia yang baru, menewaskan populariti Cicakman dan beliau digelar BURUNGMAN!!!


P/S: Kahkahkah....nah aga, special untukmu~



12 February 2011

Jatuhnya Seorang Lelaki..


“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

(Kata-kata Syeikh Sya'rawi kepada Hosni Mubarak)

******



Hari ini dunia mencipta sejarah. Memperlihatkan betapa hebatnya kuasa rakyat. Rejim Hosni Mubarak telah jatuh dan rakyat Mesir bersyukur dengan keadaan itu.

Tahniah ku ucapkan..

Kepada mereka yang memprotes siang dan malam..

Kepada mereka yang menyatukan hati-hati rakyat Mesir..

Kepada mereka yang memohon keadilan diberikan untuk diri mereka..

Dan semestinya..

Kepada mereka yang membuatkan aku berada di Malaysia ketika ini..


******

Ya, aku telah pun menjejakkan kaki di Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Hujan lebat yang mencurah-curah dari langit telah mengubat rinduku padamu.

Begitu banyak persoalan diajukan, umpama peluru machine gun yang dilepaskan...

"Macam mana keadaan di sana?"

"Ada orang maen tembak-tembak ke sana tu?"
"Makanan cukup tak??"

"Betul ke bank kena tutup?"

"Cewek Arab cun ker??" (huh??)

Penat aku menjawab semuanya. Benar, memang banyak dugaan namun kami berjaya menempuhinya termasuklah soalan yang paling last itu.


Penerbangan dari Mesir ke Kota Kinabalu benar-benar menduga pinggang aku. Manakan tidak, transit 3 kali di Doha, Singapura dan Kuala Lumpur. Fuh...itu sahaja mampu aku katakan.  Tiada kata-kata lain yang dapat diucapkan...

Di kesempatan ini, ku ingin menzahirkan seribu penghargaan kepada kerajaan negeri Sabah dan Malaysia atas usaha mereka mengeluarkan kami dari Mesir. Dan terima kasih juga kepada RTM sebab memasukkan kitorang dalam TV.Kehkeh..Jasamu amat dihargai..


******

Walau apapun, diharapkan agar kalian yang berjuang di sana dapat membina sebuah negara Mesir yang lebih baik sebelum ini..

Semoga~


06 February 2011

Akan ada pelangi selepas hujan..


"namun jika hujan telah berhenti dan pelangi belum muncul..
akan ada sang mentari tuk terus menyinari..."


Hujan rahmat tidak berhenti mencurah-curah dari langit yang selalunya biru..

Mengiringi pemergian kumpulan pertama kembali ke tanah air..

Untuk menjawab segala persoalan, dari mereka yang tidak mengetahui, daripada kami yang menjadi saksi..

Pertembungan di antara hak dan batil..

 *******

Selamat tinggal ardul kinanah, 
kembara di bumimu xkan ku lupa,
ilmumu kan ku semat di jiwa,
semoga keamanan berlabuh di akhirnya,
lalu mengatur pertemuan semula..




P/S : Menghayati detik-detik terakhir.. 





04 February 2011

Kerana Hosni Mubarak..


Seminggu sudah aku di bumi bergolak ini. Syukur Alhamdulillah, masih hidup. Itu yang penting. Setelah terputus dengan dunia luar dalam seminggu itu, kepalaku menjadi pening lalat. Begitu banyak berita tersebar. Ntah dari mulut siapa, aku x tau dan aku x kesah.

Sabtu lepas,
kononnya bekalan air dan elektrik nak kena potong. So, kitorang kumpul air banyak2, beli lilin satu guni. (x terpikir langsung nak beli lampu suluh..peh!!). Cepat2 aku basuh baju 1 almari. Tapi masalahnya, bila da basuh, kena balik Cairo plak pagi esok. 

Ah sudah!!
Baju basah ni aku nak letak mana?? 
Setelah berjam-jam perah otak, aku decide biar kat ampaian. Yang penting nyawa. Baju boleh beli baru. Mak aku nak tengok aku balik rumah tanpa calar sedikit pun. Biasalah, anak emas gitu..

**********

Tika ini aku terdetik di hati untuk berpesan sesuatu. 

Kepada yang di luar sana, jangan buat cerita2 'hangat' dan 'luar biasa'. Cerita-cerita macam tu buat mak bapak kitorang risau. Korang x tau betapa peritnya membayar bil buat panggilan ke Mesir ni semata-mata nak tau anak-anak dorang selamat. Apa yang aku tau, semua bebudak Malaysia kat sini selamat. Boleh buat lawak selamba lagi. Belum ada yang putus anggota badan kat mana2. So, hentikan segala tuduhan kepada mana2 pihak yang x bersalah.




Orang kata, kerajaan Malaysia lambat bertindak untuk evacuate student2 kat sini.

Ok, aku faham. Aku memang berfikiran terbuka. Student di sini mencecah 11 000 orang. Memang ramai dari yang laen dan ambil masa yang lama. Tapi yang buat aku sedih, propaganda liar.

Kata mereka, kerajaan sengaja melambat-lambatkan operasi kerana bimbang pengaruh student Mesir yang dipercayai pro-pembangkang.

Apa kes?? Time2 genting camni pun sempat lagi maen politik? Pleaselah, sekarang ni soal nyawa. Nak tunggu bercerai badan baru nak bersatu?  


Akan tetapi, kerajaan diharapkan agar jangan terlalu ambil masa yang lama.



Ya, memang keadaan x macam dalam perang di Iraq atau Palestin, tapi keadaan yang korang rasa x seberapa itu boleh jadi semakin teruk kalau berterusan. Bank sekarang dah kena tutup, banduan dari penjara dah terlepas, harga barang makanan dah naik dan semakin berkurang. Xkan nak biar kami mati kebuluran plak? Orang-orang Arab yang berkeliaran di luar dah berani bawa pistol. Siap ada yang bawa pedang samurai lagi. Polis ntah ke mana. Tinggal tentera yang setia berkawal.


Keadaan yang x seberapa itu jugak dah buat aku merasa penangan gas pemedih mata. Memang power. Tiada cili-cili di Malaysia mampu menandingi kehebatan beliau. Kat Malaysia pun aku x rasa ni semua.




Lagi satu, 

jangan percaya sangat apa yang berita CNN dengan Al-Jazeera cakap. Ada ke patut revolusi rakyat menentang pemimpin diktator dikatakan revolusi Islam?? Kononnya semua orang BUKAN Islam dalam bahaya dan diancam bunuh. Sungguh hebat penangan media. Diharap anda yang diluar sana boleh menggunakan akal fikiran sebaiknya. Jangan terpedaya.


Israel pula dalam perancangan menghantar senjata kepada Hosni Mubarak tuk membasmi protester. Ya, mereka memang licik. Israel tidak mahu tali barut mereka digulingkan. 

Kini golongan pro-Mubarak tiba2 muncul ntah dari mana. Berlaku perang saudara di Tahrir Square yang hanya 30 minit dari sini. Keadaan semakin kacau-bilau secara ringkasnya. Ada yang sanggup mati kalau Mubarak x turun takhta. Aku menjadi risau. 



Kini, jejaka2 yang masih ada di sini berkawal siang dan malam menjaga keselamatan. Sampai bila? Aku x tau. Biarlah kerajaan uruskan. Aku redha. Semua kerana Hosni Mubarak


Semoga pihak yang benar sentiasa dilindunngiNya. Amin


******

Kepada yang birthday hari ni, selamat hari jadi. 
Diharapkan ceria-ceria selalu disamping keluarga..
All da best ^^
Peace, no war~
Related Posts with Thumbnails