Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

13 February 2011

Jom join bloglist Manusia burung..



Al-kisah suatu ketika dahulu, lahirlah seorang anak manusia. Cukup sifatnya, manis senyumannya, kuat menangisnya dan kuat juga makannya. Dididik penuh kasih sayang. Dimarah tidak, dirotan takut. Semua keran sayangnya ibubapa tersebut kepada anak itu. Itulah cerita seorang anak bernama AGA..

Menjangkau usia 16 tahun, Aga melangkah ke dunia baru. Ke sebuah tempat bernama SMESH. Mulanya diingatkan Pusat Latihan Badminton Negara, namun dia tersilap kerana ianya sebuah institusi pendidikan. Begitu banyak dugaan yang dihadapi. Krisis air, pengawal yang menjengkelkan, senior yang macam firaun, makanan berulat dan..huh, sungguh banyak. Sehinggakan ku tidak mampu menyenaraikan semua. Walau seberat mana dugaan yang dihadapi, Aga tetap tabah. 
Namun, 1 peristiwa telah mengubah segalanya. Pada suatu hari, seorang senior bernama Syawal telah menyuruh Aga meng'iron' pakaian sekolahnya. Malang tidak berbau, Aga secara tidak sengaja telah menyebabkan pakaian tersebut hangus terbakar. Ingin Aga menggantikan baju itu dengan segera namun helahnya berjaya dihidu oleh Syawal.

Dek kerana perasaan marah yang membuak-buak, Syawal tanpa berfikir panjang telah menghumban Aga yang beratnya 70kg itu ke bawah dari tingkat 3. 

Aga terasa seperti terbang bebas buat seketika. Kemudian...
Kedebuk!!!

Aga jatuh ke tanah umpama nangka busuk. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala Aga. Saksi yang melihat kejadian segera menelefon ambulans. Syawal segera meninggalkan tempat itu. Sejauh yang mungkin...
Di hospital,
para doktor bertungkus lumus berusaha menyelamatkan Aga. Namun, 10 minit kemudian, Aga menghembuskan nafas terakhir. Semua di dalam bilik kecemasan kecewa dengan kegagalan itu. Mereka keluar meninggalkan mayat Aga sendirian. 

15 minit kemudian, kedengaran suara seorang jururawat menjerit dari bilik kecemasan. Kesemua para doktor segera kembali ke bilik itu. Rupa-rupanya, jururawat itu tergelincir. Sungguh mengejutkan. Mereka menjangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Namun mereka silap. Tiba-tiba jururawat itu menjerit sekali lagi. Kali ini mereka benar-benar terkejut. Mayat Aga telah HILANG!!!!

Keesokan harinya, terdapat khabar angin mengatakan ada seorang manusia yang boleh terbang telah menangkap Syawal dan membawanya ke balai polis. Syawal yang ditangkap menggeletar ketakutan kerana manusia yang membawanya ke balai polis itu adalah AGA!!!

Berita mengenai manusia yang boleh terbang itu menjadi semakin hangat. Banyak penjenayah yang mangaku telah ditewaskan oleh manusia tersebut dan dibawa ke balai polis. Ada yang ketakutan kerana teruk dibelasah, ada yang gembira kerana pertama kali terbang di angkasa. Semenjak hari itu, manusia itu telah menjadi superhero Malaysia yang baru, menewaskan populariti Cicakman dan beliau digelar BURUNGMAN!!!


P/S: Kahkahkah....nah aga, special untukmu~



11 May 2010

Bahana Alatan Moden

Huhu...

Ak boring sangat2 neyh..

Nak buat artikel sket laa..

Haha..

Secebis idea busuk dari ak..

Bukan nak cakap peralatan moden skrg ni x patut wujud..

Tapi sekadar mengembalikan nostalgia tentang peralatan lama..

Agar x ditelan zaman..

Sebelum ni, kita mengagung-agungkan mereka..

Tapi xkan bila da moden, barangan lama tu
dipinggirkan...

X adilkan??

Haha..macam peguam bela plak ak ni..


Pembersih Vakum
Akibatnya, penyapu lidi terpinggir..paling tidak pon, digunakan untuk menyebat anak yang nakal..astaghfirullah..

Kerusi Urut Badan
Pakcik tukang urut dah x boleh cari makan lagi dan terpaksa menganggur...

Shower
Gayung untuk mencedok air dah x laku..hanya ketika krisis air..yakni sekali dalam setahun..

Telefon Bimbit
Ramai abang posmen yang kena berenti kerja pasal ramai dah guna khidmat SMS dan MMS menggantikan surat menyurat..anjing juga semakin malas sebab dah xde orang yang nak dikejar tiap hari...

Dapur Gas/Elektrik
Dapur kayu menjadi hiasan semata-mata..x pon jadi sarang ayam bertelur..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal..=)          
Related Posts with Thumbnails